Thursday 2 October 2014

Tukar-tukar kerja (2) – sebuah pengalaman sebuah pengorbanan


Okey sekarang aku nak cerita lak pekerjaan aku yang seterusnya waktu aku kat jb. Time ni aku dah pindah dari rumah pak cik aku. Aku nekad lantaklah apa nak jadi aku nak pindah. Tak jauh sangat dr rumah pak cik aku. Kalau sebelum ni aku gi keje pak cik aku hantar naik teksi dia, kali ni aku gi naik bas.

Okey aku keje sebagai kerani kat sebuah sekolah rendah swasta gak (Nampak sangat macam rezeki aku kat sector swasta). Aku yg memang tak tau apa2 sama mcm mana aku tak tau apa2 keje telemarketing dgn yakinnya ingat keje ni senang. Memang senang untuk seminggu dua sebab time tu cuti sekolah and xde apa aku kene buat. Paling2 aku kene scan kertas soalan yang guru besar bagi. Okey start2 aku dah rasa tak best sebab aku kene buat keje sorang2. Xde member untuk bercakap bercerita bergosip macam mana aku keje telemarketing dulu. Tempat duduk lak dalam sebuah ofis yang Cuma ada guru besar laki sorang, guru penolong kanan pompuan sorang, aku n kat sebelah ada bilik pengarah sekolah. Kesimpulannya Cuma ada 3 orang manusia dalam sebuah ofis x termasuk pengarah yang ada bilik sendiri. Waktu makan sarapan and lunch pihak sekolah dah sediakan sekali so tinggal makan je. Memangla best aku xyah keluarkan duit beli makanan tapi sebenarnya keadaan tu sangatlah membosankan.  Makan nasi ngan lauk budak2. Ayam/ daging carik2 halus, sayur masak kuah. Kadang2 sedap kadang2 hampeh. Tapi kalau dah lapor main bedal je sampai licin hehe..

Aku dah start stress keje ni bila aku kene handle yurang budak2. Ni sekolah swasta so mak bapak kene bayar yuran 4 bulan sekali tapi ada gak yang bayar tiap2 bulan. Masa aku mula2 masuk kerja tu aku Cuma diterangkan kene bukak lampu, aircond, cctv ofis, buat surat, fotostat, bukak pagar kunci pagar, jawab telefon. Sekali lahabau aku kene handle setiap yuran yang mak bapak bayar. Yelah habis tu sapa lagi kene buat. Dah kerani aku sorang. Sungguh cissss aku rasakan masa tu. Masa first day tu, adelah sorang cikgu yg paling lama mengajar kat situ ajar aku untuk handle yuran ngan wat resit yuran tu. Aku yg memang x bersedia langsung ngan tugas tu mmg mcm cilake aku kira duit. Mana pernah aku kira duit banyak2 macam org bank tu buat. Berterbaur-terabur tau x aku kira duit. Wat malu jek dpan parents ngan guru besar hensem tu (ehh tetibe hahahaha). Mule2 dulu sampai terkoyak-koyak aku print resit yuran tu gelabah punya pasal. Guru besar ensem tu jugak yg tolong aku camner nak print bg elok. Dah malu kali kedua hahaha.

Lama-lama aku pandai sendiri nak kira duit tu. Pastu bermulalah episode kestresan aku keje kat situ bila si pengarah mintak update terkini data yuran yg dh dbuat. Disebabkan aku ni seorang yg cuai bukan bersikap teliti dan cermat dlm membuat kerja banyaklah kesilapan yg aku buat. Total tertinggallah, salah kolumlah, salah namalah, salah bulanlah, tak boldlah, salah itulah salah inilah..hwaaaaa nak nangisss..mula2 pengarah tu boley layan lagi aku yg barulah kononnya berkerja, lama2 dia dah start keluar taring. Pastu bukan setakat taring tanduk sekali keluar. Aku dah give up.

Benda paling besar aku buat silap kat situ ialah, aku bg resit voucer yang tak sepatutnya aku bagi. Akibatnya bukan aku yang setakat kene marah tapi guru besar ensem tu jugak yg kene mengadap pengarah nak cover aku punya pasal. Waaa sedihnya kalau dikenang balik. so pengarah suruh aku mintak balik resit voucer tu kat parents yg aku dah terbagi, plus sebenarnya aku bagi sijil berenti sekolah yang xde cop ngan tanda tangan pengarah.waaaaa double2 aku punya malang kat situ. Rumah parents tu pulak bukannya dekat n dia susah nak tinggal rumah sebab ada renovate kat rumah plus dia seorang warga emas iaitu datuk dan nenek yang menjaga cucunya. Aku dah nak pengsan bila aku rasa masalah ni susah nak setel. So aku nekad pi rumah parents tu ambik sendiri voucer tu. Dahla aku bukannya tau sangat jalan jb, dengan semangat juang aku naik bas. Pastu sesat x jumpa-jumpa rumahnya. Last2 aku naik teksi hahaha. Esoknya dengan selamba aku pulangkan balik voucer tu kat pengarah, aku cakap parents tu yang datang bagi sebab aku malas nak cter aku yg pegi rumah dia.

Itulah pengalaman yang aku paling xley lupa sekali masa mula keje kerani kat sekolah tu. Pastu x habis lagi stress aku. Aku x cerita lagi pasal mak bapak foreigner (mostly Singapore) yg nak daftarkan anak diorang kat sekolah tu tapi xde duit. Okey satu benda yg paling aku xley hadap dengan pengarah ni ialah dia seorang yg sangat berkira! Menyampah aku! Undang2 sekolah tu nak masuk sekolah kene setelkan yuran 4 bulan trus baru ley sekolah. Kalau x, bye bye aku pun x heran. Macam tulah. Aku pulak jenis kesian dgn mak bapak yg dtg merayu-rayu nak sekolahkan anak, anak dah dua tiga bulan x sekolah sbab xdpat sekolah kerajaan. Dia mintak bayar bulan2 dah ada duit nant baru die bayar 4 bulan sekaligus. Aku pulak kesian. Aku pun main amek je duit registeration and register nama die lam sekolah. Sekali pengarah tahu, abes naik angin orang tua tu. Yg kene ngadap  guru besar ensem jugakkk huhu.. tu la aku pandai2 terima budak tu sapa suruh. Dah aku kesian, nak wat mcm mana.

Mak budak tu pulak asik call2 camner status anak die tu. Aku pun dah pening camner nak kira yuran dah tercampur aduk tu. Ada hari isnin tu, mak bapak tu dah hantar pun anak dia gi sekolah, walaupun sepatutnya dia x boleh sekolah lagi sebab tak setel yuran 4 bulan. And yg kesiannya guru besar ensem terpaksa bagitau budak tu kene balik. walau pun dalam hati aku kata sekolah je la budak2 tu selagi pengarah tak tau n tak kenal budak tu. Perghh apelah nasib budak2 tu sekarang, sebab x lama lepas tu aku dah blah dari situ hahahaha!

Okey, selain benda ni, ade lagi satu benda yg aku x suke buat. Jadi telecollector kutip utang! Aku dah rasa macam keje telemarketing balik. bezanya kali ni aku kene bgtau parents yg diorang dah over due date utk bayar yuran sekolah anak. Bila parents bgtau belum dapat gaji,laki kat bangla belum balik bg duit, tggu mggu dpan, tggu bulan dpan (pale otak die), aku pun xtau nak cakap apa. Padahal nant aku yg kene marah, apsal aku x gi mintak ngan parents suh byar yuran. Aku keje kerani je bukan keje kutip utang la mangkuk tuan pengarah! Kalau aku memang digajikan untuk call parents suh bayar yuran okey aku masih sanggup, tapi masalahnya kau x cakap pun itu antara ruang lingkup kerja aku masa mula2 tu. Ok fine. Salah aku yg x Tanya keje apa aku kene buat. Sebab aku fikir keje aku sama macam kerani2 sekolah biasa tu laaaaa!!

Die punyer tahap sress aku kat situ mengatasi kestressan aku mencari student masa keje telemarketing sampai aku demam2 stress gi klinik dapat mc. Waktu tu dalam bas ondaway nak balik umah sewa aku wsap2 ngan abg ewan, skali wsap2 boleh lak teremosi smpai dtg migraine n demam. Malam tu aku nangis sepuas-puasnya dalam fon sebab aku dah stress sangat tpi xde sapa aku dapat luahkan. Kehadiran abg ewan sangat tepat waktunya. Walau pun aku tak cakap aku stress tp abg ewan tau aku migraine sbab stress. Dengar je perkataan tertekan stress aku terus menangis meraung-raung dalam fon. Sbab migraine tak ilang2 walau dah nangis2 bagai aku nekad gi klinik naik teksi sbab aku tak tau sapa ada kat umah sewa tu, ntah rakan serumah ntah hantu, hahaha. Aku dapat mc dari dr. Tapi aku x mc pun, aku gi keje jugak esoknya pasal hari tu hari first naik keje pas raya. Confirm ada banyak benda nak kene setel and aku kesian ngan guru besar ensem kene wat keje sorang2 huhu..tengok betapa besarnya pengorbanan aku kepada guru besar ensem hahaha…

Aku ingat lagi masa tu aku dah x tahan sangat keje situ, hari2 aku fikir nak berenti keje n nak pindah kl. Hari2lah jugak aku bukak jobstreet ngan mudah.my cari keje kosong. Asal ada keje macam sesuai kat kl aku apply. Dua kali jugaklah kot aku gi kl tanpa pengetahuan sapa2 termasuklan mak aku. Masa aku gi kl tu aku tdur kat bustand tbs tu. Bustand! Bustand! Tahu x?! dengan mengerikotnya dengan sejuknya aku bantai tidur kat kerusi tbs dengan berbantalkan beg sandang, bertilamkan kerusi besi berselimutkan kain batik sampai pagi semata2 nak gi interview keje kat kl.

Akhirnya doa aku dimakbulkan Tuhan, aku dapat keje kat kl. Keje kerani je, tapi gajinya sama banyak dgn gaji guru besar ensem tu. Tapi aku amik masa sehari kot nak bgtau, sebab aku tgh piker sapa pulak yg nak ganti tempat keje aku ni???? And kalaulah x dapat dalam masa terdekat haruslah aku kesian berganda2 dgn guru besar ensem. Huhu.. xde kerani kene wat keje sorang2, kene marah sorang2 dgn pengarah hahaha..nak x nak aku kene bgtau cepat sbab masa dah suntuk. Aku mintak tempoh seminggu utk setel semua benda sebelum aku masuk keje baru. Masa aku bgtau aku dapat keje lain, muka guru besar ensem tu mcm x terkejut je ngan aku. Maybe dia dapat rasa aku xkan lama kat situ. aku tgok die start risau sapa nak ganti aku. Aku pun bgtau boleh tengok resume2 yg orang hantar termasuklah kawan aku yg sama2 keje telemarketing dulu, Yas. Aku rasa yg Yas lebih sesuai dgn keje tu Yas graduan ekonomi n penah keje admin, lebih terer handle duitlah kiranya.
Guru besar ensem pun bgtau pengarah. Pengarah pun x terkejut, sebab prestasi keje aku bukannya baik sangat pun. Banyak menyusahkan dia agaknya adalah hahaha. Sebelum aku blah dari situ, aku tinggalkanlah segala amanat, pesanan dan azimat yang berguna kepada bakal kerani baru tak kisahla sapa. Aku tulis dari sekecil kecil benda seperti bukak tutup suis lampu, sediakan kad punch card, ingatkan cikgu suh punch card balik sbab nant tak dpat bonus ( okey yg ni memang mcm sial, sory tuan pengarah)  sampailah bnda2 penting mcm update yuran, make sure yuran clear every month, update kedatangan murid dlm system online yg aku x penah buat pun sbab system down macam lahanat. Aku kalau boleh xnak kerani baru buat kesilapan mcm aku sebab aku kurang dapat penerangan yg sejelas-jelasnya tentang tugas yg aku kene buat.

Masa last day aku siap kirim surat cinta eh bukan surat terima kasih hehe…kepada guru besar ensem sbb ajar and tolong aku banyak benda masa keje kat situ. kdg2 aku rasa kesian lak dapat kerani slow learner macam aku ni huhu..dalam tu aku siap pesan supaya tabah menghadapi hari2 tanpa aku..ececehhh mengade! Hahaha! Mampos kalau bini die baca..hahaha jangan stres2 kat situ, jangan sampai kene buli, sebab aku rasa die banyak kene mengadap tuan pengarah yg mcm haji bakhil tuan dictator nak mampos and just follow je apa yg tuan pengarah nak sbab malas nak bertekak agaknya ataupun memang karakter die macam tu tak taulah. Aku just berdoa supaya cepat2lah guru besar ensem ni dapat sekolah kerajaan dgn jwatan dan gaji yg sepatutnya, sian kot jawatan besar tanggungjawab besar gaji kecik. Mcm manalah ustad ni ley tahan pon aku x tau. Mmg tahap kesabaran tinggi betullah. Mcm mana aku tak terfeeling ngan dia hahahaa kantoiii!! Seriously aku bertahan dalm waktu tu pun sbab ada die, walau kdg2 aku pon naik stress tgok muka die yg stress tu.


Tukar-tukar kerja - Sebuah permulaan

Ye, masuk kali ni dah 2 kali aku tukar-tukar kerja. Maklumlah masih belum dapat kerja tetap. Kerja pertama aku pada bulan mac hari tu kat selatan tanah air. Waktu tu aku dah tak kira dah selatan tanah air ke utara tanah air ke sebab aku betul-betul dah boring duk umah. Aku bulatkan hati apa nak jadi jadilah, walau pun aku tak tau kat mana nak duduk macam mana aku nak pegi keje, tu semua aku tak tahu. Yang aku tau aku kene balik kampung aku kat johor. Keje yang aku pulak tu kat jb. Jb tu walaupun banyak sedara mara aku kat sana, jb tu merupakan suatu tempat yang asing bagi aku. Jalan kat jb? Mampos aku tak tau langsung. Yang aku tau kalau ada apa-apa gi umah mak cik pakcik aku pastu balik. Tak adanya nak ronda-ronda jb tu. Yang aku ingat, aku penah gi angsana ngan danga bay sekali masa aku tingkatan empat. Itupun cikgu sekolah bawak pastu dapat anugerah dorm terbersih hahaha

Masa org tu call aku suh datang keje, terus pack barang esoknya and balik. Tak piker apa lagi dah. Yang mak pulak punya kalut aku dapat keje kat jb. Yelah nak tinggal mana naik apa. Walau aku duk johor tp jb tu jauh bg kitorang. Aku pulak rilek2 je. Mak aku call pakcik aku kata nak tumpangkan aku sekejap sementara aku belum ada rumah sewa kat sana. Pak cik aku pun no hal. Sebelum tu aku dah penah dating and tido kat rumah pak cik aku. Lepas mak aku call pak cik aku, aku dah terbayang macam mana la kehidupan aku kat situ nant, sebab aku dah penah rasa sekejap. Kenapa aku cakap macam tu? Nant aku entry lain hehe. Tiba waktu yang dijanjikan, abang aku pun dengan mak aku pun hantar ke jb. Dalam waktu perjalanan tengah mencari rumah pak cik aku, abg aku tak tau jalan dia call mak cik aku yang lain, mak cik Ida. Mak Cik Ida suh aku datang dulu kat rumah dia. Abang ngan mak aku pun no hal. Sampai sana, mak aku pun bukak cerita yang aku dapat keje kat situ. Mak Cik Ida suh aku duk umah dia je, pasal rumah dia lagi selesa dari rumah pak cik aku tu. Mak aku pun lagi suka sebenarnya, aku pun sama hehe.. Waktu keje lak boleh gilir-gilir dia dengan anak dia iaitu sepupu aku boleh hantar. Aku pun orite je. Senang cerita aku duk umah Mak Cik Ida, tapi malam tu kitorang pegi jugak rumah pak cik aku, takut dia kecik ati.

Pekerjaan pertama aku ialah aku kene jadi ejen atau telemarketing untuk sebuah university swasta yang baru dibuka. Takdelah baru sangat tapi kira barulah juga tak berapa dikenali sangat. Kejenya macam senang tapi punyalah mencabar. Dapat pulak member-member yang lebih kurang sama je dengan aku. Baru abes belajar, xde kerja, kalau ada pun kerja biasa-biasa jugak. Tapi nasib baik kitorang semua sekepala. Boleh sembang kencang macam-macam walau pun pada mulanya adala sorang dua yang tak berapa ngam. Disebabkan kerja macam ni kene buat berkumpulan and berkejasama dengan orang lain kita orang jadi rapat. Takdelah rapat manapun tapi sekurang-kurangnya kami gembira bila bersama. Kitorang kene jadi agen u ni untuk mencari student yg nak belajar kat sini. Alah mana-mana kolej atau university swasta mesti ada benda ni punya. Aku pulak sebab dah terdesak sangat nak keje, aku amik jelah peluang ni. At least aku terdedah dengan dunia baru. Benda yang paling best aku keje kat sini ialah dapat jalan-jalan secara free haha! Company tanggung semua perbelanjaan makan minum dan penginapan. Sebenarnya bukanlah free, kitorang kene cari studentlah untuk bayar balik semua kos tu. Alah kalau xdapat student pun paling2 kene marah ngan kene tarik balik fon yang diberikan. Tu je kihkihkih…

Benda paling best aku dapat gi Terengganu ngan kedah. Waktu tu on the spot kot bos aku ajak. Nasib baik kawan pompuan aku ikut sekali, so aku ok jelah. Waktu aku pegi tu, waktu pkok bunga yg konon-konon macam pokok sakura tu tengah berkembang kat kedah. Perghhh merasa suit macam ala-ala kat jepon waktu tu..hehehe..pastu dapat gi gunung jerai..cantikk siott gunung jeraii..sejuk, tempat tinggi, pemandangan cantik, banyak bunga-bunga cantik. Padahal dulu-dulu masa aku kecik2 ade je bunga tu kat tepi kolah rumah aku. Tapi kat gunung jerai tu diorang tanam elok-elok n bg bentuk cantik2. Malangnya aku tak ingat nama bunga tu apa. Nak bgtau kat mak aku pun tak reti huhu.. pastu aku siap berangan nak honeymoon kat situ nant hahaha. Itulah pengalaman yang paling best yg aku rasa masa buat keje telemarketing ni. Pastu ada gak aku gi bukit tinggi. Tapi aku rasa tak best sangat kat bukit tinggi tu. Hehe..

Itu benda yang bestla.. benda yg x bestnya aku kene uruskan segala benda pasal budak2 yg nak dftar masuk kat ipts ni. Dr a sampai z ko kene terangkan and buat. Dari isikan borang, amek kunci bilik sampailah masuk dalam rumah, loan mara, transport, jadual, kelas..arhhh macam2! Dulu aku masuk u, semua buat sendiri kotttt..yela dah bayar kan, so kiterla yg kene melayan huhu.. okey tu xpe lagi kot kalau management ipts tu sendiri smooth and licin je pentadbirannya. Ini huru hara! Dengan masalah kolejnya, paymentnya, gosip2 dalaman lagi..budak2 tertinggal bas cari aku, xdpat masuk umah kunci x boleh bukak mak bapak cari aku, pak guard tak bagi masuk rumah cari aku, nak pindah tak cari aku tapi aku yg kene tanggung bahananya..Ahh mampos kaulah aku tak layan. Lama2 aku blah…hahaha. Ada satu hari tu aku dapat call dr satu sekolah yg aku penah interview utk jawatan cikgu tp kali ni dia ofer kerani. Aku pun main sebat je sebab dah x tahan ngan serabut keje telemarketing tu. Aku dpat call tu pagi, tgah hari tu jugak aku cabut.hahaha..tercengang kawan2 aku. Sian gak aku ngan sorang member ni yang aku sama2 gi kedah Terengganu, sebab aku rapat ngan dia dulu. Tapi time tu die gi sabah. Aku pun x smpat jumpa gak ngan bos aku yg slalu tumpangkan aku balik sbab dia gi semayang kot time tu. So, aku belikan die gula2 ngan biskut tapi yg dok perabihkan kawan2 pejabat aku. Haha sengallll..kiranya aku keje marketing tu 3 bulan je. Dalan masa 3 bulan tu aku Cuma dapat 4 org student. Itupun sorang dah blah walaupun baru dftr 2-3 hari. Cilake. Dahla payment aku belum dapat. Nasibnya aku Cuma dapat separuh payment. Jahanam ko budak.

Walau apa pun, bila aku kenang2 balik aku rindu dengan kawan2 aku yg keje telemarketing tu. Aku keje jat situlah aku tau apa tu telemarketing. Aku rindu dgn gosip2 nakal kitorang, dgn gurau senda kitorang, dgn cari pasal gaduhnya, dgn pertahankan pendapat masing2nya, dgn cari jalan macam mana nak dpt student, dgn mengumpatnya hahaha mcm2lah… akhirnya berakhirlah kerjaya aku sebagai telemarketing kat ipts tu…



Entry seterusnya aku akan cerita pengalaman aku jadi kerani sekolah lak.

Friday 26 September 2014

Pening


Kenapa kepala aku pening sangat ni. Berdenyut-denyut kuat sebelah kanan. So, aku decide gi pantry minum milo hangat. Alhamdulillah, rasa ok sikit. Rasa macam urat-urat dalam kepala aku yang berdenyut-denyut tu mengembang kena siram dengan milo hangat. Aku terfikir aku ni kene tekanan darah rendah ke tetiba boleh pening berdenyut-denyut macam ni. Aku fikir satu-satu kemungkinan aku boleh jadi pening ni.
  1. Tak cukup tidur. Badan penat.  Malam tadi gi U, tengok short film. Aku punyelah berkobar-kobar naik bas, sangup tukar jeans ngan kasut sporty balik keje nak tengok benda alah tu. Sampai U, tempat sepatutnya aku turun dari bas, boleh pulak aku tak turun. Aku just duduk sebab malas nak rempuh orang-orang yang padat berdiri dalam bas tu. Akhirnya aku turun kat mana aku mula-mula naik bas tadi. Apesalla bangangnya aku ni. Kalau dah malas nak rempuh orang tadi patutnya aku standby siap-siap berdiri kat tepi pintu bas tadi. Senang aku nak turun. Hadooiii. Pastu aku turun dr tempat naik bas tu, aku jalan kaki ke U. Tabah tak tabahlah aku jalan kaki. Dahla gerimis rintik-rintik.  Jalan punya jalan nasib baikla ada jalan short cut, perjalanan tu pendek sikitla.  Mula-mula short filem tu best, lama-lama aku rasa dah termasuk ke alam lain. Alam mimpi haha. Balik pukul 11.30. Sampai rumah, mandi, gosok baju utk esok, main wechat jap. Tau-tau aku tidur pukul 1. Bangun kul 5 (awal gile) sebab malas nak berebut mandi. Pukul 5 suku sambung tidur sampai 6.20. Baru tido lambat satu malam eye bag dah macam 8 pain air.
  2. Period. Ye raku period hilang banyak darah. Dahla hari kedua, heavy day. Dengan sakit pinggangnya, sakit perutnya, dengan jalan kakinya, dengan lapornya. Fuhh macam mana badan tak penat tak sakit.
  3. Makan tak seimbang. Macam mana nak seimbang tengah jimat giler babi nak tunggu gaji minggu depan. Makan nasi tak menentu. Kalau makan nasi pun nasi lemak. Apelah sangat kesimbangan yang ada dalam nutrient nasi lemak yang dijual di tepi jalan tu huhu. Tengah hari tak makan, malam lak Cuma alas dengan pisang goreng seringgit ataupun mee sedap. Aku makan mee segera pun sebab terpaksa tau. Kalau tak seterdesak macam ni aku tak makan instant mee.
  4. Banyak fikir. Fikir macam mana nak save bajet macam kat ats tu la. Sekarang ni yg banyak makan duit aku, ialah tambang bas aku. Enam kali perjalanan setiap pegi balik. Bayangkan bayangkan 6 perjalanan tu. Tiga perjalanan pegi dan tiga perjalanan balik. Huhu..Keluar rumah matahari baru nak naik, balik matahari dah tenggelam. Matahari aku lampu kat pejabat jelah.
  5.   Banyak sangat mengadap computer. Yelah abestu aku nak keje dengan apa. Aku bukannya keje kilang. Boleh jugak guna tangan ke nak cantum-cantum komponen ciplak haha. Mata cepat letih lesu, berpinar je tengok skrin computer ni.
k     Itulah aku rasa faktor-fktor kepada terjadinya kepala aku pening. Masuk hari ni, aku dah dua hari makan gaji buta sebab bos tak bagi aku apa-apa kerja. Kerja hari tu dah siap dan dah hantar kat die. Cuma die belum sempat nak check and sekarang pulak dia busy semacam je. Aku ni plak jenis malas nak tanya bos. Niat dalam hati kalau jumpa nak tanya ada apa-apa kerja tak nak bagi tapi time dia elok je lalu sebelah aku boleh konon-konon wat busy. Busy apa kebenda. Busy menaip entry blog.hahaha. ape-ape jelah ko ni ai rish.



Kehadiran insan istimewa dalam hidup kita


Insan istimewa bukan kekasih, suami atau isteri yang saya maksudkan. Maksud aku kat sini ialah, insan kurang sempurna secara fizikal atau mental. Sesiapa yang menerimanya dengan redha akan menganggapnya insan istimewa siapa yang tidak redha akan menganggapnya beban atau bala bencana. Mungkin insan-insan istimewa tu seperti anak yang cacat, bisu, pekak, buta, sindrom down, autism, atau penyakit yang sukar diubati. Bukan calang-calang orang yang menerima ujian sebegini dan bukan semua orang juga dapat menerimanya sebagai ujian dalam hidup mereka.

Aku bercakap dari segi pengalaman. Tak terlintas langsung dalam fikiran aku, yang keluarga aku akan memiliki seorang ahli keluarga istimewa, anak saudara aku. Anak saudara aku ini merupakan anak pertama bagi perkahwinan abang aku dengan isterinya a dan cucu sulung bagi sebelah kakak ipar aku. Sapa yang tak teruja dengan kelahiran macam ni kan, anak pertama dan cucu pertama. Aku jugak teruja, sebab ni abang sulung aku yang akan dapat anak.

Semuanya berjalan seperti biasa-biasa saja, sehinggalah Allah telah menentukan segala-galanya seperti mana manusia hanya merancang, Allah yang menentukan. Kakak ipar aku melahirkan melalui pembedahan, katanya bayi dalam lemas kandungan. Aku tak ingat sangat waktu ni apa yang berlaku, hanya berdasarkan penceritaan semula kakak ipar aku.

Waktu dapat tau kakak ipar aku bersalin, semua gembira saja sampailah dapat tau yang baby ada masalah. Aku ngan mak aku pergi ke Kuala Lumpur untuk melawat kakak ipar ngan baby. Waktu tu kakak ipar aku dah balik rumah tapi baby masih kat wad. Aku tengok kakak ipar aku okey-okey sahaja, gembira macam ibu-ibu lain dapat anak. Aku pun tak syak apa-apa yang baby tu bermasalah. Mak aku bagitau nak tengok baby kat hospital, tapi kakak ipar aku kata tak boleh tengok suka-suka. Yang boleh tengok ibu bapa je. Kalau nak tengok jugak kene pandai-pandai kelentong nurse atau waktu sister tak ada. Mak aku dah start kecewa. Aku tak ingat mak aku dapat tengok jugak tak akhirnya.

Sampailah baby tu dah balik umah and dibawa ke kampung. Aku tau baby tu tak normal and tak sama macam baby lain. Tapi aku tak tau apa nama penyakitnya and aku tak berani nak tanya. Keluarga belah kakak ipar anggap semua macam biasa and teruja dengan baby tu. Semuanya sayang bagai menatang minyak yang penuh. Sesuatu yang tak ada dalam diri mak aku waktu tu.

Aku namakan baby tu Karl. Disebabkan dibaringkan terlalu lama, tak boleh bergerak secara normal macam baby lain, kepala Karl kene cukur bantal and macam ada bendalir yang tersimpan di belakang kepalanya. Lama-lama bendalir tu hilang tapi kawasan bendalir tu berbekas dan tak ditumbuhi rambut. Kitorang dah tahu nasib Karl tak sama macam budak-budak lain bila besar nanti. Dan orang yang paling sukar menerimanya ialah mak aku.

Karl tak boleh menerima arahan, Karl tak boleh duduk diam, Karl agresif, Karl sukar dijaga melainkan dengan orang yang benar-benar rapat dengannya (dengan aku jangan haraplah). Senang cerita susahnya nak jaga Karl! Aku tak tau apa nama penyakit Karl tapi keadaan Karl sama macam budak-budak sindrom down. Abang aku habiskan banyak duit untuk merawat Karl. Waktu bersalin je dah habis beribu-ribu (kakak aku bersalin hospital swasta). Ada kadang-kadang tu aku rasa terlalu geram dan benci dengan Karl. Bukan kerana ketidaksempurnaan Karl, tetapi kerana dia tidak boleh menerima arahan yang kita bagi.

Waktu Karl dah pandai berjalan kesana-kemari adalah waktu yang sangat-sangat mencabar dan menguji kesabaran. Kita cakap jangan buat, dia buat. Jangan sepahkan, dia pecahkan. Jangan teraburkan, dia jatuhkan. Jangan Tarik, dia rentap. Arghh penat-penat! Mungkin mak aku belum boleh terima sepenuhnya dia ada cucu tak normal macam tu, ada sekali mak aku cakap “kandang jelah budak tu!”. Serius, aku yang geram sentiasa dengan Karl tak pernah fikir sejauh itu.
 Macam-macam rawatan moden dan tradisional abang aku buat untuk mengurangkan keagresifannya itu. Dan tak silap aku, abang aku wat rawatan suntikan hormone yang makan berbelas-belas ribu. Hormon arnab dimasukkan dalam badan Karl. Alhamdulillah, aku tengok ada banyak perubahan dalam diri Karl. Tutur bicaranya makin jelas. Lebih tenang, tak seagresif dulu dan dah boleh memahami komunikasi yang kita sampaikan. Sampailah Karl ada tiga orang adik lelaki. Rezeki abang aku, semua anak dia lelaki.

Orang  yang paling tabah aku tengok tentulah abang dan kakak aku. Masa dia keluar hospital lepas bersalin, dia langsung tak menunjukkan tanda-tanda kesedihan walau dia tau anak dia tak normal, walau dalam hati siapalah yang tahu kan. Masa tu aku fikir mesti dia tak nak beranak lagi takut dapat anak macam tu lagi. Tapi aku silap selang tiga tahun dia mengandung lagi dan melahirkan anak yang sihat dan normal. Setahun kemudian, beranak lagi, dan empat tahun kemudian dan lagi. Lama-lama mak aku redha, dapat cucu tak normal tapi semua anak abang aku laki. Semua jeles heheh.

Abang aku. Abang akulah yang paling tabah, bertungkus-lumus membesarkan anak-anak dia walaupun kadang-kadang aku rasa nak terajang sekor-sekor sebab nakal sangat termasuklah si Karl tu. Kalau dulu Karl mungkin tak faham buat satu benda, tapi sekarang dia suatu benda sebab nak nganjing kita marah. Kurang hasam ko budak!

Satu yang paling aku respect dengan abang and kakak ipar aku, diorang tak pernah sorok Karl dari orang ramai. Tak pernah tinggal-tinggal. Macam mana orang lain tunjuk anak dia yang sihat macam tulah abang aku kenalkan Karl kat orang lain supaya dia boleh bergaul and bersosial dengan orang lain.  Dia tau Karl tak boleh belajar macam orang lain. Dari baby abang aku dengarkan ayat-ayat suci al-Quran dengan Karl. Channel 106 Oasis tu dah kira tv3 la buat kitorang. Everytime azan, mengaji or zikir dia akan bukak and bagi Karl dengar. Tak cukup lagi, dia pasang cd-cd  mengaji kat radio atau dalam kereta.  Tak cukup lagi tu, dia belikan radio ngan cd letak kat sekolah khas tempat Karl belajar. Hasilnya Karl boleh hafal surah-surah pendek, zikir-zikir, doa-doa yang ditayang kat tv. Nak bagi pertuturan dia lebih jelas, abang aku pasang cd lagu-lagu jiwang karat 80-90an yang tangkap leleh tu. Karl akan hafal dan nyanyi sama-sama bila lagu tu dipasang. Vocabulary dia bertambah dan banyak perkataan yang boleh dia sebut.

 Abang aku hanar Karl kat tadika budak-budak sindrom yang sama macam level dengan dia. Lepastu masukkan dia kat sekolah rendah khas supaya ada cikgu khas yang benar-benar boleh mengajar dengan budak macam tu je boleh ajar dia. Know what? Budak macam ni akan lebih mudah tertarik atau bergaul dengan budak-budak yang sama macam diorang. Contohnya makcik aku ada adik yang terencat sikit. Dah tua dah adik dia tu, tapi dah boleh urus diri sendiri la Cuma kene pemantauan je. Si Karl ni kalau namapk mak tok dia yang sorang ni belum sampai rumah lagi dah terlompat lompat terjerit-jerit nak jumpa mak tok dia. Pastu kalau dah jumpa mulalah mengendeng-ngendeng macam kucing manja sampai mak tok dia nai rimas. Kat sebelah aku pulak adelah anak kepada sorang sedara ni bisu. Waktu raya, kitorang adik-beradik datanglah beraya. Dalam banyak-banyak anak-anak sedara aku yang berderet-deret ni, si budak bisu nak main ngan si Karl. Maybe dia dah biasa Nampak budak macam tu kat sekolah khas dia. Yelah budak-budak istimewa jugak. So, aku rasa insan-insan istimewa macam diorang ni semua mempunyai ikatan yang kuat bila bersama. Hanya mereka yang sama-sama merasai betapa istimewanya diorang.

Alhamdulillah sekarang Karl dah 12 tahun. Walau tak sama macam budak lain, walau masih pampers , walau masih minum susu botol, dia dah boleh harap sikit-sikit. Bagi susu kat adik, jaga adik kejap (5 minit jelah), main ngan adik, marah adik hahaha..Rezeki abang aku jugak tak pernah putus. Walau pun abang aku takdelah bergaji besar, kakak aku pulak cikgu, dengan anak empat orang sorang plak istimewa duduk lak kat Bandar hang ingat tak putus urat ke hidup macam tu. Keluarga sebelah kakak ipar aku sangat-sangat menyayagi Karl. Adik-beradik aku yang lain pun sayangkan Karl Cuma mungkin tidak semampu and sekuat diorang untuk menjaga dan melayan Karl macam diorang. Paling-paling yang selalu dengan Karl, akulah. Penah diorang tiga beradik kene campak bergili-gilir, aku jugaklah yang kene turun KL jaga si Karl. Takut jugaklah aku waktu tu, yelah die buat perangai ke mengamuk ke mampus aku tak reti nak control. Waktu tu aku mintak jangan berak sudah. Hahaha tak reti kot nak bersihkan dia. Penah sekali dia gigit jari aku sebab apa entah. Aku tengok-tengok jari aku dah bengkak biru-biru esoknya. Punyelah gigi Pontianak ko ni Karl. Penah Kene baling botol susu yang full kat muka? Pun penah..nasib baik je aku tak baling balik kat dia.


Kesimpulannya kat sini, kalau ada sesapa yang terbaca post ni and korang pulak ada  anak atau saudara mara istimewa tapi belum boleh menerima seadanya keadaan mereka, perlahan-lahanlah ubah rasa ubah. Percayalah diorang ni hadir dalam hidup kita sebab Allah dah pilih kita untuk sama-sama kaut pahala berbuat baik utk diorang. Diorang ni akal x berapa sempurna, jadi diorang tak ada dosa. Mungkin diorang tak kenal atau tak ingat sapa yang buat baik dengan orang masa kat dunia, tapi bila kat akhirat mana tahu nama kitalah yang disebutnya nantikan. Wallahualam.

Wednesday 24 September 2014

hijabis tapi beraksi mesra

haha baca tajuk pun dah tahu kan perkara apa aku nak sentuh..
seriously aku rasa menyampah gila tengok hijabis sekalian ni membuat aksi-aksi mesra dengan boyfriend diorang.
kalau jilboobs aku tak heran, kalau boobs pon boleh tayang free, apatah lagi pegang2 tangan, pegang2 pinggang ye tak...
tapi aku tuju kat perempuan-perempuan yang pakai punyela sopan, baju labuh longgar x ketat x nampak susuk, tudung pun labuh dada, sempurna, tak nampak apelah senang citer kat batang tubuh dia ni
tapiiii boleh pulak pegang-pegang tangan, rangkul2 pinggang, kepit2 tangan boyfren..wadefakkk la wehhhh
ko pikir ko pakai labuh x nampak boobs ko dah selamat dunia akhirat ke?
aku cerita benda ni pasal aku sendiri dah menyampah tengok posting2 kat fb oleh seorang kawan laki aku ngan girlfren die ni
camne ropa girlfren die? cam yg aku cter kat atas tulah. pakai suci sopan, xnampak celalah kiranya. kalau ustaz2 terpikat pun boleh. tapi dok tayang2 pegang tangan sama2, pegang pinggang, kluar status "kalau tak hari-hari gigit kita, hari-hari pukul kita tak sah agaknya sayang kita ni. walau apa pun kita tetap sayang. hehe..."
gigit apa nokkk??? sedap ke?? seriously macam ni ke hijabis????
walaupun aku xdelah baik sangat pakai suci macam kau, tapi aku tak sanggup nak menodai kesucian pakaian yang aku dah pakai
kalau aku nak wat ringan2 ngan pakwe aku aku takkan pakai mcm kau
sedarlahh weiii hijabiss
wahai jantan yg perasan die alimlah sangat tu..dah tau pompuan ni akal pendek, cuma satu pulak tu...janganlah lemahkan lagi iman kitorang ni..kalau rasa pompuan tu baik toksahlah cemarkan kesucian dia, walaupun pegang2 tangan ke, pegang2 pinggang ke...
isk isk..harap diorang cepat2 kawen..kurangla sikit hati aku mengumpat..


Menilai seseorang dari luar


Beb, aku nak tanya pernah tak korang menilai seseorang dari luar. Tipulah x penah kan? Kalau tak banyak sikit tu mesti ada. Tak kisahla dari penampilan dia ke, pergaulan dia ke, percakapan dia ke, pendidikan dia ke. Sikit-sikit kita mesti ada buat tafsiran sendiri kat orang tu lebih-lebih lagi untuk orang yang kita baru kenal baru jumpa atau tak berapa nak kenal sangat.

Macam tu jugaklah dengan aku. Aku buat kesimpulan sendiri orang tu macam ni macam tu bila aku tengok dia. Tak kisahlah dari sudut apa aku tengok. Tapi benda ni mula aku ubah setelah seseorang ajar aku. Sebenarnya Allah yang ajar aku, tapi disampaikan melalui seseorang. Seseorang ni kawan aku sendiri yang sama-sama sekolah dari darjah 1 sampai darjah 6. Antara kawan yang paling dikagumi, dihormati dan disayangi oleh kawan-kawan yang lain.

Macam ni kisahnya. Aku ada seorang kawan rapat masa form 2. Sama-sama sekolah sejak darjah 1 jugak tapi tak pernah rapat pon. Rapat masa form 2. Entah macam mana boleh rapat pon aku tak tahu. Dia ni sosial ya amat. Keluar ngan jantan tu dah memang yelah. Tak balik rumah pernah, kehulu kehilir dgn jantan mana entah aku pun tak tahu. Masa tu kitorang just form 2. Clubbing aku tak tahu, sebab rumah kitorang ngan bandar jauh. Kat bandar jelah ada club, kat kampung ada cikaro hehe.. Minum ke apa semua aku tak tau. Tapi aku rasa tak ada.

Sampailah masa form 3, Tengok2 dia tak ada kat sekolah. Aku gi umah dia. Mak dia cakap dia duk umah pak cik dia sekarang. Hmm.. aku sedih gak lah. Walau pun dia sosial, tapi dengan dia jugaklah aku hepi berkawan. Lagipun dia tak penah ajak aku wat benda bukan2. Die nak wat hal dia, die wat sendiri. Dia tahu aku tak macam dia. Kitorang still keep in touch sampai form 4. Aku tak penah jumpa dia lagi pastu. Abes SPM, dapat tahu dia dah ada anak. Aku tak terkejut. Cuma aku tak tahu dia kahwin baru dapat anak atau ada anak baru kahwin. Itu aku tak berani tanya.

Sampailah aku masuk U, tahun 1 rasanya. Kawan aku buat perjumpaan kawan-kawan sekolah masa hari raya haji. Masa tulah aku jumpa kawan aku yg sosial tu. Dia masih sama macam dulu, cantik, bergaya. Tak nampak gaya pun gaya seorang ibu beranak dua. Kitorang baru 21 tahun kot masa tu. Tapi dia masih nampak cam remaja-remaja lain. Penampilan dia takdelah sexy cuma freehair dgn muka make up.

Mula-mula tu aku tak nafikan aku ada tanggapan buruk kat kawan aku ni. Yelah belum abes sekolah dah kawen, Tak tahulah apa taraf apa anak dia tu. Ishhh memang jahat fikiran aku waktu tu. Dalam waktu yang sama, dalam perjumpaan tu ada lagi sorang kawan aku yg aku kata direspect oleh kawan-kawan lain. Dia ni anak ustaz-uztazah. Keturunan keluarga baik2 org kata. Mak dia sendiri ustazah kitorang masa sekolah agama dulu. Aku fikir, dia mesti tak layan kawan aku yg sosial tu. Yelah dia orang alim mana nak join org sosial yg dah ada anak muda2 mcm kawan aku tu.

Tapi time tu jugak Allah bayar cash kat aku. Kawan aku yg alim tu layan elok2 je kawan yg aku kata sosial tu. Muka kawan alim tu lagi berseri-seri bertanyakan hal anak kawan sosial aku tu. Tak depun terpancar perasaan ke tanggapan ke fikiran ke prejudis terhadap kawan sosial aku. Aku jer yg fikir mcm tu huhu.. Termalu sendiri aku waktu tu.

Huhu..walau pun peristiwa tu kecik je tapi impaknya besar bagi aku. Janganlah kita menilai orang dari luar atau kisah silamnya. Mungkin orang itu sudah berubah dan hidupnya lebih baik dari kita. Dan siapa aku nak tuduh bukan-bukan kat anak kawan aku tu. Itu antara dia dengan Tuhan jadi tak perlu aku jadi pengadilnya nak menghukum kawan aku tu. Lagipun berdasarkan pertemuan aku ngan kawan sosial aku, dia dah jauh lebih baik daripada dia yg aku kenal dulu. Dia memilih berkahwin untuk menjaga dirinya daripada terdedah dengan perkara yang sia-sia dan ternyata perkahwinan telah membahagiakan dia. Dia nampak tenang, matang, dan menerima seadanya kehidupan dia. Aku rasa cukup2 berterima kasih kpd suami dia yg sanggup kahwin ngan dia waktu umur 17 tahun.

Ape cerita pulak kawan alim aku tu? Dia dah jadi ustazah skang and die pun dah kawen. mula2 terkejut gak dpt undangan kat fb. tp aku xdelah terkejut sgt, yelah org2 mcm ni x membazir masa ngan bercinta hehe. so, aku pun nak taulah sapa bakal suami dia. ustaz gak ke. guess what??? kawan masa sekolah aku jugak. tapi dia senior la. aku dah start dupdapdupdap. pasaipa? pasai kitorang dulu kenal die sbg seorang pondan! pondan kawen ngan ustazah?! wow berita terhangat. tapi aku xkan nak tanya kat fb, so aku pendam sorang2lah persoalan aku tu. dan akhirnya terjawab oleh kawan ex sosial aku tu sendiri haha. simbiosis kan. rumah diorang dekat2 so confirm tau punyelah benda ni.

memang konpem kawan uztazah aku tu kawen ngan ex pondan. so aku jengah2 fb, nmpak la pic nikah diorang. serius ex pondan tu nmpak style uztaz. jelas terpancar kebahagiaan di wajah kawan aku. alhamdulillah gelaran pondan itu hanya kami yg ingat sbg kenangan waktu sekolah. aku percaya lelaki itu telahpun bertaubat diatas kejahilannya waktu remaja dulu. dan sekarang dia telah menjadi seorang yg baik dan aku yakin die boleh membimbing kawan ustzah aku tu. sembilan bulan lepas tu diorang dah ada anak . :')

aku sangat2 respect kat kawan uztazah aku tu. langsung x memandang kisah silam suami die, dan kawan ex sosial aku. sejak hari tu aku dah jarang menilai orang dari luarannya atau dari pandangan pertama kita. kesannya, bila ada org tanya aku " apa pandangan kau tentang dia?"
jawapan aku kosong. aku x de jawapan untuk die. aku perlukan masa untuk jawapan itu. dan biasanya aku kumpul jawaapan yg baik2. yg x baik, aku biarkan angin membawa pergi.

pengajaran paling besar :
semua orang tak sempurna semua orang buat silap. semua orang ada kisah silam baik dan buruk, dan mereka juga boleh berubah. buruk yg kita kenal semalam atau hari ini tak mustahil baik yg kita jumpa hari esok. :)



Tuesday 23 September 2014

cerita dalam bilik air




beb, aku ada satu soalan. ca ya nun alip ataupun cin_ ni kan, die berak x cuci ngan air ke? serius ni nak tanya. aku bukan nak rasis atau bersifat perkauman. aku just nak tau tu je. persoalan ni timbul bila aku keje kat tempat baru. kat tempat aku ni banyak chinese. yg melayu cuma empat orang termasuk aku. bila aku gi toilet and nak mencuci my ass kene guna hos air yg tersangkut kat sebelah tu toilet bowl tu. and bila nak press hos air tu die berbunyi. so, bila ada org guna toilet kat sebelah aku ni, aku jarang dengar (macam x penah je) bunyi hos air tu bila dgunakan. nak kata mmg xbunyi x jugak sbab aku dah guna ketiga-tiga bilik air tu and semua hos air die berbunyi. kira diorang ni kalau berak ke kencing x cebok la eh? pakai tisu je, pastu buang tisu kat toilet bowl..haa yg ni aku hangin. memang mcm tu ke beb org style guna jamban duduk ni? serius aku x pnah buat. kalau betul tanggapan aku ni emmm mmm aku rasa geli sikit ah.. yela dah berak x basuh. ewww. beb, orang2 kat luar negara tu pun mcm tu jugak la eh?















Wednesday 11 June 2014

perbezaan bila kawan kita dah kawen kita belum

yup.. lately aku rasa perbezaan antara aku  ngan kawan aku yang dah kawen ni memang terasa. kalau dulu2 selamba je nak chat apa2 bila2 masa je ngan dia. tapi skang dah lain. die punya keutamaan skang ialah rumahtangga, husband and family die. kalau aku nak sembang apa2, mesti tengah bz. yelah kan nak urus rumah, urus laki, nak masak nasi bagi laki makan, kemas rumah nant mak mertua jenguk malu lak. nak mesej malam2 hisshh baik layan laki yer dakk. aritu aku mesej die kat fb, die cakap tgah drive nak balik kampung..hmm..yelah kan org dah berkeluarga..kawan2 ni cuma sampingan je. huhu..

sekarang aku dah rasa macam kehilangan seorang kawan. walau pun sebenarnya tak. sekarang ni jugak kawan aku lagi sorang tengah hepi die dah ada calon boyfren baru menggantikan boyfren die yang tak guna tu dulu. hmm so aku nak nikmati sangat-sangat saat aku dan dia yang belum ada ikatan rasmi. aku sure, kalau die dah kawen nanti perkara yang sama akan terjadi pada kawan aku ni. huhu..i'm feel lost again..

aku dah boleh bayangkan nanti kalau mesej die..mungkin jawapan2 macam ni akan muncul
"sorry geng.. aku tengah bz. masak. hubby nak balik"
"mak mertua nak datang umah..kene kemasss.bye"
"weii soryy shoping ngan laki td.."

dan lagi haru kalau mcm ni...

"soryy..aku nak tdur awal malam ni.. *winkwink.."

huwaaaaaaaa



Monday 9 June 2014

tukar2 kerja

dah jun 2014 dah..
ape perkembangan hidup aku?
aku dah duduk umah sewa, dan aku bayar sendiri
aku dah bayar ptptn - sekali je itupun rm100
aku dah bg mak aku duit - pun baru sekali, rm100 jugak
aku dah tukar keje haha
keje telemarketing 3 bulan
skang keje kerani sekolah baru masuk minggu kedua
keje part time kat kedai hardware baru sehari- 1 hari 14 ringgit.
ape lagi yer.. rasanya tu jelah..
aku xtaulah lama ke tak aku nak keje sini..aku target sama ada 3 bulan atau 6 bulan
giler kau gaji kecik, kemahuan banyak hahaha
serious aku rindu sangat ngan kl
hati aku sentiasa meronta2 nak duk kl..
hmm tulah.. ade perkara yg perlu difikirkan...
doa2kan aku ae supaya aku dpat g kl....

huhu.. kl aku datang!



Wednesday 23 April 2014

rindu

weii aku rindukan lelaki yang aku suka tu
tapi laki tu sekarang macam dah tak peduli je ngan aku
macam menjauhkan diri je dari aku
macam mana ni weii
aku rindu die sangat sangattt
aku rinduu kauuu shahhh
shahhhhh


shah.. the one I want to meet..
the one I want to love
....

I love you Shah...
let me love you..
let me show my love...



Tuesday 22 April 2014

feeling comel

hari ni aku bajet comel sikit tdo pakai stokin pink
sebab aku malas nak garu2 kaki and marah2 kat nyamuk yg gigit kaki aku
lagi satu aku rindu nak pakai stokin pink ni
rasa cam comel je hahahaha
ok bye...

:)



Thursday 10 April 2014

aku nak rm40 ribu!

1.

 orang gaji.
yup aku nak orang gaji untuk mak aku. since mak aku pun dah tua n tak larat nak wat keje rumah lagi2 duduk sorang ditambah lagi ngan aku yang pemalas nak kemas umah kalau balik jadi lebih baik aku bagi mak aku orang gaji satu. aku fikir kalau nak amek orang gaji luar ni mahal urusannya lebih2 nak setel hal permit die je.lagi satu aku takut dari segi keselematan. sekali die contact geng2 indon die gi rompak rumah ishh naya je.so aku wat keputusan nak amek orang2 kampung yg dekat2 je. xyah tidur datang pagi balik petang.kalau boleh ade motor senang nak suruh beli ikan sayur. aku bajet dalam sebulan rm500. cukup x?
keje pun apelah sangat, basuh baju jemur baju lipat baju masak sikit mop lantai kemas sikit2. aku bajet dengan 10k boleh survive dalam setahun setengah. dlam setahun setengah tu aku akan cuba lagi cari duit banyak2.

2.
kereta.
ya aku sangat perlukan kereta untuk aku ke mana-mana. xperlu kereta mahal2 cukuplah kereta myvi atau viva. aku bajet untuk sediakan duit muka je. nak beli kereta tapi lesen pun tak lepas lagi huhu.

3. 
braces.
satu lagi benda yang aku perlukan sangat-sangat. gigi aku tak adelah buruk sangat cuma jarang kat tengah-tengah. jadi senyuman aku tak berapa cantik and malu2 kucing kalau nak senyum nampak gigi time amek gambar.  dengan gigi yang cantik aku lebih berkeyakinan untuk berhadapan dengan orang ramai.

4.
savings.
aku nak saving sebanyak rm10k.manalah tahu kalau-kalau aku kerja freelance and memilih pekerjaan yang tak berapa nak ada pendapatan tetap. dapatlah jugak aku survive bayar kereta and umah sewa bulan2.

yup itulah target aku dalam pekerjaan aku sekarang. aku tetapkan niat aku betul2. kalau betul target aku tercapai doakanlah aku supaya aku dapat tunaikan semua impian2 aku tu. kalau lebih daripada target tu aku bersyukur sangat2.


Saturday 15 March 2014

dunia baru

haiii apa khabar semua? rindu saya tak (poyo giler haha).. maafkan saya sebab dah lama tak update blog..(cehh ade ke peminat setia kau nak baca blog kau ni). saya nak beritahu sekarang saya dah keje kat johor bahru. tula cita2 nak sangat keje kat kl, tapi dah takdir saya kat johor. tapi xpe saya keje 4 bulan je. saya keje bahagian marketing. saya nak kumpul duit banyak2 pastu gi kl. (x putus asa nak gi kl haha)
saya tumpang rumah org, rumah pak cik saya. walau pun x berapa best sebab susah sikit nk wat apa2 tapi kenelah bersyukur. dahla aku (terus aku) xtau apa2 pasal jb, nama je org johor no ice 01 kat tgah2 huhu..xpe sikit2 saya belajar pasal jb. wat masa ni tu jelah saya nak cter. esok2 saya tulis lagi. hehe bye.. :)


# saya tak lupa awak encik comel/encik kucing/encik semuanya bgi saya! :))))))))))))


Friday 10 January 2014

CENDEK!

Kimak! bustard! sial! stupid! babi!

itu semua adalah perkataan yang keluar masa aku belajar bukit. Hahaha

kutuk banyak sangat pakcik ajar driving tu gamaknya.


# cendek tu pendek.

aku nak lesen kereta




ya Allah susahnya..aku nak cari kerja sekarang ni...
aku rasa dah enam bulan aku habis study embat bulan dah aku grad dan empat bulan jugalan aku x kerja
sekarang ni aku tengah menunggu mendapatkan lesen kereta
sebab bila dah ada lesen kereta segala-galanya diharapkan akan menjadi lancar
tapi yang aku geramnya kenapa pakcik yang ajar aku kat driving school tu teramatlah lembap nak abeskan aku belajar dan bagi amek test
aku rasa dah dekat 3 bulan aku kat umah abang aku ni
kenapa time kakak ipar ngan adik dia dulu boleh pulak cepat dia bagi belajar?
sebab aku lembap? sebab aku pendek?
ya aku lembap ya aku pendek
apa kaitan aku pendek ngan belajar kereta
kalau korang nak tahu, orang yg pendek adalah susah sedikit nak bawak kereta
seat kene kedepan nanti x selesa nak drive
kaki pulak x sampai nak tekan clutch sampai abes kalau x gear x masuk
memang la aku lembap sebab aku x penah bawak kete
n lagi aku x familir dengan jalan kat sini
sebab aku x lahir dan duduk di sini
aku duduk ngan abg aku la bahlol
menumpang.paham x menumpang.
kenapa aku amek lesen kat sini?
sebab konon-kononnya driving school tu dekat ngan umah abanng aku so, senang aku nak g tempat tu, pakcik tu nak amek pun senang
kimak kau. nak tau nape? sebab sejak taman perumahan abg aku ni ada pak guard dia dah x bagi pakcik driving tu masuk lagi.kononnya takut terlanggar budak2 kat situ. kimak kau lagi sekali.so abestu aku kena jalan kakila, panas2 ujan2 x takut kene culik kene rogol dalam perjalanan tu?
sapa punya idea ni? orang nombor rumah berapa yang bg cadangan ni? nak je aku langgar2 pagar rumah kau.puas hati aku. masa pak guard tu x bg pakcik driving tu x bagi masuk lagi, memang aku jeling abes muka pakcik tu.petang tu masa aku balik jalan kaki nak masuk taman, memang aku xpandang langsung muka pak guard tu. macam tau2 aku langsung x nak pandang muka dia, dia bagi salam. aku pun jawab.
tapi memangla setiap kali aku pandang pak guard tu, aku memang buat muka 'mampos kaula', kontra betul dengan muka abg aku or kakak ipar aku.
sambung cter pasal pak driving tadi, pakcik ni dahla da tua, kereta dia? ya ampun... memang layak masuk kedai besi buruk. dengan seat yang macam haram. berdebu, banyak sampah, banyak ubat, dahla suka bukak radio kuat2, lagu hindustan pulak tu . memangla aku suka lagu hindustan tapi agak2 la. ni sampai apa dia cakap pun aku x dengar, apehal. seriously aku memang tension belajar kete dengan dia, dia punya arahan buat aku sakit hati. dia suruh slow, aku baru nak slow dia dah suh bawak laju, dia bagi arahan baru aku baru nak ikut dia dah bagi arahan lain. ishhh tertekan aku. pastu selalu marah aku tak tekan clutch sampai abes. dah kaki aku pendek nak buat macam mana! bila aku nak betulkan seat kau bg kedepan, ya ampunnn tinggal besi je tempat pegang nak laraskan seat tu. pastu dahla seat tu tenggelam.maksudnya aku susah nak nampak jalan waktu drive, dan wat aku x selesa dan konfiden bila atas jalan raya. sebab tu aku masih kurang cekap memandu. ye nampak cam salah aku kan. tapi dia yang ajar, kenalah ajar aku betul2. kata dan berpuluh tahun ajar orang memandu, takkan satu teknik je kau ajar. aku x paham macam mana kakak ipar aku boleh kata dia suka cara pak cik tu ajar. aku ni dah hampir tiga bulan tau, tiga bulan kat sini. bahagian bukit pun dia x ajar lagi ko tau x. dia ajar parking n tiga penjuru tu je. parking tu aku dah bolehla sikit2 yang tiga penjuru je aku susah nak lepas. patutnya kemaskanla aku kat bahagian tu. ni sibuk nak bawak aku gi jalan raya tu.
hah citer bahagian jalan raya. ada dua jalan yang akan di pilih untuk test. itu pun aku tak sure aku ni lepas ke x jalan tu. sebab aku x ingat. ye korang akan kata aku lembap.terpulang.
yang aku ingat cuma jalan satu tu je, jalan dua haram aku x ingat. ni adik kakak ipar aku pun sibuk nak belajar keta. dan aku rasa dia boleh belajar cepat. lepas ni bolehla diorang belagak cepat dapat lesen, aku je yg lembap nak mampos. petang ni aku nak ugut aku nak test minggu depan. kalau x aku balik kampung.kalau failpun aku xnak repeat kat situ, aku nak balik jugak.
eii pak cik saya nasihat duduk jela kat umah. dah tua dah pun. main cucu je la lagi bagus.pakcik tu dahla sakit jantung jangan sampai saya drive kau dapat heart attack dahla.

banyak lagi entry2 rage akan menyusul lepas ni.




Tuesday 7 January 2014

TEATER DAN DRAMA DI GREECE KUNO : PART 2






10. Pentas

  • drama Greek dipentaskan di sebuah amphiteater (seperti sebuah stadium), di luar, di kawasan berbukit, yang boleh menempati lebih dari 14 ribu penonton
  • penonton boleh duduk atau berdiri di lereng-lereng bukit yang mengelilingi satu tempat lapang di kaki bukit, luasnya berukuran 65 kaki diameter

  • kawasan ini dipanggil orkestron (tempat korus menari)
  • kawasan lakonan - sebuah platform dengan beberapa anak tangga, tidak terlalu tinggi untuk membolehkan pergaulan antara pelakon dan korus, dan laluan dari pentas ke orkestron
  • di belakang kawasan lakonan ialah sebuah bangunan atau struktur dipanggil skene, mempunyai dua buah pintu untuk keluar masuk pelakon
  • latar drama- dihadapan istana atau kuil
  • disisi pentas ini ada dua lagi pintu keluar masuk dipanggil paradoi- untuk ahli-ahli korus dan watak-watak yang tidak ada dengan istana
11. Kesan yang diperlukan dalam drama Greek adalah kemunculan dewa-dewa
  • watak-watak ini mungkin turun dari atas ke bawah, ke orkestron atau diangkat dari bawah ke bumbung bangunan
  • alat mesin digelar 'machina' (seperti sebuah kren) digunakan untuk tujuan ini
  • metid ini digunakan untuk meleraikan situasi-situasi dramatik


12. Pelakon dan lakonan
  • selepas Sophocles, pelakon ditetapkan kepada tiga orang sahaja, tidak lebih
  • seorang pelakon memainkan lebih dari satu peranan kecuali dia watak utama dan muncul dalam semua babak
  • tekanan adalah kepada suara, iaitu intonasi vokal dan mengadaptasi cara pengucapan kepada mood dan watak
  • penyampaian adalah cara deklamasi, bukan realistik, tugasnya untuk memprojekkan nada emosi yang sesuai
  • bukit-bukit memberi gaungan kepada suara pelakon
  • ekspresi muka tidak penting kerana pelakon bertopeng
  • dalam tragedi, gerak tangan dan anggota adalah sederhana dan diperluaskan dalam komedi, aksi-aksi terpaksa dilebih-lebihkan
  • semua pelakon adalah lelaki

13. Korus, muzik, dan tarian
  • Sophocles 
    • menggunakan lima belas orang untuk korusnya
    • mempunyai ketua dipanggil Koragos yang mempunyai ucapan-ucapan solo dan yang lain bercakap dan bernyanyi dalam satu  kumpulan
    • korus selalunya masuk selepas prolog dan berada di pentas sehingga akhir cerita

  • fungsi korus:
    • sebagai kumpulan, pelakon yang mengekspresikan pendapat, memberi nasihat dan kadangkala mengancam untuk masuk campur dalam peristiwa drama
    • boleh mengekspreskan pendapat penulis skrip dan meletakkan kayu ukur di mana watak dinilai
    • sebagai penonton yang ideal, memberi reaksi, respon kepada kejadian yang berlaku dan kepada watak sepertimana penulis kehendaki dari penonton di auditorium
    • membantu memberi mood drama dan tingkatkan kesan dramatik
    • mewarnakan lagi pementasan dengan pergerakan dan spectacle

TEATER DAN DRAMA DI GREECE KUNO



1. Tamadun Greek yang melahirkan era teater yang hebat bermula di antara abad 6-8 SM.

2. Bandar-bandar penting : Athens, Sparta, Corinth, Thebes, Megara, Argos.

3. Pandangan Greek tentang manusia dan dewa-dewa:

  •  memandang dewa-dewa mengikut istilah manusia iaitu mempunyai sifat kemanusiaan
  •  jika dipuja dengan doa-doa dan korban, dewa-dewa boleh membantu manusia, tetapi boleh juga        tersinggung dan berdendam
  • mereka (dewa-dewa) sendiri berbalah antara satu sama lain
  • tertakhluk juga kepada nasib yang membuat destini manusia dan dewa itu sendiri sesuatu yang tidak ada kepastian
4. Orang-orang Greek sangat mengambil berat tentang kemanusiaan. Budaya orang Greek sentiasa membangkitkan dan mencari jawapan terhadap semua isu, termasuk sifat dewa-dewa, sifat manusia dan alam semesta.

5.Catatan awal bagaimana drama Greek bermula:
  • ada di dalam sebuah bab dalam buku "Poetics" oleh Aristotle yang menyatakan tragedi muncul dari improvisasi yang dibuat oleh ketua korus dalam persembahan 'dithyramb' (sebuah lagu agama) yang ditarikan dan dinyanyikan dalam pemujaan Dionysus dengan ahli-ahli korus
  • Dionysus: anak dewa Zeus (dewa yang teragung) dan ibunya Semele seorang manusia, Dewa Wain dan Dewa Kesuburan
  • Mitos: dia telah mati dibunuh, dicincang dan kemudian hidup kembali adalah berkaitan dengan pusingan hidup dan perubahan cuaca
  • kelahiran, ketumbuhan, kereputan, kematian, kelahiran semula menjelaskan adanya musim bunga, musim panas, musim luruh, dan musim sejuk
  • pemujaannya adalah untuk memastikan kembalinta musim bunga atau pun kesuburan
  • sebagai dewa wain adalah untuk mewakili kuasa tidak rasional dan pemujaannya adalah satu pengiktirafan kepada emosi-emosi asas manusia
6. Perkembangan drama:
  • diikuti dengan kisah dewa-dewa lain, wira-wira, lagenda-lagenda Greek, kisah perang, pergaduhan dan pergolakan destini anak cucu mereka yang menderita disebabkan dosa datuk moyang (menjadi sumber ketegangan dramatik)
  • elemen penting : konflik antara manusia-dewa, baik-jahat, anak-ibu-bapa, tugas-kehendak hati
  • plot : semua plot drama Greek telah diketahui terlebih dahulu kerana ia adalah sebahagian dari warisan keagamaan dan kebudayaan
  • khalayak telah membaca kisah-kisah ini dalam sajak-sajak epik Homer, dalam "Ilyad" dan "Odysey"
  • minat penonton bukan kepada cerita tersebut, tetapi bagaimana dramatis menyembahkannya, dan mereka menilai lakonan dan kerja-kerja korus dalam nyanyian dan tarian
7.  Drama di Greece kuno bermula dalam abad 534SM.
  • dramatis pertama zaman itu : Thespis
  • pertunjukan Thespis telah memenangi peraduan
  • melibatkan seorang pelakon, beliau sendiri, memainkan semua watak
  • memakai topeng untuk menukar identiti
  • apabila keluar dari pentas untuk menukar topeng, ahli-ahli korus mengisi ruang dengan nyanyian dan tarian
8. Abad ke-5: muncul penulis hebat , Aeschylus, Sophocles, Euripides, Aristophanes, Menandes.
  • Aeschylus (525-426 SM)
    • perkenalkan 2 orang pelakon
    • membolehkan konflik bersemuka untuk kali pertama
    • kepentingan korus dikurangkan
    • drama-dram terkenal; Seven Against Thebes, Trilogy Oresteio, The Suppliants, Prometheus Bound


  • Sophocles (496-406SM)
    • dramatis Greek terhebat
    • drama' Ajax, Antigone, Oedipus Rex, Electra, Oedipus At Colonus
    • perkenalkan 3 orang pelakon
    • drama menjadi lebih kompleks
    • mementingkan perhubungan antara manusia daripada isu-isu falsafah atau agama yang menjadi perbahasan Aeschylus
    • menumpukan kepada pembinaan drama yang baik yang membawa kepada kemuncak

Sophocles
  • Euripedes (480-406 SM)
    • dramatis tragedi Greek terakhir
    • drama ; Medea, Hippolytus, Electra, The Trojan Women. The Bacchae
    • mengurangkan lagi peranan korus
    • banyak menyoal idea-idea orang Athens dan dewa-dewa mereka
    • dewa-dewa tidak lagi memainkan peranan yang penting dalam kehidupan manusia
    • oleh kerana drama-dramanya memaparkan emosi yang kuat dengan realism dalam aspek psikologi, beliau lebih digemari oleh orang-orang zaman selepasnya
    • contoh- dalam drama Electra versi pembunuhan Clytemnestra dan kekasihnya Aegithus di tangan anak-anaknya, Orestes dan adiknya Electra
      • Aeschylus - dalam dramanya menekankan hakikat yang anak-anak Agamemon itu terpaksa membunuh ibu mereka kerana satu perintah dari dewa
      • Euripedes - melihat pembalasan dendam ini dari pendekatan manusia, menyiasat perhubungan antara pendendam dan mangsa
    • minat ditumpukan Euripedes kepada perwatakan Electra sebagai pembunuh ibunya
    • dengan kematian Euripedes, era hebat tragedi Greek berakhir


9. Greek juga mempunyai komedi yang boleh dibahagi kepada tiga bentuk:
  • komedi lama, pertengahan, baru
  • dramatis komedi lama yang hebat : Aristophanes (448-380SM)
    • komedinya berhubung dengan politik semasa dan adat-adat sosial zamannya dan lebih kepada satira
    • beliau menulis satira tentang ahli falsafah Socrates dalam "Clouds" dan Euripides dalam "Frog".
    • drama yang kerap dipentaskan - Birds, Lysistrata

  • Menander (342-292SM)
    • penulis komedi baru
    • mendapat sambutan dan penerimaan orang-orang Romawi yang menadaptasikan cerita-ceritanya untuk hiburan dan citarasa mereka
    • komedinya tidak politikal, tidak satira, dan lucu tanpa kelucahan Aristophanes
    • plot - berkaitan hal-hal keluarga, perkahwinan, ibu bapa yang kehilangan anak dan lebih berbentuk romantik komedi
    • situasi-situasi komik diambil dari kehidupan zamannya


Monday 6 January 2014

KUCING HILANG



KUCING AKU HILANG
KUCING AKU KAT KAMPUNG
AKU KAT BANDAR
SEKARANG TOLONG BAGI TAHU AKU MACAM MANA
NAK BAGI DIE BALIK SEMULA
...
RINDU SETENGAH MATI

.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...