Friday 19 June 2015

Panduan bela kucing


11.    Tengok dulu rumah ko tu kat kawasan mana. Kawasan rumah flat, rumah teres,rumah kondo, rumah kampong, rumah panjang?  Sesetengah kawasan perumahan tak bagi bela kucing. Kena faham diorang tak bagi bukan sebab kejam tapi sebab pentingkan keselesaan orang lain, bukan kita sorang je. Dah nama pun hidup bermasyarakat kan.

22.       Bela ikut kemampuan. Kalau mampu bela sekor dua je jangan gatal-gatal nak bela sampai 100 ekor pastu menggelabah tak tentu pasal bila dah tak dapat jaga and kawal diorang semua. Kalau dah tahu tak mampu, kucing lak betina cepat-cepat gi mandulkan, ni dah beranak pinak empat keturunan mulalah rasa terbeban pastu simply buang merata-rata. Yang ok sikit, post kat mana-mana mintak orang lain adopt.

33.       Jaga kebersihan. Part ni paling penting sekali. Ikut pengalaman aku la kan, seumur hidup aku Cuma pernah bela kucing kat kampong dan bela kucing dalam dorm university sekali. Bela kat kampong tu aku just lepaskan macam tu je, tak amek tau sangat pun mcm mana nak ajar dia berak. Masa kecik-kecik tu biasakan dia kat luar and tanah. Bagi die perati camner kucing besar  berak kat tanah. Kais sikit2 kaki dia kat tanah. Kalau bapak aku,dia baca mentera apa entah pastu amik lidi ukur kat ekor kucing pastu patahkan lidi tu ikut panjang ekor kucing, then lidi tu cucuk kat tanah. Tempat nak cucuk tu konon-konon itulah port jamban yang dia nak berak.

Masa bela kucing dalam dorm lak, aku just bagi tempat tidur ngan makan je, berak pandai2 ko sendiri hahaha. Aku akan cari die sekitar  foyer asrama aku tak kiralah siang ke malam ke then bawak masuk bilik tidur ngan aku sekali. Keje dia dalam biliktu tidur makan tidur makan jelah. Tapi petang-petang atau waktu aku ke kelas aku akan bawak die turun asrama. Nak ke tak nak ke kucing tu aku bawak je turun. Yelah kalau dari malam semalam bawak ke petang esoknya duk makan terlentang ngan aku bila masa ko nak berak. Kang tau2 pagi esoknya berbau je bilik aku huhu. Sebab waktu tulah aku bagi die peluang berak. Pandai2la ko cari rumput kat asrama tu hahaha. Nasib baik je kawasan asrama aku tu luas ada tanah banyak rumput. Bila malam sama ada aku cari dia atau dia pandai2 datang sendiri bilik aku hehe..pandaikan dia. Ohh bilik aku kat tingkat satu je hehe.

Eh eh tercerita pasal kucing aku lak, padahal nak bagi panduan. Owhh yer pasal kebersihan kan. Emm firstly, selalu-selalula buang taik kucing kau tu dari litter box. Kalau boleh, Nampak je terus buang jangan sampai dah berlonggok-longgok pun kau wat tak tau je. Pastu ko sanggup plak tengok kucing ko main2, baring2, tidur bagai kat litter box tu. Pastu malam-malam ko peluk cium die.Eeee yuckkksss!!  Idung kau dah kebal agaknya ngan bau taik kucing tu. Tapi ingat! Bukan kau sorang je yang akan terbau benda tu, ingat yer kita ni berkongsi udara yang sama. Jadi tolonglah faham sensitivity orang lain yang berjiran dengan kita ni. Jangan sampai diorang jadi tak selesa, bila dia tegur, kita tak boleh terima teguran dia, lama-lama saling membenci. Kan tak elok tu.

Pasir tu kalau boleh tukarlah kerap sikit kalau yang jenis tak berapa tahan tu. Pastu pastikan pengudaraan rumah kita ok. Contoh kalau dalam umah flat yang sentiasa bertutup pengudaraan kurang ko agak-agak udara taik kucing tu berkumpul kat mana. Kalau aku boleh pengsan kot duk umah macam tuuu.


Kalau duk buka pintu atau tingkap luas-luas lak mungkin ada udara yang tersebar kena kat jiran sebelah. Dibuatnya jiran sebelah tu ada anak kecik ke, orang yg sensitive ngan bau ke, orang tua ke, orang sakit ke, bukan ke kita dan beri ketidak selesaan kepada jiran. Sebabtu kene jaga betul2 bab kebersihan kucing ni, bukan setakat kucing, kita, tapi juga orang-orang berada di sekeliling kita. Litter box tu plak pandai2la letak kat tempat yang sesuai. Aku tak tau kat mana tempat yang paling strategic sekali kat rumah korang tu tapi aku tau tempat yg tak berapa sesuai contohnya kat pintu ruang tamu kau. Kau masuk2 melangkah kaki je sebelah tu ada litter box ngan taik bagai, cuba bayangkan ko tetamu rumah tu. Nak2 lagi hari raya, spoil giler dowh. Lagi satu, dekat tempat masak. Lainlah kalau kau tak kisah pasir tu terkena sayur-mayur atau daging2 yang korang nak masak dengan bau pasir tu semua.

bosan

Sebenarnya aku ada masalah dalam hidup aku ni, ( macam ko sorang ada masalah hahaha) . masalah aku ialah aku dah malas nak kerja dan tak tau nak kerja apa. Bila tak ada kerja, meroyan pulak tak ada kerja dan sibuk cari kerja. Hmm tu yang aku heran aku nak apa sebenarnya ni?

Sebenarnya yang aku nak ialah aku ni anak orang kaya, tak kerja pun tak apa mak bapak still boleh tanggung dan tak perlu risau pasal tak ada duit. Pastu dah puas hidup bawah tanggungan mak bapak pindah lak tanggungan suami yang juga kaya raya tak risau tak mampu nak bagi beras kesenangan duniawi hahahaha.. cool kan?

Sebenarnya dalam kata lain ko malas nak berdikari je hahahaha! Kadang-kadang aku rasa sedih dengan diri sendiri. Aku rasa aku ni banyak betul kekurangan diri. Tak pandai2 bawak kete, tak reti hafal jalan, tak reti cakap Bahasa inggeris, selalu emosi, cepat marah, sopan santun lemah lembut cun menawan apatah lagi huhu. Tambah2 lagi aku ni introvert dan antisosial, hmm lagilah…Apa kelebihan yang aku ada pun aku tahu.

Aku teringin nak jadi penulis tapi selalu je tertangguh, ilmu didada pun masih paras-paras buku lali tapi impian ke langit. Hmm banyak lagi yang aku kena buat dalam hidup ni. Selalu cemburu dengan pencapaian orang lain yang jauhhhh labih dari aku huhu jelesss tau.

Sebenarnya sekarang ni aku tengah bosan tak tau nak wat ape kat ofis. Kerja tak banyak sangat. Kerja tak banyak tulah yang aku bosan nak mampos. Pastu orang keliling lak wat kerja masing2, tambah2 duk lalu lalang kat tepi aku. Tempat aku ni open space so kalau nak surf internet pun kene bukak window kecik-kecik. Ada bos lak cam gampang ( alamak termengumpat tengah pose lak hehehe). Tu yang tak sabar mengira hari nak blah dari sini, tapi dalam waktu yang sama khuatir dengan apa yang akan berlaku dengan title jobless yang aku akan sandang buat kesekian kalinya…


Okeylah sampai sini jer, kalau aku bosan lagi aku tulis lagi. Bye…

Monday 27 April 2015

perangai2 housemate/roomate yang macam lahanat




Okey sepanjang aku hidup ni, dah empat kali jugaklah aku menyewa rumah atau bilik. Tapi pengalaman yang sebenar-benarnya aku dapat dalam menyewa bilik ni start masa aku kat jb sampailah aku dah kat kl sekarang. Antaranya ialah…

1. Sejenis bergaduh ngan pakwe kat henfon sampai hentak-hentak dinding dan jiran sebelah-sebelah boleh dengar.





Haha panjang tak tajuk dia. Sekali baca pun dah tau kan peel housemate aku ni, eh bukan housemate tau roommate. Hahahadoiiii lagi hazabbb nokkk.. budak ni lagi muda dari aku dan aku anggap apa yang dia buat tu masih tak matang lagilah. Seriously perangai macam ni pun ade? Kadang2 tu aku dengar jugaklah apa yang digaduhkan sangat kat henfon tu. Ek eleh benda kecik2 remeh temeh je bro. Tak angkat callah, lambat reply mesejlah. Pastu roommate aku  ni plak sejenis pak turut apa pakwe dia cakap padahal pakwe die entah kat mana. Bukannya Nampak pun apa roommate aku ni buat. Contohnya roommate aku ni nak gi beli barang sama-sama ngan kitorang dan dia pun mesej pakwe dia umpama seorang isteri mithali yg meminta kebenaran suaminya. Sekali pakwe die tak bagi, dan dia pun tak ikut kitorang. Derhaka mungkin kalau mengingkari amanat pakwe die. Yang aku paling tak boleh blah tu, time dia gaduh2 roomate aku ni akan menangis-nangis meraung-raung and merayu-rayu bagai ngan pakwe dia. Satu rumah boleh dengar. Pastu sampai satu tahap dia akan tumbuk-tumbuk dinding dengan kuat sampai jiran sebelah pun bleh dengar. Yang bongoknya dia ni ko gi gaduh kat luar balkoni, ko hingat jiran sebelah tu tak ley Nampak? Jenguk leher sikit je dr rumah diorang tu memang dah sah2 nampak ape yg berlaku. Ada satu malam tu aku balik keje malam masuk bilik terus tertidur. Tengah syok2 tidur dengar bunyi dam! Dam! Dam! , terus mata aku terbuka and aku bangun dengan keadaan yang sangat marah. Tak pikir panjang aku terus naik tgkat ats tempat dia gaduh tu, aku on tv bukak volume kuat2. Pastu die pun perasan apa aku buat tak lama pastu dia blah dari situ. Tau plak eh aku ni mengganggu kau. Kau yang selama ni mengganggu ketenteraman rumah kitorang dan rumah jiran sebelah tak penah pikir plak. Turun dari tingkat atas roommate lain duk Tanya aku apa aku buat kat atas, diorang kata diorang terkejut masa aku bangun naik atas dengan nekadnya pastu cuak takut2 aku dah tercampk kat bawah sebab bdan budak tu besar and bile2 je bleh tolak aku dr balkoni tingkat 3. Hahahaha tergelak2 aku dengar. Memang pun masa nak naik atas tu kepala otak aku nak je sound budak tu kaw2 tp sampai2 atas tak buat pun. Tapi aku still buat something yang menunjukkan kemarahan aku la hehehe. Pastu kalau ada housemate lain bising pasal housemate malaun ni, kakak roommate aku akan cerita apa yg aku buat supaya menjadi ikutan diorang hahaha.  Dan Disebabkan perangai die ni satu rumah pun tak berkenan ngan bercampur sangat ngan dia. Perghh baru sepsis aku cerita ni dah panjang satu entry hahaha.

Tuesday 13 January 2015

perkara yang aku tak sangka terjadi dalam hidup aku




1. jatuh cinta dengan lelaki yg tak memandang aku dan menyimpan perasaan selama bertahun-tahun
   
     ya, sangat novel kalau baca. tapi itulah yang terjadi kepada aku. jatuh cinta dengan lelaki botak, pendek, dan cerewet. akulah perempuan gila yang jatuh dengannya. apa yang lagi best disebabkan sudah tidak tahan menahan perasaan yang telah beberapa tahun kuoendam ini, pada suatu malam aku telah berterus terang dengannya melalui facebook. aku telah mencurahkan segala-galanya. dari a sampai z. bagaimana, bila, dan mengapa aku mencintainya. balasannya, dia unfreind aku tanpa sepatah kata balasan mesej yang aku berikan kat facebook. dan aku percaya sebahagian mesej tidak dibaca dan dibuang begitu sahaja. itu semua sudah cukup untuk meranapkan hati dan perasaan aku. dalam masa seminggu aku lost gila. aku membuat keputusan mengunfreind sebahagian besar kawan-kawan aku yg mutual freind dengan dia. sebabnya, aku takut aku tak kuat kalau terpandang status atau gambar berkaitan dia. setelah beberapa ketika aku ingat aku boleh lupakan dia dan cuba membuka hati aku dekat lelaki lain. tapi aku salah, setiap kali aku cuba berkawan dengan orang lain, bayang-bayang dia tetap ada. mimpi-mimpi aku tetap ada kehadirannya. dan impian-impian aku tetap ada dirinya. akulah sang pemimpi yang terpernah berhenti berharap kepadamu.




2. cinta itu memang pelik, ada masa kita perlu waktu untuk jatuh cinta, tapi ada ketika kita cuma perlu ada kau dan aku untuk larut dalam lautan kasih

    tidak lama kemudian aku berkenalan dengan seseorang. cerita cliche, berkenalan melalui facebook. dia add aku selepas aku aktif komen status2 dalam sebuah grup kat fb. lepas tu start berani komen and mesej kat fb. lepas tu kat wechat kitorang start rapat dan mesra. tak mengambil masa yang lama dalam seminggu dua panggilan sayang mula terbit dari kata, sungguh aku katakan itulah saat yang paling indah dalam kehidupan aku dan orang lain yang mula rasa perasaan sayang itu ada walau tidak pernah bersua. peliknya cinta. dalam seketika aku hanyut dalam keindahan perasaan ini. hinggalah dalam perlahan-lahan si dia mula merasakan ini semua tidak patut terjadi. sekali lag aku hilang arah. hati.. banyak dugaan kau rupanya. aku pujuk diri aku, dan perasaan itu lama semakin redha dengan apa yang terjadi. sesuatu yang aku syukuri dia tidak terus menghilang, masih menghubungi aku sekali sekala disaat dirinya kesusahan. aku tidak kisah, sekurang-kurangnya aku tahu dia masih ada, kerana si dia menghidap kanser peringkat pertama.



3. mencintai dua lelaki dan sukar melupakannya

    daripada berusaha untuk melupakan lelaki pertama, kini bertukar mencintai dua lelaki dan bagaimana aku harus melupakannya kerana kasihnya begitu sukar untuk aku miliki. oh begini rupanya perasaan ini, mencintai dua lelaki. ya, perkenalan lelaki kedua memang singkat dan kasihnya juga tidak begitu lama, tapi yang tertinggal di hati ini tak mungkin mudah dicabut. perkenalan dengan lelaki kedua betul-betul membawa makna kepada aku. makna tentang kehidupan, pengorbanan, kesenangan dan kesusahan, lelaki pertama, aku yakin cerita aku dan kamu masih belum tamat, masih ada yang belum terungkap. dalam kelam malam, aku masih memanjat impian untuk bersamamu, walau tak pasti suka atau duka. lelaki kedua, kehadiranmu amat bermakna walau seketika. terima kasih kerana memberi aku peluang rasa kasih mengasihi itu.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...