Tuesday 7 January 2014

TEATER DAN DRAMA DI GREECE KUNO



1. Tamadun Greek yang melahirkan era teater yang hebat bermula di antara abad 6-8 SM.

2. Bandar-bandar penting : Athens, Sparta, Corinth, Thebes, Megara, Argos.

3. Pandangan Greek tentang manusia dan dewa-dewa:

  •  memandang dewa-dewa mengikut istilah manusia iaitu mempunyai sifat kemanusiaan
  •  jika dipuja dengan doa-doa dan korban, dewa-dewa boleh membantu manusia, tetapi boleh juga        tersinggung dan berdendam
  • mereka (dewa-dewa) sendiri berbalah antara satu sama lain
  • tertakhluk juga kepada nasib yang membuat destini manusia dan dewa itu sendiri sesuatu yang tidak ada kepastian
4. Orang-orang Greek sangat mengambil berat tentang kemanusiaan. Budaya orang Greek sentiasa membangkitkan dan mencari jawapan terhadap semua isu, termasuk sifat dewa-dewa, sifat manusia dan alam semesta.

5.Catatan awal bagaimana drama Greek bermula:
  • ada di dalam sebuah bab dalam buku "Poetics" oleh Aristotle yang menyatakan tragedi muncul dari improvisasi yang dibuat oleh ketua korus dalam persembahan 'dithyramb' (sebuah lagu agama) yang ditarikan dan dinyanyikan dalam pemujaan Dionysus dengan ahli-ahli korus
  • Dionysus: anak dewa Zeus (dewa yang teragung) dan ibunya Semele seorang manusia, Dewa Wain dan Dewa Kesuburan
  • Mitos: dia telah mati dibunuh, dicincang dan kemudian hidup kembali adalah berkaitan dengan pusingan hidup dan perubahan cuaca
  • kelahiran, ketumbuhan, kereputan, kematian, kelahiran semula menjelaskan adanya musim bunga, musim panas, musim luruh, dan musim sejuk
  • pemujaannya adalah untuk memastikan kembalinta musim bunga atau pun kesuburan
  • sebagai dewa wain adalah untuk mewakili kuasa tidak rasional dan pemujaannya adalah satu pengiktirafan kepada emosi-emosi asas manusia
6. Perkembangan drama:
  • diikuti dengan kisah dewa-dewa lain, wira-wira, lagenda-lagenda Greek, kisah perang, pergaduhan dan pergolakan destini anak cucu mereka yang menderita disebabkan dosa datuk moyang (menjadi sumber ketegangan dramatik)
  • elemen penting : konflik antara manusia-dewa, baik-jahat, anak-ibu-bapa, tugas-kehendak hati
  • plot : semua plot drama Greek telah diketahui terlebih dahulu kerana ia adalah sebahagian dari warisan keagamaan dan kebudayaan
  • khalayak telah membaca kisah-kisah ini dalam sajak-sajak epik Homer, dalam "Ilyad" dan "Odysey"
  • minat penonton bukan kepada cerita tersebut, tetapi bagaimana dramatis menyembahkannya, dan mereka menilai lakonan dan kerja-kerja korus dalam nyanyian dan tarian
7.  Drama di Greece kuno bermula dalam abad 534SM.
  • dramatis pertama zaman itu : Thespis
  • pertunjukan Thespis telah memenangi peraduan
  • melibatkan seorang pelakon, beliau sendiri, memainkan semua watak
  • memakai topeng untuk menukar identiti
  • apabila keluar dari pentas untuk menukar topeng, ahli-ahli korus mengisi ruang dengan nyanyian dan tarian
8. Abad ke-5: muncul penulis hebat , Aeschylus, Sophocles, Euripides, Aristophanes, Menandes.
  • Aeschylus (525-426 SM)
    • perkenalkan 2 orang pelakon
    • membolehkan konflik bersemuka untuk kali pertama
    • kepentingan korus dikurangkan
    • drama-dram terkenal; Seven Against Thebes, Trilogy Oresteio, The Suppliants, Prometheus Bound


  • Sophocles (496-406SM)
    • dramatis Greek terhebat
    • drama' Ajax, Antigone, Oedipus Rex, Electra, Oedipus At Colonus
    • perkenalkan 3 orang pelakon
    • drama menjadi lebih kompleks
    • mementingkan perhubungan antara manusia daripada isu-isu falsafah atau agama yang menjadi perbahasan Aeschylus
    • menumpukan kepada pembinaan drama yang baik yang membawa kepada kemuncak

Sophocles
  • Euripedes (480-406 SM)
    • dramatis tragedi Greek terakhir
    • drama ; Medea, Hippolytus, Electra, The Trojan Women. The Bacchae
    • mengurangkan lagi peranan korus
    • banyak menyoal idea-idea orang Athens dan dewa-dewa mereka
    • dewa-dewa tidak lagi memainkan peranan yang penting dalam kehidupan manusia
    • oleh kerana drama-dramanya memaparkan emosi yang kuat dengan realism dalam aspek psikologi, beliau lebih digemari oleh orang-orang zaman selepasnya
    • contoh- dalam drama Electra versi pembunuhan Clytemnestra dan kekasihnya Aegithus di tangan anak-anaknya, Orestes dan adiknya Electra
      • Aeschylus - dalam dramanya menekankan hakikat yang anak-anak Agamemon itu terpaksa membunuh ibu mereka kerana satu perintah dari dewa
      • Euripedes - melihat pembalasan dendam ini dari pendekatan manusia, menyiasat perhubungan antara pendendam dan mangsa
    • minat ditumpukan Euripedes kepada perwatakan Electra sebagai pembunuh ibunya
    • dengan kematian Euripedes, era hebat tragedi Greek berakhir


9. Greek juga mempunyai komedi yang boleh dibahagi kepada tiga bentuk:
  • komedi lama, pertengahan, baru
  • dramatis komedi lama yang hebat : Aristophanes (448-380SM)
    • komedinya berhubung dengan politik semasa dan adat-adat sosial zamannya dan lebih kepada satira
    • beliau menulis satira tentang ahli falsafah Socrates dalam "Clouds" dan Euripides dalam "Frog".
    • drama yang kerap dipentaskan - Birds, Lysistrata

  • Menander (342-292SM)
    • penulis komedi baru
    • mendapat sambutan dan penerimaan orang-orang Romawi yang menadaptasikan cerita-ceritanya untuk hiburan dan citarasa mereka
    • komedinya tidak politikal, tidak satira, dan lucu tanpa kelucahan Aristophanes
    • plot - berkaitan hal-hal keluarga, perkahwinan, ibu bapa yang kehilangan anak dan lebih berbentuk romantik komedi
    • situasi-situasi komik diambil dari kehidupan zamannya


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...