Thursday 2 October 2014

Tukar-tukar kerja (2) – sebuah pengalaman sebuah pengorbanan


Okey sekarang aku nak cerita lak pekerjaan aku yang seterusnya waktu aku kat jb. Time ni aku dah pindah dari rumah pak cik aku. Aku nekad lantaklah apa nak jadi aku nak pindah. Tak jauh sangat dr rumah pak cik aku. Kalau sebelum ni aku gi keje pak cik aku hantar naik teksi dia, kali ni aku gi naik bas.

Okey aku keje sebagai kerani kat sebuah sekolah rendah swasta gak (Nampak sangat macam rezeki aku kat sector swasta). Aku yg memang tak tau apa2 sama mcm mana aku tak tau apa2 keje telemarketing dgn yakinnya ingat keje ni senang. Memang senang untuk seminggu dua sebab time tu cuti sekolah and xde apa aku kene buat. Paling2 aku kene scan kertas soalan yang guru besar bagi. Okey start2 aku dah rasa tak best sebab aku kene buat keje sorang2. Xde member untuk bercakap bercerita bergosip macam mana aku keje telemarketing dulu. Tempat duduk lak dalam sebuah ofis yang Cuma ada guru besar laki sorang, guru penolong kanan pompuan sorang, aku n kat sebelah ada bilik pengarah sekolah. Kesimpulannya Cuma ada 3 orang manusia dalam sebuah ofis x termasuk pengarah yang ada bilik sendiri. Waktu makan sarapan and lunch pihak sekolah dah sediakan sekali so tinggal makan je. Memangla best aku xyah keluarkan duit beli makanan tapi sebenarnya keadaan tu sangatlah membosankan.  Makan nasi ngan lauk budak2. Ayam/ daging carik2 halus, sayur masak kuah. Kadang2 sedap kadang2 hampeh. Tapi kalau dah lapor main bedal je sampai licin hehe..

Aku dah start stress keje ni bila aku kene handle yurang budak2. Ni sekolah swasta so mak bapak kene bayar yuran 4 bulan sekali tapi ada gak yang bayar tiap2 bulan. Masa aku mula2 masuk kerja tu aku Cuma diterangkan kene bukak lampu, aircond, cctv ofis, buat surat, fotostat, bukak pagar kunci pagar, jawab telefon. Sekali lahabau aku kene handle setiap yuran yang mak bapak bayar. Yelah habis tu sapa lagi kene buat. Dah kerani aku sorang. Sungguh cissss aku rasakan masa tu. Masa first day tu, adelah sorang cikgu yg paling lama mengajar kat situ ajar aku untuk handle yuran ngan wat resit yuran tu. Aku yg memang x bersedia langsung ngan tugas tu mmg mcm cilake aku kira duit. Mana pernah aku kira duit banyak2 macam org bank tu buat. Berterbaur-terabur tau x aku kira duit. Wat malu jek dpan parents ngan guru besar hensem tu (ehh tetibe hahahaha). Mule2 dulu sampai terkoyak-koyak aku print resit yuran tu gelabah punya pasal. Guru besar ensem tu jugak yg tolong aku camner nak print bg elok. Dah malu kali kedua hahaha.

Lama-lama aku pandai sendiri nak kira duit tu. Pastu bermulalah episode kestresan aku keje kat situ bila si pengarah mintak update terkini data yuran yg dh dbuat. Disebabkan aku ni seorang yg cuai bukan bersikap teliti dan cermat dlm membuat kerja banyaklah kesilapan yg aku buat. Total tertinggallah, salah kolumlah, salah namalah, salah bulanlah, tak boldlah, salah itulah salah inilah..hwaaaaa nak nangisss..mula2 pengarah tu boley layan lagi aku yg barulah kononnya berkerja, lama2 dia dah start keluar taring. Pastu bukan setakat taring tanduk sekali keluar. Aku dah give up.

Benda paling besar aku buat silap kat situ ialah, aku bg resit voucer yang tak sepatutnya aku bagi. Akibatnya bukan aku yang setakat kene marah tapi guru besar ensem tu jugak yg kene mengadap pengarah nak cover aku punya pasal. Waaa sedihnya kalau dikenang balik. so pengarah suruh aku mintak balik resit voucer tu kat parents yg aku dah terbagi, plus sebenarnya aku bagi sijil berenti sekolah yang xde cop ngan tanda tangan pengarah.waaaaa double2 aku punya malang kat situ. Rumah parents tu pulak bukannya dekat n dia susah nak tinggal rumah sebab ada renovate kat rumah plus dia seorang warga emas iaitu datuk dan nenek yang menjaga cucunya. Aku dah nak pengsan bila aku rasa masalah ni susah nak setel. So aku nekad pi rumah parents tu ambik sendiri voucer tu. Dahla aku bukannya tau sangat jalan jb, dengan semangat juang aku naik bas. Pastu sesat x jumpa-jumpa rumahnya. Last2 aku naik teksi hahaha. Esoknya dengan selamba aku pulangkan balik voucer tu kat pengarah, aku cakap parents tu yang datang bagi sebab aku malas nak cter aku yg pegi rumah dia.

Itulah pengalaman yang aku paling xley lupa sekali masa mula keje kerani kat sekolah tu. Pastu x habis lagi stress aku. Aku x cerita lagi pasal mak bapak foreigner (mostly Singapore) yg nak daftarkan anak diorang kat sekolah tu tapi xde duit. Okey satu benda yg paling aku xley hadap dengan pengarah ni ialah dia seorang yg sangat berkira! Menyampah aku! Undang2 sekolah tu nak masuk sekolah kene setelkan yuran 4 bulan trus baru ley sekolah. Kalau x, bye bye aku pun x heran. Macam tulah. Aku pulak jenis kesian dgn mak bapak yg dtg merayu-rayu nak sekolahkan anak, anak dah dua tiga bulan x sekolah sbab xdpat sekolah kerajaan. Dia mintak bayar bulan2 dah ada duit nant baru die bayar 4 bulan sekaligus. Aku pulak kesian. Aku pun main amek je duit registeration and register nama die lam sekolah. Sekali pengarah tahu, abes naik angin orang tua tu. Yg kene ngadap  guru besar ensem jugakkk huhu.. tu la aku pandai2 terima budak tu sapa suruh. Dah aku kesian, nak wat mcm mana.

Mak budak tu pulak asik call2 camner status anak die tu. Aku pun dah pening camner nak kira yuran dah tercampur aduk tu. Ada hari isnin tu, mak bapak tu dah hantar pun anak dia gi sekolah, walaupun sepatutnya dia x boleh sekolah lagi sebab tak setel yuran 4 bulan. And yg kesiannya guru besar ensem terpaksa bagitau budak tu kene balik. walau pun dalam hati aku kata sekolah je la budak2 tu selagi pengarah tak tau n tak kenal budak tu. Perghh apelah nasib budak2 tu sekarang, sebab x lama lepas tu aku dah blah dari situ hahahaha!

Okey, selain benda ni, ade lagi satu benda yg aku x suke buat. Jadi telecollector kutip utang! Aku dah rasa macam keje telemarketing balik. bezanya kali ni aku kene bgtau parents yg diorang dah over due date utk bayar yuran sekolah anak. Bila parents bgtau belum dapat gaji,laki kat bangla belum balik bg duit, tggu mggu dpan, tggu bulan dpan (pale otak die), aku pun xtau nak cakap apa. Padahal nant aku yg kene marah, apsal aku x gi mintak ngan parents suh byar yuran. Aku keje kerani je bukan keje kutip utang la mangkuk tuan pengarah! Kalau aku memang digajikan untuk call parents suh bayar yuran okey aku masih sanggup, tapi masalahnya kau x cakap pun itu antara ruang lingkup kerja aku masa mula2 tu. Ok fine. Salah aku yg x Tanya keje apa aku kene buat. Sebab aku fikir keje aku sama macam kerani2 sekolah biasa tu laaaaa!!

Die punyer tahap sress aku kat situ mengatasi kestressan aku mencari student masa keje telemarketing sampai aku demam2 stress gi klinik dapat mc. Waktu tu dalam bas ondaway nak balik umah sewa aku wsap2 ngan abg ewan, skali wsap2 boleh lak teremosi smpai dtg migraine n demam. Malam tu aku nangis sepuas-puasnya dalam fon sebab aku dah stress sangat tpi xde sapa aku dapat luahkan. Kehadiran abg ewan sangat tepat waktunya. Walau pun aku tak cakap aku stress tp abg ewan tau aku migraine sbab stress. Dengar je perkataan tertekan stress aku terus menangis meraung-raung dalam fon. Sbab migraine tak ilang2 walau dah nangis2 bagai aku nekad gi klinik naik teksi sbab aku tak tau sapa ada kat umah sewa tu, ntah rakan serumah ntah hantu, hahaha. Aku dapat mc dari dr. Tapi aku x mc pun, aku gi keje jugak esoknya pasal hari tu hari first naik keje pas raya. Confirm ada banyak benda nak kene setel and aku kesian ngan guru besar ensem kene wat keje sorang2 huhu..tengok betapa besarnya pengorbanan aku kepada guru besar ensem hahaha…

Aku ingat lagi masa tu aku dah x tahan sangat keje situ, hari2 aku fikir nak berenti keje n nak pindah kl. Hari2lah jugak aku bukak jobstreet ngan mudah.my cari keje kosong. Asal ada keje macam sesuai kat kl aku apply. Dua kali jugaklah kot aku gi kl tanpa pengetahuan sapa2 termasuklan mak aku. Masa aku gi kl tu aku tdur kat bustand tbs tu. Bustand! Bustand! Tahu x?! dengan mengerikotnya dengan sejuknya aku bantai tidur kat kerusi tbs dengan berbantalkan beg sandang, bertilamkan kerusi besi berselimutkan kain batik sampai pagi semata2 nak gi interview keje kat kl.

Akhirnya doa aku dimakbulkan Tuhan, aku dapat keje kat kl. Keje kerani je, tapi gajinya sama banyak dgn gaji guru besar ensem tu. Tapi aku amik masa sehari kot nak bgtau, sebab aku tgh piker sapa pulak yg nak ganti tempat keje aku ni???? And kalaulah x dapat dalam masa terdekat haruslah aku kesian berganda2 dgn guru besar ensem. Huhu.. xde kerani kene wat keje sorang2, kene marah sorang2 dgn pengarah hahaha..nak x nak aku kene bgtau cepat sbab masa dah suntuk. Aku mintak tempoh seminggu utk setel semua benda sebelum aku masuk keje baru. Masa aku bgtau aku dapat keje lain, muka guru besar ensem tu mcm x terkejut je ngan aku. Maybe dia dapat rasa aku xkan lama kat situ. aku tgok die start risau sapa nak ganti aku. Aku pun bgtau boleh tengok resume2 yg orang hantar termasuklah kawan aku yg sama2 keje telemarketing dulu, Yas. Aku rasa yg Yas lebih sesuai dgn keje tu Yas graduan ekonomi n penah keje admin, lebih terer handle duitlah kiranya.
Guru besar ensem pun bgtau pengarah. Pengarah pun x terkejut, sebab prestasi keje aku bukannya baik sangat pun. Banyak menyusahkan dia agaknya adalah hahaha. Sebelum aku blah dari situ, aku tinggalkanlah segala amanat, pesanan dan azimat yang berguna kepada bakal kerani baru tak kisahla sapa. Aku tulis dari sekecil kecil benda seperti bukak tutup suis lampu, sediakan kad punch card, ingatkan cikgu suh punch card balik sbab nant tak dpat bonus ( okey yg ni memang mcm sial, sory tuan pengarah)  sampailah bnda2 penting mcm update yuran, make sure yuran clear every month, update kedatangan murid dlm system online yg aku x penah buat pun sbab system down macam lahanat. Aku kalau boleh xnak kerani baru buat kesilapan mcm aku sebab aku kurang dapat penerangan yg sejelas-jelasnya tentang tugas yg aku kene buat.

Masa last day aku siap kirim surat cinta eh bukan surat terima kasih hehe…kepada guru besar ensem sbb ajar and tolong aku banyak benda masa keje kat situ. kdg2 aku rasa kesian lak dapat kerani slow learner macam aku ni huhu..dalam tu aku siap pesan supaya tabah menghadapi hari2 tanpa aku..ececehhh mengade! Hahaha! Mampos kalau bini die baca..hahaha jangan stres2 kat situ, jangan sampai kene buli, sebab aku rasa die banyak kene mengadap tuan pengarah yg mcm haji bakhil tuan dictator nak mampos and just follow je apa yg tuan pengarah nak sbab malas nak bertekak agaknya ataupun memang karakter die macam tu tak taulah. Aku just berdoa supaya cepat2lah guru besar ensem ni dapat sekolah kerajaan dgn jwatan dan gaji yg sepatutnya, sian kot jawatan besar tanggungjawab besar gaji kecik. Mcm manalah ustad ni ley tahan pon aku x tau. Mmg tahap kesabaran tinggi betullah. Mcm mana aku tak terfeeling ngan dia hahahaa kantoiii!! Seriously aku bertahan dalm waktu tu pun sbab ada die, walau kdg2 aku pon naik stress tgok muka die yg stress tu.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...