Saturday 30 March 2013

cantik



aku dah tak peduli dah aku nak tulis gak apa yang dok bersarang kat kepala aku ni.dah lama bergumpal2 cuma tak terluah je.
ni haa aku nak citer, kawan aku dah lama tak datang kelas.sem lepas masa awal2 sem je nampak muka, pastu dah takda dah. dengar bisik2 kata dah nak tunang ngan kahwin masa tu, sampai ke sudah lesap tak nampak batang idung. bagi aku, kau nak kawen ke terberanak ke lantak ko lah. takde apa2 masalah pun, tapi jangan menyusahkan orang itu je. yang duk buat kita orang sakit hati, awal sem datang pastu takde langsung, dah menyusahkan orang yang satu grup @ kelas ngan die. baik kau takyah datang langsung macam  kawan aku lagi satu tu, tak adalah menyakitkan hati yang lain sangat.
skang ni aku dengan citer, dia satu umah sewa ngan kawan aku.siap angkut mak, adik sekali dalam umah.itu tak apa lagilah, ni siap angkut pak we sekali masuk dalam umah kau tau? bila sembang ngan mak dia, cakap die gi kelas.masalahnya aku tak nampak kau pun kat kelas. mungkin kelas die tak sama ngan aku, so aku taklah nampak die.pikir baik jelah.hmm sembang punya sembang terbukaklah cerita yang die tu sakit kene buatan orang. ada orang nak pisahkan die ngan pak we die tu. dalam hati aku, padan muka. jahatkan aku cakap macam tu.
sebab apa, aku cakap macam tu sebab dia tu memang jenis banyak berkawan ngan jantan pun. orang cantiklah katakan, ramaila jejans yang datang melekat ye tak..kalau dah rasa diri tu hot, haruslah melayan huhu..aku adalah gak rasa sikit2 cemburu kat die, yelah hidup senang, mak bapak tanggung, anak pompuan kesayangan, rupa ada, taste tinggi, lelaki ramai nak keliling pinggang, hidup heaven je tak ada masalah.
tapi bila jadi macam ni, apa guna semua tu kalau hidup pun ada masalah macam2.
secara tidak langsung aku rasa bersyukur gaklah, hidup aku biasa2 je, rupa pun biasa2 je.kalau aku cantik, idup senang tak ingat dunia ntah2 aku pun sama macam dia.kesimpulannya, orang yang idup senang macam bahagia semacam jangan ingat dia tidak akan ditimpa dugaan. semua ada bahagian masing2.
aku bukan meraikan kesusahan kawan aku, cuma bagi aku setiap dugaan yang dihadapi setimpal dengan apa yang diberi.wallahualam.



Monday 25 March 2013

kalaulah





mak tengah bizi beli barang2 kahwin tuk abang aku..
kalaulah aku dah keja ada duet sendiri
boleh gak aku hulur2 sikit...
sory mak, sem ni airish x banyak balik umah
mintak2 sempat tolong sikit2 apa yg patut....


mood: terkilan....


tinta sang pencinta



tak apalah jikalau cinta kita tidak bersatu
tapi bila disaat kamu sudah tidak berdaya dan melabuhkan dudukmu di kerusi itu
sambil menyelak satu persatu memori yang pernah terpahat
kan terhenti imbauanmu di satu nama dan wajahku
di kala itu jiwamu akan bergelombang
dan ada perasaan seperti dirobek-robek
seperti mana sakitnya hatiku ketika ini






Saturday 2 March 2013

stress, makan, dan derma darah



1. okey, sememangnya aku rasa tertekan kerana perlu menjadi seorang pengurus kepada sebuah team yang bertanding baru-baru ni.aku langsung takde pengalaman atau kepandaian dalam bab2 mengurus ni.urus diri sendiri pun tak betul ini kan pulak nak urus sebuah kumpulan.mula2 aku jadi penolong pengurus je, tapi pengurus yang sebenar telah pun terbang ke bumi kangaroo kerana pertukaran pelajar.so, secara otomatiknya akulah yang mengtake over group ni.awal2 lagi aku dah stress, kerana ahli yang sepatutnya menyertai pasukan makin lama makin cabut lari.pastu time latihan yang diperuntukkan sewaktu cuti semester ramai yang tak dapat hadir.dan berganda2 stress bila ahli tak cukup, and gerak kerja menjadi lambat.aku yang tak tau apa2 pasal kolej dan bab2 kewangan ni pon turut blur.secara tidak langsung masalah kewangan timbul sewaktu persiapan pertandingan semakin dekat.nasib baiklah aku dibantu junior2 yang cool dan banyak membantu aku.aku ni senior tak guna je taktau apa2 huhu...menjadi seorang pengurus ni kau kena banyak berurusan dengan orang, dan perlu tahu bagaimana melancarkan perjalanan kumpulan kau.kalau banyak kenalan dan mudah berurusan dengan orang dengan tidak langsungnya kerja kau akan jadi lebih mudah.aku? semua tu takde dalam diri aku.tapi takpelah ni semua cabaran untuk aku.lagipun ni dah sem last.kenangan untuk aku simpan.pasni memang taklah aku nak handle apa2 team.diri aku pun tak terurus bilik pon dah cam longkang pecah.kalau ada lelaki yang mencari calon isteri haruslah aku orang pertama yang direject huhu.

2.okey sekarang kat kolej aku sedang berlangsungnya rumah terbuka dengan pelbagai aktiviti sedang dijalankan.benda wajib yang ada ialah gerai2 jualan.gerai jualan ni banyaknya makanan.takkan baju bundle kot.takkan nak beli baju hari2.okey secara jujurnya dalam masa dua tiga hari ni aku asik makan tak berenti berenti.kira lepas tension kot bila team aku dah lepas dendam.nak lagi best duit ptptn dah masuk.hahaha.ade satu hari tu ntah berapa gelas air aku beli satu hari.haus satu hal,panas satu hal.kalau macam ni hari2 mendadak tinggilah kandungan gula dalam darah aku.jangan kena kencing manis sudah.esok aku nak beli ayam goreng abang bob.aku tak kira.esok hari last gerai2 tu bukak.

3.dua hari lepas jugak aku ada derma darah.memang excited bila budak roomate ajak.ini bukanlah kali pertama aku derma darah.dua tahun lepas aku dah pernah derma darah.cuma tahun lepas aku frust gila tak dapat derma sebab masa nurse tu check blood pressure aku rendah.kiranya kalau aku derma darah jugak, tak baik untuk kesihatan aku. sedih kot, aku dah ready bangun awal2 pagi pegi makan nasi untuk derma darah pastu bila check tak dapat.tapi nasib baik kali ni blood pressure aku ok je.walau pun pada mulanya aku rasa cuak sebab aku rasa pening2 sikit.maybe masih tak cukup tidur and stress tak hilang lagi lepas urus team masa pertandingan.darah aku diambil 300ml je tapi budak roomate 450ml.budak roomate kata darah dia jenis O, darah pemurah.semua darah boleh guna darah dia.lepas dah derma darah, kita orang sebenarnya tak sabar2 nak minum milo yg nurse tu buatkan.sebab rasanya lebih kurang cam milo dr van sekolah dulu.nak tau jugak macam mana nurse tu buat.hospital bg milo ngan kek coklat pastu kolej pulak bagi sijil, air kotak milo, roti, biskut, coklat cadburry 2 keping, ngan air masak.sapa yang pening2 dibagi 100plus.mewah kan.aku ngan budak roomate siap wat lawak patut bawak plastik tadi haha.apa2 pun memang best budak2 kolej ni semangat nak derma darah sampai doktor tu cakap sampai 200 orang je, sebab barang2 dia dah tak cukup.apela doktor lain kali bawakla banyak2 hehe.

# gambar kat atas tu, barang2 makanan yg aku dapat and beli.coklat cadburry, air milo, kek coklat, air masak tu semua aku dah tibai.roti die aku makan sikit je,tak sedap.roti murah la katakan. char kuey teow yg aku beli tu x marvelous, banyak minyak.esok nak beli ayam abg bob, kalau tembolok aku besar lagi aku nak makan char kuey teow yg lain plak. ehhh jap, esok bukan aku nak gi kinokuniya ke??


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...