Monday 4 February 2013

Artis yang Cantik + Comel


Walau pun dah berlambak, post2 yang berkaitan artis tercantik kat Malaysia ni tak kisahla melalui undian atau pandangan peribadi, aku nak jugak wat entry sendiri artis2 yang aku rasakan cantik, jelita dan comel mengikut pandangan aku.

 Siti Nurhaliza

Aku tak taula kalau takde orang yang tak kenal Siti ni.Aku pilih gambar ni sebagai menghormati penghijrahan beliau dah bertudung penuh.kalau tak aku ingat nak amik pic die kawen pkai gowm cream ade crowm.cantikk dowhhh...Pi bukak utube cari tutorial makeup simplysiti die.perhhh tak cam jeles pulak tengok kulit muka die yang mulus gebus tu...huuu jelesss..langsung takde cela.lagi2 makeup yg dgunakan simple bertambah2 kecomelan beliau.wlaupun kadang2 siti ni fesyen macam x kene gaya, tapi wajah beliau cantik plus comel macam baby baby hehe..bertuahhh datok k....

Erra Fazira

Ada cam Lady Diana tak..cantik kan...walaupun erra ni 30an tapi die masih cantik jelita sebagai wanita matang.tak mustahil la die menang miss malaysia 1992 dulu kan.wlaupun kdg2 muka die ade jerawat hehe..biasala manusia mana yang perfect kan..die jarang kelihatan bergaya seksi paling2 pun skirt atas lutut skit je.gaya sederhana dan elegan membuatkan die jelita.orang kata dia pakai rambut palsu.betul ke.kalau betul pun rambut yg dgunakan sentiasa cantik dan kena dengannya.aku bukan memuja dia, tapi dialah pelakon, penyanyi dan model yg antara jelita sekali.

Rita Rudaini

Cuba tengok kalau die berlakon dalam drama tv.memang gojes dan cantik.lagi2 kalau die cakap lembut2 dengan suara die yang comel tu, memang terpesona.kalau bawa watak wanita berkerjaya ke, orang kaya, cantiknya aku tgok.takdela maksud aku berlakon org kampung tu buruk.cuma die nmpak btul2 cantik kalau watak mcm tu.dulu die berlakon biasa2 je, cerita pun ade ntah apa2.klaka bila dikenang2 die dalam filem mami jarum tu.aku penah tengok satu telemovie yang die berlakon jadi budak sengal, namanya Kupah...hahaha apa punya namala aku pun taktau.cerita tu cam merepek ntah apa2, tapi tengok die berlakon bersungguh aku kagum, akhirnya femes jugak kau rita rudaini.start minat die dalam citer Rafflesia.drama yg hot masa 2005 masa tu.aku rasa start tu kot die femes.


Fasha Sandha

Aku suka gila gambar die pre wedding ni.cantik sangat.Yess satu lagi pelakon yg x dapat dinafikan kecantikannya.Walaupun die ni selalu pakai seksi2 tapi kalau die pakai okey2 je die memang cantik.tapi aku tak suka die pakai ketat2 time mengandung, tak cantik and tak elok utk org mengandung.Dia berlakon pun memang boleh meleleh air mata.lakonan yg aku suka setakat ni dalam filem Anak Halal.

Nora Danish

Nora Danish ni comel..paling cute tang bibir n mulut die tu.kalau senyum comelll giler..paling best die dalam cter Tentang Dhia.natural sangatt...nora ni dah masuk 30 kot, tapi still boleh berlakon budak2 lagi  hehe...untungla muka comel kan..tapi kalau die mekap biasa2 dah boleh nampak wrinkles sikit kat muka.


Lisa Surihani

Mula mula aku taknak letak Lisa ni dalam senarai, tapi pikir pikir balik letak jela.Bagi aku Lisa ni lebih kepada comel and cute (samala tu kan).Aku suka die bergaya simple2 n natural macam ni.nampak natural beauty die.tapi kalau terlampau simple pula kurang menyerlah bagi aku.mata die kecik je, kalau salah mekap tang mata, mata die nampak kuyu and berat.Dia lebih cantik bila rambutnya dilepaskan daripada diikat sbab muka dia bulat.Lakonan yang aku suka dalam Lagenda Budak Setan dgn Ombak Rindu.

Tiz Zaqyah

Sapa tak jatuh cinta beb dengan Nur Amina ni dalam Nur Kasih. Comel and genit.Lagi2 kalau die cakap laju2 tu, satu pun aku tak paham hehe...Die ni putih. mulus gebus and natural dalam lakonan, aku suka.

Diana Danielle

Natural beauty.Kelebihan darah campuran orang putih.Yess sapa tengok gambar wedding die, gojes bebb..dengan mekap yang minimalis. Manala gadis2 kat Malaysia ni tak cemburu dengan kecantikan die ni.

walaupun artis2 ni semuanya putih2 gebu2 semua, tak semestinya orang yang tak putih tak gebu itu buruk.perempuan lebih cantik dan manis apabila menutup aurat.dan kene ingat kecantikan ni smentara je esok2 tua jugak kedut2 jugak.artis2 malaysia toksah risau kalau ade kedut ke penuaan ke.sebab itu semua natural dan menandakan kau tu manusia bukan robot atau plastik.tak payah ngada2 nak suntik itu ini macam artis korea tu.aku tengok artis2 hollywood yang meningkat usianya dan ade tanda2 penuaan takdelah gelabah sangat.mereka masih nampak cantik dan matang, tua itu pasti tapi mati lagi pasti. bila sampai masanya kita kene kembali kepada asal.pesanan kepada artis2 Malaysia yang bangga sangat dengan kecantikan mereka,
Ohh lupa nak cakap, lelaki yang bertuah kat sini ialah Jejai dan Yusry kerana dapat mengahwini dua wanita cantik malaysia hahahaha.bertuah jadi laki ni.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...