Sunday 24 February 2013

KARVITER UM 2013



apakah itu karviter?
karviter merupakan karnival teater tahunan yang diadakan di universiti malaya
karnival ini merupakan pertandingan teater antara kolej2 kediaman yang ada di UM
peserta2nya sudah tentulah pelajar2 um
jangan risau, tak yah bayar masuk percuma
so, sapa2 yang free  and dekat2 tu bolehlah datang ke auditorium kompleks perdana siswa um
inilah masanya untuk anda semua nak tahu apa itu teater
mungkin kat luar sana, anda rasakan teater yang dipentaskan berat, atau sukar difahami
lebih2 lagi harganya yang anda rasakan agak kurang berbaloi
tak mengapa, itu kerana anda tidak tahu apa itu teater
dan tidak tahu bagaimana bernilainya sesebuah pementasan teater itu
jadi karnival teater ini merupakan sebuah pendedahan yang tidak memeningkan kepala anda mengenai apa itu teater... 
seni itu luas
seni itu salah satu ilmu Allah
seni jika digunakan dengan betul
salah satu cara menyampaikan ilmu dan pengajaran kepada orang lain
:)


Wednesday 20 February 2013

dah dapat tengok keputusan exam

Alhamdulillah...
setelah beberapa ketika menyumpah nyeranah sistem yang menyekat aku daripada tengok keputusan, akhirnya hari ni dapat jugak aku tengok...
keputusan aku boleh dikatakan baik gaklah..
satu je dapat B, huhu
kira okeylah tu...
macam biasa, subjek yang aku target a aku tak dapat
subjek yang aku gelabah puyuh takut dapat grade ntah apa-apa
aku dapat a- hehe...
terima kasih ya Allah...
cuma pngk aku je aku tak tau lagi
sebab akak opis cakap mungkin belum update lagi
mintak2lah okey, sebab aku tak reti nak kira pngk sendiri hehe...
okey lepas ni kene belajar betul-betul, dah tak boleh main-main lagi tau...
gunakan peluang ni dengan sebaik mungkin...
InsyaAllah malam ni aku update mengenai azam baru aku...
doakan aku yer kawan-kawan...

*menunggu balasan emel ptptn bila duit nak masuk

:)





sabar jelah

aku redha jelah dengan keputusan exam yg aku dapat untuk sem lepas ni
aku tau keputusan aku tak seberapa nak dibandingkan dengan kawan2 aku yang lain
mungkin gpa tinggi tapi cgpa aku rendah
jeles kawan2 lain dapat dekan
hmm
semoga aku tabah untuk  berdepan dengan semua ni
salah dan silap aku jugak main2 dalam study
agak lambat untuk aku betulkan semua ni
aku cuma ada 19 minggu je lagi...

*semoga bendahari universiti dengan orang2 ptptn cepat2 buat kerja huhu...

:'(

lapar tapi xnak makan

lapar...rasa nak makan nasi ngan lauk ayam goreng tapi
berat dah naik satu kilo
walaupun satu kilo tapi merupakan mimpi ngeri tahu tak
huhu...
macam mana niih...



Monday 4 February 2013

Artis yang Cantik + Comel


Walau pun dah berlambak, post2 yang berkaitan artis tercantik kat Malaysia ni tak kisahla melalui undian atau pandangan peribadi, aku nak jugak wat entry sendiri artis2 yang aku rasakan cantik, jelita dan comel mengikut pandangan aku.

 Siti Nurhaliza

Aku tak taula kalau takde orang yang tak kenal Siti ni.Aku pilih gambar ni sebagai menghormati penghijrahan beliau dah bertudung penuh.kalau tak aku ingat nak amik pic die kawen pkai gowm cream ade crowm.cantikk dowhhh...Pi bukak utube cari tutorial makeup simplysiti die.perhhh tak cam jeles pulak tengok kulit muka die yang mulus gebus tu...huuu jelesss..langsung takde cela.lagi2 makeup yg dgunakan simple bertambah2 kecomelan beliau.wlaupun kadang2 siti ni fesyen macam x kene gaya, tapi wajah beliau cantik plus comel macam baby baby hehe..bertuahhh datok k....

Erra Fazira

Ada cam Lady Diana tak..cantik kan...walaupun erra ni 30an tapi die masih cantik jelita sebagai wanita matang.tak mustahil la die menang miss malaysia 1992 dulu kan.wlaupun kdg2 muka die ade jerawat hehe..biasala manusia mana yang perfect kan..die jarang kelihatan bergaya seksi paling2 pun skirt atas lutut skit je.gaya sederhana dan elegan membuatkan die jelita.orang kata dia pakai rambut palsu.betul ke.kalau betul pun rambut yg dgunakan sentiasa cantik dan kena dengannya.aku bukan memuja dia, tapi dialah pelakon, penyanyi dan model yg antara jelita sekali.

Rita Rudaini

Cuba tengok kalau die berlakon dalam drama tv.memang gojes dan cantik.lagi2 kalau die cakap lembut2 dengan suara die yang comel tu, memang terpesona.kalau bawa watak wanita berkerjaya ke, orang kaya, cantiknya aku tgok.takdela maksud aku berlakon org kampung tu buruk.cuma die nmpak btul2 cantik kalau watak mcm tu.dulu die berlakon biasa2 je, cerita pun ade ntah apa2.klaka bila dikenang2 die dalam filem mami jarum tu.aku penah tengok satu telemovie yang die berlakon jadi budak sengal, namanya Kupah...hahaha apa punya namala aku pun taktau.cerita tu cam merepek ntah apa2, tapi tengok die berlakon bersungguh aku kagum, akhirnya femes jugak kau rita rudaini.start minat die dalam citer Rafflesia.drama yg hot masa 2005 masa tu.aku rasa start tu kot die femes.


Fasha Sandha

Aku suka gila gambar die pre wedding ni.cantik sangat.Yess satu lagi pelakon yg x dapat dinafikan kecantikannya.Walaupun die ni selalu pakai seksi2 tapi kalau die pakai okey2 je die memang cantik.tapi aku tak suka die pakai ketat2 time mengandung, tak cantik and tak elok utk org mengandung.Dia berlakon pun memang boleh meleleh air mata.lakonan yg aku suka setakat ni dalam filem Anak Halal.

Nora Danish

Nora Danish ni comel..paling cute tang bibir n mulut die tu.kalau senyum comelll giler..paling best die dalam cter Tentang Dhia.natural sangatt...nora ni dah masuk 30 kot, tapi still boleh berlakon budak2 lagi  hehe...untungla muka comel kan..tapi kalau die mekap biasa2 dah boleh nampak wrinkles sikit kat muka.


Lisa Surihani

Mula mula aku taknak letak Lisa ni dalam senarai, tapi pikir pikir balik letak jela.Bagi aku Lisa ni lebih kepada comel and cute (samala tu kan).Aku suka die bergaya simple2 n natural macam ni.nampak natural beauty die.tapi kalau terlampau simple pula kurang menyerlah bagi aku.mata die kecik je, kalau salah mekap tang mata, mata die nampak kuyu and berat.Dia lebih cantik bila rambutnya dilepaskan daripada diikat sbab muka dia bulat.Lakonan yang aku suka dalam Lagenda Budak Setan dgn Ombak Rindu.

Tiz Zaqyah

Sapa tak jatuh cinta beb dengan Nur Amina ni dalam Nur Kasih. Comel and genit.Lagi2 kalau die cakap laju2 tu, satu pun aku tak paham hehe...Die ni putih. mulus gebus and natural dalam lakonan, aku suka.

Diana Danielle

Natural beauty.Kelebihan darah campuran orang putih.Yess sapa tengok gambar wedding die, gojes bebb..dengan mekap yang minimalis. Manala gadis2 kat Malaysia ni tak cemburu dengan kecantikan die ni.

walaupun artis2 ni semuanya putih2 gebu2 semua, tak semestinya orang yang tak putih tak gebu itu buruk.perempuan lebih cantik dan manis apabila menutup aurat.dan kene ingat kecantikan ni smentara je esok2 tua jugak kedut2 jugak.artis2 malaysia toksah risau kalau ade kedut ke penuaan ke.sebab itu semua natural dan menandakan kau tu manusia bukan robot atau plastik.tak payah ngada2 nak suntik itu ini macam artis korea tu.aku tengok artis2 hollywood yang meningkat usianya dan ade tanda2 penuaan takdelah gelabah sangat.mereka masih nampak cantik dan matang, tua itu pasti tapi mati lagi pasti. bila sampai masanya kita kene kembali kepada asal.pesanan kepada artis2 Malaysia yang bangga sangat dengan kecantikan mereka,
Ohh lupa nak cakap, lelaki yang bertuah kat sini ialah Jejai dan Yusry kerana dapat mengahwini dua wanita cantik malaysia hahahaha.bertuah jadi laki ni.

Movie marathon: Juvava, Les Miserable, Mama


Minggu lepas aku tengok wayang. Jeles giler dengan roomate aku pi tengok wayang dengan kawan2 die.Dulu aku ajak susah giler.Tapi biler dgan geng2 kamceng selamba je..huhu takpelah nak buat macam mana. Bukan satu movie aku tengok tapi tiga movie! haha...mana boleh lepas movie yang best2 hehe..nasib baik tak empat.sebab tak sempat nak tgok. aku tak nak balik malam.kalau malam tentulah harganya lebih mahal hehe...


 Movie pertama aku ialah Juvana. Drama bersiri yang femes kat tv3 dulu. Aku rasa filem ni lah yang aku tak tengok dulu trailer die sebelum tengok kat wayang.sebab selalunya aku akan tengok trailer dulu.Aku ni kan, tengoklah cter ganas ke, seram ke, lawak ke, kalau part2 yang touching tu mesti aku nangis.berjurai2 air mata hehe..well citer ni mengisahkan Botak (Johan Asari) n the geng ditempatkan di sekolah baru sekolah indera sakti.yg bestnya diorang jadi kamcing and saling melindungi antara satu sama lain.dulu kau gaduh2 belasah2 dengan die, skang kau jadi kawan die.terharu tak huhu..sejahat2 Botak ade lagi manusia lagi jahat kat situ, Lan Todak (Sharnaaz Basir Ahmad).gile psiko watak die ni.satu insiden tlah menyebabkan Apek ditahan dan tidak dapat berjumpa buat kali terakhir dgn maknya membuatkan die berdendam dan cuba mengalahkan Lan Todak.tapi Botak pula dah berubah jadi baik.kat sinilah yg kita boleh belajar.manusia itu boleh berubah2.jadi baik dan jahat.hanya akal dan fikiran yang dpat menentukannya.terharu giler kot bile Botak tak melawan dan die kenang balik perbuatan die dulu.Bila kita buat jahat, bukan je orang tu teraniaya sebab kita, tapi orang tu jugak boleh jadi jahat sebab kita lebih2 lagi orang yang kita sayang.sedih kan...dalam filem ni jugak mengajar kita apa itu kemaafan walaupun sukar.Lagi satu, Daim (Zahiril Adzim) pula sering dipandang rendah orang di sekeliling disebabkan die ade kes jenayah dulu.yang paling sakit hati bila tokey tempat die kerja tu nasib die takkan berubah dan selama2nya akan dihina orang.aku paling benci kalau ada adegan2 macam ni.tak membina langsung.takdir dan masa depan kita, hanya kita yang tentukan dengan izin Allah.jangan pedulikan kata2 nista yang tiada kene mengena dan tidak memahami kita. okey, ingat tu!


lepas abes tengok Juvana, gi makan mcd burger prosperity lak.lepas tu sambung tengok Les Miserable.kalau tadi tengok Juvana berjurai2 air mata, kali ni dah tahap banjir agaknya.hehe..sedihhhh sangatt huhu...first time aku tengok filem muzikal yang spenuhnya menggunakan lagu sebagai dialog.lakonan pelakon2 juga mantap kalau tak napa Anne Hathaway menang sebagai pelakon pembantu terbaik wlaupun watak  die kat mula2 filem je.Salah satu aku berkobar2 sangat nak tengok cter ni ialah, banyak award2 yg diterima utk filem.Yang paling kagum, lagu yang dinyayikan ialah adalah dirakam sewaktu lakonan dibuat bukannya recording terlebih dahulu.artis malaysia ada? kalau ade mesti amek penyanyi2 jadi pelakon kan..sumpah aku kagum dengan acting dan singing diorang.lagu aku paling suka lagu Look Down dengan I Dream a Dreamed. memang best Anne nyanyi.menyayat hati gila.entah macam manalah diorang praktis tu kan.dalam cter ni jugaklah aku jatuh cinta dengan hugh jackman buat kali ketiga.dulu dlm cter x-men, pastu real steel skang les miserable plak hehe.watak jean valjean yg berhati mulia tu sangat2 buat aku terkesan.benar2 terpancar keikhlasan dan kebaikan yang dilakukan.memang salute gile la kat hugh jackman ni.dalam cter ni jugak sekali lagi mengajar kita kemaafan.orang yang dah buru kau bertahun2 nak masukkan balik dalam penjara kau boleh lepaskan macam tu je? menyayangi dan menjaga Cossette anak Fantine dengan menjadi bapa yang benar2 baik dan melindungi.Bergadai nyawa demi selamatkan lelaki yang dicintai anak.Ya Allah terharunya aku...sungguh kalau semua bapa macam ni kat dunia, takdelah kes2 anak2 teraniaya.Semua kebaikan ni disebabkan die telah diselamatkan oleh seorang paderi dulu dan die berubah.Karma.perbuatan baik dibalas baik perbuatan jahat dibalas jahat.Kaya dan miskin itu tiada bezanya yang penting keamanan yang dikecapi.Seorang perempuan sanggup bergadai nyawa demi lelaki yang dicintai walaupun cintanya tidak balas.itulah Eponine. :'(


Okey dah abes cter gaduh2 ngan nangis2 ambik kau cter hantu. Haha citer nilah yang buat aku takley tdur dua malam tau tak.duk terbayang2 perempuan rambut gerbang2 melayang2 kat udara.makk aihhhh takutt (bukak cter upin ipn jap nak ilang takut).yang mampu aku cakap kat sini aku takut jelah...hahaha taknak tulis panjang2..

dengan sapa aku tengok movie ni? haruslah aku tengok dengan...




















































SORANG-SORANG HAHAHA




Lunch, rezeki dan Tuhan



Alhamdulillah dapat jugak aku makan tengah hari hari ni
Konon diet so, kejap makan nasi kejap tak makan
Bila dah tak makan nasi brp hari startlah menggigil-gigil perut ni
Paling tak tahan nak makan ayam goreng hehe
Makan ayam goreng n tak boleh selalu selalu kalau tak, tak rasa kenikmatannya..
Mula2 aku ingat nak makan kat gerai yg selalu aku makan tu, ayam goreng die besar2
tapi terpandang lak kedai mak cik kelantan ni.terus teringat ayam goreng tepung die
fuhhhhhh meleleh air liur gua cakap lu...
yang lain kat kedai mak cik kelantan ni die punya lauk sayur, ade cam sayur kampung2 sikit
macam kat atas, aku pun tak tau sayur apa aku makan tu hehe
tapi die punya kuah lemak die sedap, sebab tu aku amek
yerr...kalau aku nak makan ke tak lauk tu aku akan bau dulu kuah die hehe
takdela bau sampai menjijikkan just nak tau bau rempah die
bolehlah tau sikit2 bahan apa yang digunakan
aku kalau makan memang kuah campur2 sampai banjir
lauk dua jenis dh cukup and mewah, gila kau nak makan lauk banyak2 kat kl ni
macam makanan kat atas tu mak cik tu cas rm3.50.masih kira ok lagi
kalau aku beli kat kedai abg sebelah tu sah2 die cas rm4.ntah2 4 ringgit lebih sbab ambik kuah and 
sambal campur2.
dulu masa mula2 masuk kat kolej ni, sayur, ayam, nasi semua rm3.kalau kau amik banyak baru die cas lebih.pastu naik plak rm3.50.masih okey lagi.yelah kitorang pun tau kenaikan harga barang skang ni
pastu skang ni naik lagi ke rm4.aku rasa die nak ikut harga 1malaysia tu.huhu
tapi nasib baiklah kedai mkcik klantan tu still rm3.50.tu pun kadang2la
kalau die rasa nak cas rm4 die cas 4 ringgit.ikut nasibla katakan
sebenarnya harga ni masih lagi murah nak dibandingkan harga makanan kat luar sana.
standard 5 ringit ke 6 ringgit
aku dah penah rasa makan kat luar ayam goreng seketul rm2-rm3.dah nak nangis aku rasa haha
tp aku tak penah lagi makan kat kedai2 kat tepi jalan wktu lunch.so aku tak tau harga die macam mana
tp aku mmg bersyukurla masih lagi boleh pilih2 makan dgn harga yg okey kat kolej ni
pengajarannya hargailah makanan yg kita ada.jgn terlampau memilih.ramai lagi manusia yg tak makan nasi kat luar sana.aku paling tak suka betul orang yang suka membazir ni
ambik lauk banyak2 sedap2 pulak tu.tapi tak abis.kau tak aku yg memandang rasa kesian gila kat lauk tu
kalau aku ni pengemis dan kebulur memang aku makan makanan tu
kalau makan kfc ke, mcd ke kalau ade ayam, fries, wedges  air yg tak abes tu ape salahnya bawak sekali balik.mintakla plastik, beg kertas ke utk bungkus makanan tu balik
tau tak dengan sikap yg tak elok nilah malaysia sering ditimpa musibah.
hargai makanan syukuri rezeki Tuhan
amin.


Sunday 3 February 2013

Tentang Dhia





aku baru je habis tengok drama rantaian tv3 tentang dhia.orang dah berkurun lama abes tengok,  aku baru terhegeh2 nak tengok hehe...aku download semua 30 episod dan bantai sorang2 dalam bilik.konon nak simpan nak tenok kat umah last2 tgok dalam bilik kat kolej hehe..ok, secara keseluruhannya cerita ni best dan banyak pengajaran yang boleh kita ambil. 

Nur Qamardhia (Dhia) - Nora Danish

Mula2 aku nak cakap yang Nora Danish memanglah tersangat cantik dalam cerita ni.Lagi cantik dalam cerita  Bunian yang dia mula2 berlakon pakai tudung dulu. Dia berlakon pun bagus dengan pengahayatan sebagai seorang perempuan yang sering dicemburui dan dianiaya sehingga perjalanan hidupnya begitu berliku2 untuk mengecapi kebahagiaan. aku pun jeles macam manalah die boleh berlakon dan mengalirkan mata yang natural bila part2 yg sedih tu. memang menjadi habis lakonan  die. pengajaran dari watak Dhia ni seorang yang cantik dan memiliki keimanan yg kuat sememangnya akan diuji dengan lebih kuat lagi oleh Allah untuk meletakkan hambanya di tempat yg lebih tinggi lagi.diuji dgn ujian bertimpa2 bukanlah alasan utk kita berpaling dr Tuhan, kerana Allah tlah menyiadakan tempat yg lebih baik di sana berbanding di dunia. Cinta yang disulam bertahun-tahun (dgn Azmi) sesungguhnya tidak menjanjikan dialah jodoh kita walaupun kita merasakan dialah yg terbaik untuk kita. Bersabar dgn org2 yg sentiasa menguji kita, Melly, mak mertua, adik ipar yang jahat. Allah menguji kita di dunia dan jika kita redha dan bersabar itulah bekalan kita diakhirat, akhirnya Allah ambil nyawa kita kerana ada tempat yg lebih baik telah Allah sediakan.

Azmi - Ako Mustapha

Cinta pertama Dhia. Nak kahwin dengan Dhia tapi kene tangkap basah dengan Melly sampai kene kahwin dengan Melly. Time dah nak akad nikah kene serang dengan Melly cakap die mengandung. Pastu kene hukum penjara sebab Melly masukkan dadah dalam beg die. Perghhh ape punya dugaan pun aku tak taula.Cuba kau letakkan diri kau kat tempat die. Kalau aku memang cari parang nak pancung si Melly ni. Tapi Azmi sikitpun tak cuba membalas  perbuatan Melly walaupun hatinya menderita dan hidupnya musnah dgn perbuatan Melly.Dia sentiasa bersabar dan menerima  dugaan ini sebagai takdir hidup die.Azmi tak menyalahkan orang2 kampung yang memulaukannya dan hanya bersabar.Mula2 aku rasa dielah watak yg paling kesian sebab nasibnya tak pernah baik, asik ditimpa musibah.Bukan musibah tapi ujian sebenarnya.Kesabaran dan keimanan Azmi dalam hidupnya terbalas apabila En.Mahfiz memberikannya rumah dan perkerjaan.Yang lebih penting hatinya terbuka untuk berkahwin dengan Melly yg telah diceraikan dulu w/pun Mellylah yang paling menyebabkan hidupnya kucar-kacir dahulu. Cuba kau bayangkan, org yg dah musnahkan hidup kau sampai masuk penjara sikit lagi nak kene gantung, kekasih kau kahwin ngan org lain, dan atuk kau meninggal kau masih sanggup lagi nak kahwin dengan dia? Allah itu maha berkuasa. Watak Azmi menunjukkan dia seorang hamba yg mampu menerima segala yg telah terjadi dalam hidupnya dan tidak pernah berdendam malah cuba membetulkannya dengan org yg pernah berbuat jahat dengannya.

Mellyna Abd Samad (Melly) - Izreen Azminda

Lakonan Izreen memang best, jahat tapi selalu wat aku ketawa.kenang sampai bila2 kot lakonan Izreen sebagai Melly ni.Watak yg jahat, sentiasa ada cara untuk memusnahkan org lain dan tidak pernah menghargai kesempatan dan peluang yang ada dalam hidupnya.Perangkap Azmi smpai kahwin dgn dia, penjarakan Azmi, dan yang paling jahat Juli dan mak die kene bunuh sebab tak bayar duit dadah yang dia ambil. Gila kau.Dua nyawa yang tak bersalah melayang disebabkan kau.Ape kau rasa? Dalam citer ni Melly memang tak rasa ape2lah.Pastu die lari gi Kl dan menyorok.Ada makcik jiran sebelah die tolong bagi nasi hari2 n bantu hidup die sampailah die kene bedah nak beranak kat hospital.kalau mak cik tu tak jumpa die pengsan kat umah memang dah matilah si Melly ni.tapi Melly ni memang tak reti bersyukur, die layan mak angkat die tu macam sampah bila die dah sihat.Pastu sikit lagi nak kene bunuh ngan geng dadah die tapi terlepas n excident koma 5 tahun.Sedar pastu jadi baik kahwin ngan Azmi hidup bahagia dgn anak die Mellisa.Bagi aku watak dialah watak yang paling beruntung sekali.Dia jahat tapi dia sentiasa terlepas dan diselamatkan.Allah panjangkan nyawa dia sebab Allah nak die bertaubat tp die tak hargai bila dia dah dapat kahwin ngan Azmi n mak angkat die banyak bantu die masa mengandung dulu.Allah bg kesempatan terakhir dgn eksiden tp bg die koma. Alhamdulillah die bertaubat.siap dpt kahwin dgn Azmi lagi.Allah itu amat menyayangi hamba2nya walaupun hambanya ingkar kepadanya.Allah itu maha pengampun dengan sentiasa memberikan peluang supaya kita bertaubat. Orang yg berbuat jahat tidak semestinya jahat selamanya dan masih ada waktu untuk kembali ke pangkal jalan.

Raffi - Irfan Roslan

Pun watak yang kesian hehe. Cintanya ditolak Dhia dan tidak dapat melupakannya sampai bila2. Melly pula mengandungkan anaknya walaupun dia meragui asalnya.sentiasa cuba untuk membahagiakan Dhia walaupun bukan dirinya yang disamping Dhia. mungkin inilah cinta yang betul2 ikhlas dan sentiasa inginkan org yg kita cintai bahagia walaupun bukan dgn kita. yang paling buat aku terharu, Raffi sanggup membantu mengupah peguam untuk membebaskan Azmi dan menjaga nenek Azmi walaupun diantara mereka tiada hubungan yang rapat.Hanya berdasarkan sejarah yang tercipta disebabkan Dhia dan Melly.Dia juga sanggup menjaga Mellisa, anak Melly kemudian menyerahkan semula kepada Melly setelah 5 tahun.Betullah , persahabatan dan keikhlasan itu bukan sesuatu yang mudah dicipta dan Allah mengizinkannya dengan berbagai cara termasuklah dengan kepahitan zaman silam. Bagi aku watak Raffi juga seorang yang pemaaf dan ikhlas. Jangan kita sangka orang yg kita musuhi suatu ketika dahulu tidak mungkin menjadi orang yang dekat dalam hidup dan hati kita. Sesungguhnya kita tidak mengetahui apa yang akan terjadi pada masa hadapan. Raffi pernah berbuat salah dengan tidur dengan Melly dan salah itu banyak ditebus dengan kebaikan2 yang dilakukannya.

aku rasa inilah watak yang paling kuat dan paling banyak pengajaran yang boleh diambil.aku xnak ulas watak Zikir (Adi Putra) kerana bagi aku wtak dia biasa2 sahaja.bagi aku poster cerita ni lagi sesuai dengan gambar Dhia, Zikir, Melly, Azmi dan Raffi. kerana watak ni mempunyai kaitan yg kuat. memangla Rose (Tasha Syilla) tu pengacau, tapi takde eye contact dengan Dhia. musuh sebenar dlm crta ni mak Zikir yang duk main bomoh2kan Dhia ngan Zikir.Last2 Zikir pun mati sekali padan muka.Masa episod last tu, Mak Zikir ade cakap kat nenek Zikir yang dulu nenek Zikir main bomoh2kan atuk Zikir apesal boley plak? napa nenek Zikir nak marah2 bila mak Zikir bomohkan Dhia? ha tengok tu...pengajarannya mainlah bomoh macam mana sekalipun perbuatan tu akan kembali kepada kita.Dan nyawa orang yg kita sayang menjadi mangsa.See ini semua karma diatas perbuatan kita.Tak mustahil Zetty, adik Zikir akan ikut pulak perbuatan mak Zikir. Aku rase kalau tak sebab Zetty duk hasut mak Zikir supaya benci Dhia n nak jadikan Rose tu menantu mesti tak jadi macam ni.sebab masa mula2 tu mak Zikir takdelah benci sangat kat Dhia.kira Zettylah punca segala-galanya..hmm itulah sedikit sebanyak input yg aku dpt dlm cerita ni.lagi satu, kalau ade org buat jahat kat kita, lagi2 kene sihir kita tak boley diam je and kene buat sesuatu.kene buat sesuatu tu bukanlah buat jahat balik kat die, tapi berusaha utk berubat dan melawan dengan cara yg betul walaupun ade yang terjejas, namun itu lebih baik kerana pertahankan harga diri dan maruah kita.

oh ptptn


ptptn ni bile nak keluarrrr
hari2 aku duk bukak laman web ptptn bila tentatif pengeluaran die nak kluar
utk budak2 diploma dah keluar,
utk budak2 ijazah semester 2 2012/2013 bila pulak????
aku nak ptptn ni bukan ape.nak bayar yuran yg tak setel lagi tu...huhu
aku ader utang enam ratus ringgit
kalau tak bayar jadi apa? tak boleh register subjek..yearhhhhh
kat mana aku belajar?
kat mana lagi kalau tak bumi malayaaaaaaaaaaa
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...