Tuesday 7 January 2014

TEATER DAN DRAMA DI GREECE KUNO : PART 2






10. Pentas

  • drama Greek dipentaskan di sebuah amphiteater (seperti sebuah stadium), di luar, di kawasan berbukit, yang boleh menempati lebih dari 14 ribu penonton
  • penonton boleh duduk atau berdiri di lereng-lereng bukit yang mengelilingi satu tempat lapang di kaki bukit, luasnya berukuran 65 kaki diameter

  • kawasan ini dipanggil orkestron (tempat korus menari)
  • kawasan lakonan - sebuah platform dengan beberapa anak tangga, tidak terlalu tinggi untuk membolehkan pergaulan antara pelakon dan korus, dan laluan dari pentas ke orkestron
  • di belakang kawasan lakonan ialah sebuah bangunan atau struktur dipanggil skene, mempunyai dua buah pintu untuk keluar masuk pelakon
  • latar drama- dihadapan istana atau kuil
  • disisi pentas ini ada dua lagi pintu keluar masuk dipanggil paradoi- untuk ahli-ahli korus dan watak-watak yang tidak ada dengan istana
11. Kesan yang diperlukan dalam drama Greek adalah kemunculan dewa-dewa
  • watak-watak ini mungkin turun dari atas ke bawah, ke orkestron atau diangkat dari bawah ke bumbung bangunan
  • alat mesin digelar 'machina' (seperti sebuah kren) digunakan untuk tujuan ini
  • metid ini digunakan untuk meleraikan situasi-situasi dramatik


12. Pelakon dan lakonan
  • selepas Sophocles, pelakon ditetapkan kepada tiga orang sahaja, tidak lebih
  • seorang pelakon memainkan lebih dari satu peranan kecuali dia watak utama dan muncul dalam semua babak
  • tekanan adalah kepada suara, iaitu intonasi vokal dan mengadaptasi cara pengucapan kepada mood dan watak
  • penyampaian adalah cara deklamasi, bukan realistik, tugasnya untuk memprojekkan nada emosi yang sesuai
  • bukit-bukit memberi gaungan kepada suara pelakon
  • ekspresi muka tidak penting kerana pelakon bertopeng
  • dalam tragedi, gerak tangan dan anggota adalah sederhana dan diperluaskan dalam komedi, aksi-aksi terpaksa dilebih-lebihkan
  • semua pelakon adalah lelaki

13. Korus, muzik, dan tarian
  • Sophocles 
    • menggunakan lima belas orang untuk korusnya
    • mempunyai ketua dipanggil Koragos yang mempunyai ucapan-ucapan solo dan yang lain bercakap dan bernyanyi dalam satu  kumpulan
    • korus selalunya masuk selepas prolog dan berada di pentas sehingga akhir cerita

  • fungsi korus:
    • sebagai kumpulan, pelakon yang mengekspresikan pendapat, memberi nasihat dan kadangkala mengancam untuk masuk campur dalam peristiwa drama
    • boleh mengekspreskan pendapat penulis skrip dan meletakkan kayu ukur di mana watak dinilai
    • sebagai penonton yang ideal, memberi reaksi, respon kepada kejadian yang berlaku dan kepada watak sepertimana penulis kehendaki dari penonton di auditorium
    • membantu memberi mood drama dan tingkatkan kesan dramatik
    • mewarnakan lagi pementasan dengan pergerakan dan spectacle

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...