Sunday 10 November 2013

Tekanan Semasa Akil Baligh





Akil baligh menandakan dengan jelas bahawa seseorang remaja itu telah mencapai tahap kematangan jantina dan keupayaan untuk mengalami perkara-perkara yang berkaitan dengan kejantinaan orang dewasa dan keupayaan melahirkan anak.

Perkataan baligh berasal dari perkataan Latin pubis yang bermaksud bahagian perut bawah atau bulu pada kemaluan. Oleh itu baligh merujuk kepada transformasi fizikal dan zaman kanak-kanak ke zaman dewasa.

Masa bermulanya akil baligh untuk lelaki dan perempuan adalah berbeza. Lelaki akan mengalami baligh pada umur kira-kira 10 hingga 12 tahun manakala perempuan pada umur 11 tahun. Pertumbuhan fizikal dan perkembangan seksual akan berlaku pada masa akil baligh akibat dari hormon-hormon tertentu yang bergerak balas terhadap organ-organ dan tisu-tisu terntentu.

Terdapat lima pertumbuhan utama semasa akil baligh.

  • ketinggian dan berat badan
  • kelenjar seks atau gonad
  • ciri-ciri seks sekunder
  • komposisi badan dan sistem pernafasan
  • sistem peredaran
Pertumbuhan lelaki semasa akil baligh
  • peningkatan ketinggian dan berat badan yang pesat
  • pertumbuhan saiz testikal dan zakar
  • pertumbuhan bulu kemaluan dan bulu di bahagian badan yang lain
  • pengalaman pancutan air mani pertama yang dialami seawal-awalnya pada umur 11 tahun dan selewat-lewatnya pada umur 16 tahun
  • perubahan suara menjadi garau
Pertumbuhan perempuan semasa akil baligh
  • peningkatan ketinggian dan berat badan terutamanya pada umur kira-kira 12 tahun
  • perkembangan buah dada antara umur 8 hingga 11 tahun
  • pertumbuhan bulu kemaluan dan bulu ketiak
  • perubahan bahagian rahim dan faraj
  • kedatangan haid pada purata umur 12 tahun
Oleh kerana perubahan-perubahan berkenaan berlaku pada remaja yang masih belum berfikiran matang, maka tekanan berlaku pada diri mereka. Tekanan semasa akil baligh berlaku berpunca daripada perubahan-perubahan fizikal dan fisiologi tadi. Tekanan-tekanan tersebut dicirikan oleh tanda-tanda berikut:
  • emosional dan mudah marah
  • kurang selera makan
  • rasa gelisah dan bimbang
  • mudah berpeluh
  • masalah kesihatan fizikal seperti sakit kepala
  • sukar tidur dan sering terjaga
  • susut berat badan

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...