Wednesday 20 November 2013

REALISME DAN NATURALISME SEBAGAI FALSAFAH TEORITIS DALAM PERSEMBAHAN TEATER

REALISME

  1. Teori ini diaplikasikan dalam bidang etika, estetika, kajian sebab akibat, permodalan, sains, matematik, semantik, menanggapi objek-objek dunia amnya.
  2. Mengutamakan kepada menanggapi objek, peralatan bersangkutan dengan objek, dan fakta sekitar objek.
  3. Objek mesti benar, kelihatan, dikenal, menyokong dan mengesahkan fakta objeknya.
REALISME DALAM TEATER
  1. Realisme dalam persembahan teater mengutamakan perhatian kepada golongan rakyat biasa yang dilanda masalah sosial dan psikologi.
  2. Paparan dramanya mendepankan manusia yang menjadi mangsa kuasa yang lebih besar daripada mereka, sebagai manusia yang perlu berhadapan dengan dunia yang pesat membangun.
  3. Seni teater yang mengaplikasikan teori realisme mengolah watak sebagai manusia biasa , tak berdaya, tidak mampu menyelesaikan masalah yang melanda kehidupan harian mereka.
  4. Jenis teater realistik adalah menghasilkan seni yang buktinya dapat kita lihat berlaku di sekeliling kita.
LATAR TEORITIS YANG MENYANGKAL REALISME
  • Simbolisme
  • Ekspresionisme
  • Metafiziksme
  • Surrealisme
  • Romatisisisme
NATURALISME
  1. Aplikasian teori ini mahu menepati realisme 100% bahkan mahu lebih tepat walaupun dalam yang taboo, sangat peribadi, dan tak manis dinampakkan kepada semua pandangan mata.
  2. Naturalisme berpegang kepada hakikat bahawa segala semulajadi yang menguasai struktur dan perbuatan jagat. Alam sejagat ditanggap oleh mereka sebagai yang menghasilkan hakikat itu.
PAPARAM NATURALISME DALAM TEATER
  1. bERUSAHA untuk meniru dan menunjukkan segala kebenaran harian dalam hidup.
  2. Dramanya mendedahkan kebobrokan kehidupan manusia, yang berkaitan dengan pesimistik dalam kehidupan seperti gejala miskin, rasis, seks, keganasan, prasangka, penyakit, korupsi, pelacuran, dan kekotoran- silap laku manusia yang membawa kesengsaraan semata.
  3. Sperti realisme, naturalisme juga menentang aliran romantisisme dan surrealisme.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...