Friday 10 January 2014

CENDEK!

Kimak! bustard! sial! stupid! babi!

itu semua adalah perkataan yang keluar masa aku belajar bukit. Hahaha

kutuk banyak sangat pakcik ajar driving tu gamaknya.


# cendek tu pendek.

aku nak lesen kereta




ya Allah susahnya..aku nak cari kerja sekarang ni...
aku rasa dah enam bulan aku habis study embat bulan dah aku grad dan empat bulan jugalan aku x kerja
sekarang ni aku tengah menunggu mendapatkan lesen kereta
sebab bila dah ada lesen kereta segala-galanya diharapkan akan menjadi lancar
tapi yang aku geramnya kenapa pakcik yang ajar aku kat driving school tu teramatlah lembap nak abeskan aku belajar dan bagi amek test
aku rasa dah dekat 3 bulan aku kat umah abang aku ni
kenapa time kakak ipar ngan adik dia dulu boleh pulak cepat dia bagi belajar?
sebab aku lembap? sebab aku pendek?
ya aku lembap ya aku pendek
apa kaitan aku pendek ngan belajar kereta
kalau korang nak tahu, orang yg pendek adalah susah sedikit nak bawak kereta
seat kene kedepan nanti x selesa nak drive
kaki pulak x sampai nak tekan clutch sampai abes kalau x gear x masuk
memang la aku lembap sebab aku x penah bawak kete
n lagi aku x familir dengan jalan kat sini
sebab aku x lahir dan duduk di sini
aku duduk ngan abg aku la bahlol
menumpang.paham x menumpang.
kenapa aku amek lesen kat sini?
sebab konon-kononnya driving school tu dekat ngan umah abanng aku so, senang aku nak g tempat tu, pakcik tu nak amek pun senang
kimak kau. nak tau nape? sebab sejak taman perumahan abg aku ni ada pak guard dia dah x bagi pakcik driving tu masuk lagi.kononnya takut terlanggar budak2 kat situ. kimak kau lagi sekali.so abestu aku kena jalan kakila, panas2 ujan2 x takut kene culik kene rogol dalam perjalanan tu?
sapa punya idea ni? orang nombor rumah berapa yang bg cadangan ni? nak je aku langgar2 pagar rumah kau.puas hati aku. masa pak guard tu x bg pakcik driving tu x bagi masuk lagi, memang aku jeling abes muka pakcik tu.petang tu masa aku balik jalan kaki nak masuk taman, memang aku xpandang langsung muka pak guard tu. macam tau2 aku langsung x nak pandang muka dia, dia bagi salam. aku pun jawab.
tapi memangla setiap kali aku pandang pak guard tu, aku memang buat muka 'mampos kaula', kontra betul dengan muka abg aku or kakak ipar aku.
sambung cter pasal pak driving tadi, pakcik ni dahla da tua, kereta dia? ya ampun... memang layak masuk kedai besi buruk. dengan seat yang macam haram. berdebu, banyak sampah, banyak ubat, dahla suka bukak radio kuat2, lagu hindustan pulak tu . memangla aku suka lagu hindustan tapi agak2 la. ni sampai apa dia cakap pun aku x dengar, apehal. seriously aku memang tension belajar kete dengan dia, dia punya arahan buat aku sakit hati. dia suruh slow, aku baru nak slow dia dah suh bawak laju, dia bagi arahan baru aku baru nak ikut dia dah bagi arahan lain. ishhh tertekan aku. pastu selalu marah aku tak tekan clutch sampai abes. dah kaki aku pendek nak buat macam mana! bila aku nak betulkan seat kau bg kedepan, ya ampunnn tinggal besi je tempat pegang nak laraskan seat tu. pastu dahla seat tu tenggelam.maksudnya aku susah nak nampak jalan waktu drive, dan wat aku x selesa dan konfiden bila atas jalan raya. sebab tu aku masih kurang cekap memandu. ye nampak cam salah aku kan. tapi dia yang ajar, kenalah ajar aku betul2. kata dan berpuluh tahun ajar orang memandu, takkan satu teknik je kau ajar. aku x paham macam mana kakak ipar aku boleh kata dia suka cara pak cik tu ajar. aku ni dah hampir tiga bulan tau, tiga bulan kat sini. bahagian bukit pun dia x ajar lagi ko tau x. dia ajar parking n tiga penjuru tu je. parking tu aku dah bolehla sikit2 yang tiga penjuru je aku susah nak lepas. patutnya kemaskanla aku kat bahagian tu. ni sibuk nak bawak aku gi jalan raya tu.
hah citer bahagian jalan raya. ada dua jalan yang akan di pilih untuk test. itu pun aku tak sure aku ni lepas ke x jalan tu. sebab aku x ingat. ye korang akan kata aku lembap.terpulang.
yang aku ingat cuma jalan satu tu je, jalan dua haram aku x ingat. ni adik kakak ipar aku pun sibuk nak belajar keta. dan aku rasa dia boleh belajar cepat. lepas ni bolehla diorang belagak cepat dapat lesen, aku je yg lembap nak mampos. petang ni aku nak ugut aku nak test minggu depan. kalau x aku balik kampung.kalau failpun aku xnak repeat kat situ, aku nak balik jugak.
eii pak cik saya nasihat duduk jela kat umah. dah tua dah pun. main cucu je la lagi bagus.pakcik tu dahla sakit jantung jangan sampai saya drive kau dapat heart attack dahla.

banyak lagi entry2 rage akan menyusul lepas ni.




Tuesday 7 January 2014

TEATER DAN DRAMA DI GREECE KUNO : PART 2






10. Pentas

  • drama Greek dipentaskan di sebuah amphiteater (seperti sebuah stadium), di luar, di kawasan berbukit, yang boleh menempati lebih dari 14 ribu penonton
  • penonton boleh duduk atau berdiri di lereng-lereng bukit yang mengelilingi satu tempat lapang di kaki bukit, luasnya berukuran 65 kaki diameter

  • kawasan ini dipanggil orkestron (tempat korus menari)
  • kawasan lakonan - sebuah platform dengan beberapa anak tangga, tidak terlalu tinggi untuk membolehkan pergaulan antara pelakon dan korus, dan laluan dari pentas ke orkestron
  • di belakang kawasan lakonan ialah sebuah bangunan atau struktur dipanggil skene, mempunyai dua buah pintu untuk keluar masuk pelakon
  • latar drama- dihadapan istana atau kuil
  • disisi pentas ini ada dua lagi pintu keluar masuk dipanggil paradoi- untuk ahli-ahli korus dan watak-watak yang tidak ada dengan istana
11. Kesan yang diperlukan dalam drama Greek adalah kemunculan dewa-dewa
  • watak-watak ini mungkin turun dari atas ke bawah, ke orkestron atau diangkat dari bawah ke bumbung bangunan
  • alat mesin digelar 'machina' (seperti sebuah kren) digunakan untuk tujuan ini
  • metid ini digunakan untuk meleraikan situasi-situasi dramatik


12. Pelakon dan lakonan
  • selepas Sophocles, pelakon ditetapkan kepada tiga orang sahaja, tidak lebih
  • seorang pelakon memainkan lebih dari satu peranan kecuali dia watak utama dan muncul dalam semua babak
  • tekanan adalah kepada suara, iaitu intonasi vokal dan mengadaptasi cara pengucapan kepada mood dan watak
  • penyampaian adalah cara deklamasi, bukan realistik, tugasnya untuk memprojekkan nada emosi yang sesuai
  • bukit-bukit memberi gaungan kepada suara pelakon
  • ekspresi muka tidak penting kerana pelakon bertopeng
  • dalam tragedi, gerak tangan dan anggota adalah sederhana dan diperluaskan dalam komedi, aksi-aksi terpaksa dilebih-lebihkan
  • semua pelakon adalah lelaki

13. Korus, muzik, dan tarian
  • Sophocles 
    • menggunakan lima belas orang untuk korusnya
    • mempunyai ketua dipanggil Koragos yang mempunyai ucapan-ucapan solo dan yang lain bercakap dan bernyanyi dalam satu  kumpulan
    • korus selalunya masuk selepas prolog dan berada di pentas sehingga akhir cerita

  • fungsi korus:
    • sebagai kumpulan, pelakon yang mengekspresikan pendapat, memberi nasihat dan kadangkala mengancam untuk masuk campur dalam peristiwa drama
    • boleh mengekspreskan pendapat penulis skrip dan meletakkan kayu ukur di mana watak dinilai
    • sebagai penonton yang ideal, memberi reaksi, respon kepada kejadian yang berlaku dan kepada watak sepertimana penulis kehendaki dari penonton di auditorium
    • membantu memberi mood drama dan tingkatkan kesan dramatik
    • mewarnakan lagi pementasan dengan pergerakan dan spectacle

TEATER DAN DRAMA DI GREECE KUNO



1. Tamadun Greek yang melahirkan era teater yang hebat bermula di antara abad 6-8 SM.

2. Bandar-bandar penting : Athens, Sparta, Corinth, Thebes, Megara, Argos.

3. Pandangan Greek tentang manusia dan dewa-dewa:

  •  memandang dewa-dewa mengikut istilah manusia iaitu mempunyai sifat kemanusiaan
  •  jika dipuja dengan doa-doa dan korban, dewa-dewa boleh membantu manusia, tetapi boleh juga        tersinggung dan berdendam
  • mereka (dewa-dewa) sendiri berbalah antara satu sama lain
  • tertakhluk juga kepada nasib yang membuat destini manusia dan dewa itu sendiri sesuatu yang tidak ada kepastian
4. Orang-orang Greek sangat mengambil berat tentang kemanusiaan. Budaya orang Greek sentiasa membangkitkan dan mencari jawapan terhadap semua isu, termasuk sifat dewa-dewa, sifat manusia dan alam semesta.

5.Catatan awal bagaimana drama Greek bermula:
  • ada di dalam sebuah bab dalam buku "Poetics" oleh Aristotle yang menyatakan tragedi muncul dari improvisasi yang dibuat oleh ketua korus dalam persembahan 'dithyramb' (sebuah lagu agama) yang ditarikan dan dinyanyikan dalam pemujaan Dionysus dengan ahli-ahli korus
  • Dionysus: anak dewa Zeus (dewa yang teragung) dan ibunya Semele seorang manusia, Dewa Wain dan Dewa Kesuburan
  • Mitos: dia telah mati dibunuh, dicincang dan kemudian hidup kembali adalah berkaitan dengan pusingan hidup dan perubahan cuaca
  • kelahiran, ketumbuhan, kereputan, kematian, kelahiran semula menjelaskan adanya musim bunga, musim panas, musim luruh, dan musim sejuk
  • pemujaannya adalah untuk memastikan kembalinta musim bunga atau pun kesuburan
  • sebagai dewa wain adalah untuk mewakili kuasa tidak rasional dan pemujaannya adalah satu pengiktirafan kepada emosi-emosi asas manusia
6. Perkembangan drama:
  • diikuti dengan kisah dewa-dewa lain, wira-wira, lagenda-lagenda Greek, kisah perang, pergaduhan dan pergolakan destini anak cucu mereka yang menderita disebabkan dosa datuk moyang (menjadi sumber ketegangan dramatik)
  • elemen penting : konflik antara manusia-dewa, baik-jahat, anak-ibu-bapa, tugas-kehendak hati
  • plot : semua plot drama Greek telah diketahui terlebih dahulu kerana ia adalah sebahagian dari warisan keagamaan dan kebudayaan
  • khalayak telah membaca kisah-kisah ini dalam sajak-sajak epik Homer, dalam "Ilyad" dan "Odysey"
  • minat penonton bukan kepada cerita tersebut, tetapi bagaimana dramatis menyembahkannya, dan mereka menilai lakonan dan kerja-kerja korus dalam nyanyian dan tarian
7.  Drama di Greece kuno bermula dalam abad 534SM.
  • dramatis pertama zaman itu : Thespis
  • pertunjukan Thespis telah memenangi peraduan
  • melibatkan seorang pelakon, beliau sendiri, memainkan semua watak
  • memakai topeng untuk menukar identiti
  • apabila keluar dari pentas untuk menukar topeng, ahli-ahli korus mengisi ruang dengan nyanyian dan tarian
8. Abad ke-5: muncul penulis hebat , Aeschylus, Sophocles, Euripides, Aristophanes, Menandes.
  • Aeschylus (525-426 SM)
    • perkenalkan 2 orang pelakon
    • membolehkan konflik bersemuka untuk kali pertama
    • kepentingan korus dikurangkan
    • drama-dram terkenal; Seven Against Thebes, Trilogy Oresteio, The Suppliants, Prometheus Bound


  • Sophocles (496-406SM)
    • dramatis Greek terhebat
    • drama' Ajax, Antigone, Oedipus Rex, Electra, Oedipus At Colonus
    • perkenalkan 3 orang pelakon
    • drama menjadi lebih kompleks
    • mementingkan perhubungan antara manusia daripada isu-isu falsafah atau agama yang menjadi perbahasan Aeschylus
    • menumpukan kepada pembinaan drama yang baik yang membawa kepada kemuncak

Sophocles
  • Euripedes (480-406 SM)
    • dramatis tragedi Greek terakhir
    • drama ; Medea, Hippolytus, Electra, The Trojan Women. The Bacchae
    • mengurangkan lagi peranan korus
    • banyak menyoal idea-idea orang Athens dan dewa-dewa mereka
    • dewa-dewa tidak lagi memainkan peranan yang penting dalam kehidupan manusia
    • oleh kerana drama-dramanya memaparkan emosi yang kuat dengan realism dalam aspek psikologi, beliau lebih digemari oleh orang-orang zaman selepasnya
    • contoh- dalam drama Electra versi pembunuhan Clytemnestra dan kekasihnya Aegithus di tangan anak-anaknya, Orestes dan adiknya Electra
      • Aeschylus - dalam dramanya menekankan hakikat yang anak-anak Agamemon itu terpaksa membunuh ibu mereka kerana satu perintah dari dewa
      • Euripedes - melihat pembalasan dendam ini dari pendekatan manusia, menyiasat perhubungan antara pendendam dan mangsa
    • minat ditumpukan Euripedes kepada perwatakan Electra sebagai pembunuh ibunya
    • dengan kematian Euripedes, era hebat tragedi Greek berakhir


9. Greek juga mempunyai komedi yang boleh dibahagi kepada tiga bentuk:
  • komedi lama, pertengahan, baru
  • dramatis komedi lama yang hebat : Aristophanes (448-380SM)
    • komedinya berhubung dengan politik semasa dan adat-adat sosial zamannya dan lebih kepada satira
    • beliau menulis satira tentang ahli falsafah Socrates dalam "Clouds" dan Euripides dalam "Frog".
    • drama yang kerap dipentaskan - Birds, Lysistrata

  • Menander (342-292SM)
    • penulis komedi baru
    • mendapat sambutan dan penerimaan orang-orang Romawi yang menadaptasikan cerita-ceritanya untuk hiburan dan citarasa mereka
    • komedinya tidak politikal, tidak satira, dan lucu tanpa kelucahan Aristophanes
    • plot - berkaitan hal-hal keluarga, perkahwinan, ibu bapa yang kehilangan anak dan lebih berbentuk romantik komedi
    • situasi-situasi komik diambil dari kehidupan zamannya


Monday 6 January 2014

KUCING HILANG



KUCING AKU HILANG
KUCING AKU KAT KAMPUNG
AKU KAT BANDAR
SEKARANG TOLONG BAGI TAHU AKU MACAM MANA
NAK BAGI DIE BALIK SEMULA
...
RINDU SETENGAH MATI

.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...