Friday 26 September 2014

Pening


Kenapa kepala aku pening sangat ni. Berdenyut-denyut kuat sebelah kanan. So, aku decide gi pantry minum milo hangat. Alhamdulillah, rasa ok sikit. Rasa macam urat-urat dalam kepala aku yang berdenyut-denyut tu mengembang kena siram dengan milo hangat. Aku terfikir aku ni kene tekanan darah rendah ke tetiba boleh pening berdenyut-denyut macam ni. Aku fikir satu-satu kemungkinan aku boleh jadi pening ni.
  1. Tak cukup tidur. Badan penat.  Malam tadi gi U, tengok short film. Aku punyelah berkobar-kobar naik bas, sangup tukar jeans ngan kasut sporty balik keje nak tengok benda alah tu. Sampai U, tempat sepatutnya aku turun dari bas, boleh pulak aku tak turun. Aku just duduk sebab malas nak rempuh orang-orang yang padat berdiri dalam bas tu. Akhirnya aku turun kat mana aku mula-mula naik bas tadi. Apesalla bangangnya aku ni. Kalau dah malas nak rempuh orang tadi patutnya aku standby siap-siap berdiri kat tepi pintu bas tadi. Senang aku nak turun. Hadooiii. Pastu aku turun dr tempat naik bas tu, aku jalan kaki ke U. Tabah tak tabahlah aku jalan kaki. Dahla gerimis rintik-rintik.  Jalan punya jalan nasib baikla ada jalan short cut, perjalanan tu pendek sikitla.  Mula-mula short filem tu best, lama-lama aku rasa dah termasuk ke alam lain. Alam mimpi haha. Balik pukul 11.30. Sampai rumah, mandi, gosok baju utk esok, main wechat jap. Tau-tau aku tidur pukul 1. Bangun kul 5 (awal gile) sebab malas nak berebut mandi. Pukul 5 suku sambung tidur sampai 6.20. Baru tido lambat satu malam eye bag dah macam 8 pain air.
  2. Period. Ye raku period hilang banyak darah. Dahla hari kedua, heavy day. Dengan sakit pinggangnya, sakit perutnya, dengan jalan kakinya, dengan lapornya. Fuhh macam mana badan tak penat tak sakit.
  3. Makan tak seimbang. Macam mana nak seimbang tengah jimat giler babi nak tunggu gaji minggu depan. Makan nasi tak menentu. Kalau makan nasi pun nasi lemak. Apelah sangat kesimbangan yang ada dalam nutrient nasi lemak yang dijual di tepi jalan tu huhu. Tengah hari tak makan, malam lak Cuma alas dengan pisang goreng seringgit ataupun mee sedap. Aku makan mee segera pun sebab terpaksa tau. Kalau tak seterdesak macam ni aku tak makan instant mee.
  4. Banyak fikir. Fikir macam mana nak save bajet macam kat ats tu la. Sekarang ni yg banyak makan duit aku, ialah tambang bas aku. Enam kali perjalanan setiap pegi balik. Bayangkan bayangkan 6 perjalanan tu. Tiga perjalanan pegi dan tiga perjalanan balik. Huhu..Keluar rumah matahari baru nak naik, balik matahari dah tenggelam. Matahari aku lampu kat pejabat jelah.
  5.   Banyak sangat mengadap computer. Yelah abestu aku nak keje dengan apa. Aku bukannya keje kilang. Boleh jugak guna tangan ke nak cantum-cantum komponen ciplak haha. Mata cepat letih lesu, berpinar je tengok skrin computer ni.
k     Itulah aku rasa faktor-fktor kepada terjadinya kepala aku pening. Masuk hari ni, aku dah dua hari makan gaji buta sebab bos tak bagi aku apa-apa kerja. Kerja hari tu dah siap dan dah hantar kat die. Cuma die belum sempat nak check and sekarang pulak dia busy semacam je. Aku ni plak jenis malas nak tanya bos. Niat dalam hati kalau jumpa nak tanya ada apa-apa kerja tak nak bagi tapi time dia elok je lalu sebelah aku boleh konon-konon wat busy. Busy apa kebenda. Busy menaip entry blog.hahaha. ape-ape jelah ko ni ai rish.



Kehadiran insan istimewa dalam hidup kita


Insan istimewa bukan kekasih, suami atau isteri yang saya maksudkan. Maksud aku kat sini ialah, insan kurang sempurna secara fizikal atau mental. Sesiapa yang menerimanya dengan redha akan menganggapnya insan istimewa siapa yang tidak redha akan menganggapnya beban atau bala bencana. Mungkin insan-insan istimewa tu seperti anak yang cacat, bisu, pekak, buta, sindrom down, autism, atau penyakit yang sukar diubati. Bukan calang-calang orang yang menerima ujian sebegini dan bukan semua orang juga dapat menerimanya sebagai ujian dalam hidup mereka.

Aku bercakap dari segi pengalaman. Tak terlintas langsung dalam fikiran aku, yang keluarga aku akan memiliki seorang ahli keluarga istimewa, anak saudara aku. Anak saudara aku ini merupakan anak pertama bagi perkahwinan abang aku dengan isterinya a dan cucu sulung bagi sebelah kakak ipar aku. Sapa yang tak teruja dengan kelahiran macam ni kan, anak pertama dan cucu pertama. Aku jugak teruja, sebab ni abang sulung aku yang akan dapat anak.

Semuanya berjalan seperti biasa-biasa saja, sehinggalah Allah telah menentukan segala-galanya seperti mana manusia hanya merancang, Allah yang menentukan. Kakak ipar aku melahirkan melalui pembedahan, katanya bayi dalam lemas kandungan. Aku tak ingat sangat waktu ni apa yang berlaku, hanya berdasarkan penceritaan semula kakak ipar aku.

Waktu dapat tau kakak ipar aku bersalin, semua gembira saja sampailah dapat tau yang baby ada masalah. Aku ngan mak aku pergi ke Kuala Lumpur untuk melawat kakak ipar ngan baby. Waktu tu kakak ipar aku dah balik rumah tapi baby masih kat wad. Aku tengok kakak ipar aku okey-okey sahaja, gembira macam ibu-ibu lain dapat anak. Aku pun tak syak apa-apa yang baby tu bermasalah. Mak aku bagitau nak tengok baby kat hospital, tapi kakak ipar aku kata tak boleh tengok suka-suka. Yang boleh tengok ibu bapa je. Kalau nak tengok jugak kene pandai-pandai kelentong nurse atau waktu sister tak ada. Mak aku dah start kecewa. Aku tak ingat mak aku dapat tengok jugak tak akhirnya.

Sampailah baby tu dah balik umah and dibawa ke kampung. Aku tau baby tu tak normal and tak sama macam baby lain. Tapi aku tak tau apa nama penyakitnya and aku tak berani nak tanya. Keluarga belah kakak ipar anggap semua macam biasa and teruja dengan baby tu. Semuanya sayang bagai menatang minyak yang penuh. Sesuatu yang tak ada dalam diri mak aku waktu tu.

Aku namakan baby tu Karl. Disebabkan dibaringkan terlalu lama, tak boleh bergerak secara normal macam baby lain, kepala Karl kene cukur bantal and macam ada bendalir yang tersimpan di belakang kepalanya. Lama-lama bendalir tu hilang tapi kawasan bendalir tu berbekas dan tak ditumbuhi rambut. Kitorang dah tahu nasib Karl tak sama macam budak-budak lain bila besar nanti. Dan orang yang paling sukar menerimanya ialah mak aku.

Karl tak boleh menerima arahan, Karl tak boleh duduk diam, Karl agresif, Karl sukar dijaga melainkan dengan orang yang benar-benar rapat dengannya (dengan aku jangan haraplah). Senang cerita susahnya nak jaga Karl! Aku tak tau apa nama penyakit Karl tapi keadaan Karl sama macam budak-budak sindrom down. Abang aku habiskan banyak duit untuk merawat Karl. Waktu bersalin je dah habis beribu-ribu (kakak aku bersalin hospital swasta). Ada kadang-kadang tu aku rasa terlalu geram dan benci dengan Karl. Bukan kerana ketidaksempurnaan Karl, tetapi kerana dia tidak boleh menerima arahan yang kita bagi.

Waktu Karl dah pandai berjalan kesana-kemari adalah waktu yang sangat-sangat mencabar dan menguji kesabaran. Kita cakap jangan buat, dia buat. Jangan sepahkan, dia pecahkan. Jangan teraburkan, dia jatuhkan. Jangan Tarik, dia rentap. Arghh penat-penat! Mungkin mak aku belum boleh terima sepenuhnya dia ada cucu tak normal macam tu, ada sekali mak aku cakap “kandang jelah budak tu!”. Serius, aku yang geram sentiasa dengan Karl tak pernah fikir sejauh itu.
 Macam-macam rawatan moden dan tradisional abang aku buat untuk mengurangkan keagresifannya itu. Dan tak silap aku, abang aku wat rawatan suntikan hormone yang makan berbelas-belas ribu. Hormon arnab dimasukkan dalam badan Karl. Alhamdulillah, aku tengok ada banyak perubahan dalam diri Karl. Tutur bicaranya makin jelas. Lebih tenang, tak seagresif dulu dan dah boleh memahami komunikasi yang kita sampaikan. Sampailah Karl ada tiga orang adik lelaki. Rezeki abang aku, semua anak dia lelaki.

Orang  yang paling tabah aku tengok tentulah abang dan kakak aku. Masa dia keluar hospital lepas bersalin, dia langsung tak menunjukkan tanda-tanda kesedihan walau dia tau anak dia tak normal, walau dalam hati siapalah yang tahu kan. Masa tu aku fikir mesti dia tak nak beranak lagi takut dapat anak macam tu lagi. Tapi aku silap selang tiga tahun dia mengandung lagi dan melahirkan anak yang sihat dan normal. Setahun kemudian, beranak lagi, dan empat tahun kemudian dan lagi. Lama-lama mak aku redha, dapat cucu tak normal tapi semua anak abang aku laki. Semua jeles heheh.

Abang aku. Abang akulah yang paling tabah, bertungkus-lumus membesarkan anak-anak dia walaupun kadang-kadang aku rasa nak terajang sekor-sekor sebab nakal sangat termasuklah si Karl tu. Kalau dulu Karl mungkin tak faham buat satu benda, tapi sekarang dia suatu benda sebab nak nganjing kita marah. Kurang hasam ko budak!

Satu yang paling aku respect dengan abang and kakak ipar aku, diorang tak pernah sorok Karl dari orang ramai. Tak pernah tinggal-tinggal. Macam mana orang lain tunjuk anak dia yang sihat macam tulah abang aku kenalkan Karl kat orang lain supaya dia boleh bergaul and bersosial dengan orang lain.  Dia tau Karl tak boleh belajar macam orang lain. Dari baby abang aku dengarkan ayat-ayat suci al-Quran dengan Karl. Channel 106 Oasis tu dah kira tv3 la buat kitorang. Everytime azan, mengaji or zikir dia akan bukak and bagi Karl dengar. Tak cukup lagi, dia pasang cd-cd  mengaji kat radio atau dalam kereta.  Tak cukup lagi tu, dia belikan radio ngan cd letak kat sekolah khas tempat Karl belajar. Hasilnya Karl boleh hafal surah-surah pendek, zikir-zikir, doa-doa yang ditayang kat tv. Nak bagi pertuturan dia lebih jelas, abang aku pasang cd lagu-lagu jiwang karat 80-90an yang tangkap leleh tu. Karl akan hafal dan nyanyi sama-sama bila lagu tu dipasang. Vocabulary dia bertambah dan banyak perkataan yang boleh dia sebut.

 Abang aku hanar Karl kat tadika budak-budak sindrom yang sama macam level dengan dia. Lepastu masukkan dia kat sekolah rendah khas supaya ada cikgu khas yang benar-benar boleh mengajar dengan budak macam tu je boleh ajar dia. Know what? Budak macam ni akan lebih mudah tertarik atau bergaul dengan budak-budak yang sama macam diorang. Contohnya makcik aku ada adik yang terencat sikit. Dah tua dah adik dia tu, tapi dah boleh urus diri sendiri la Cuma kene pemantauan je. Si Karl ni kalau namapk mak tok dia yang sorang ni belum sampai rumah lagi dah terlompat lompat terjerit-jerit nak jumpa mak tok dia. Pastu kalau dah jumpa mulalah mengendeng-ngendeng macam kucing manja sampai mak tok dia nai rimas. Kat sebelah aku pulak adelah anak kepada sorang sedara ni bisu. Waktu raya, kitorang adik-beradik datanglah beraya. Dalam banyak-banyak anak-anak sedara aku yang berderet-deret ni, si budak bisu nak main ngan si Karl. Maybe dia dah biasa Nampak budak macam tu kat sekolah khas dia. Yelah budak-budak istimewa jugak. So, aku rasa insan-insan istimewa macam diorang ni semua mempunyai ikatan yang kuat bila bersama. Hanya mereka yang sama-sama merasai betapa istimewanya diorang.

Alhamdulillah sekarang Karl dah 12 tahun. Walau tak sama macam budak lain, walau masih pampers , walau masih minum susu botol, dia dah boleh harap sikit-sikit. Bagi susu kat adik, jaga adik kejap (5 minit jelah), main ngan adik, marah adik hahaha..Rezeki abang aku jugak tak pernah putus. Walau pun abang aku takdelah bergaji besar, kakak aku pulak cikgu, dengan anak empat orang sorang plak istimewa duduk lak kat Bandar hang ingat tak putus urat ke hidup macam tu. Keluarga sebelah kakak ipar aku sangat-sangat menyayagi Karl. Adik-beradik aku yang lain pun sayangkan Karl Cuma mungkin tidak semampu and sekuat diorang untuk menjaga dan melayan Karl macam diorang. Paling-paling yang selalu dengan Karl, akulah. Penah diorang tiga beradik kene campak bergili-gilir, aku jugaklah yang kene turun KL jaga si Karl. Takut jugaklah aku waktu tu, yelah die buat perangai ke mengamuk ke mampus aku tak reti nak control. Waktu tu aku mintak jangan berak sudah. Hahaha tak reti kot nak bersihkan dia. Penah sekali dia gigit jari aku sebab apa entah. Aku tengok-tengok jari aku dah bengkak biru-biru esoknya. Punyelah gigi Pontianak ko ni Karl. Penah Kene baling botol susu yang full kat muka? Pun penah..nasib baik je aku tak baling balik kat dia.


Kesimpulannya kat sini, kalau ada sesapa yang terbaca post ni and korang pulak ada  anak atau saudara mara istimewa tapi belum boleh menerima seadanya keadaan mereka, perlahan-lahanlah ubah rasa ubah. Percayalah diorang ni hadir dalam hidup kita sebab Allah dah pilih kita untuk sama-sama kaut pahala berbuat baik utk diorang. Diorang ni akal x berapa sempurna, jadi diorang tak ada dosa. Mungkin diorang tak kenal atau tak ingat sapa yang buat baik dengan orang masa kat dunia, tapi bila kat akhirat mana tahu nama kitalah yang disebutnya nantikan. Wallahualam.

Wednesday 24 September 2014

hijabis tapi beraksi mesra

haha baca tajuk pun dah tahu kan perkara apa aku nak sentuh..
seriously aku rasa menyampah gila tengok hijabis sekalian ni membuat aksi-aksi mesra dengan boyfriend diorang.
kalau jilboobs aku tak heran, kalau boobs pon boleh tayang free, apatah lagi pegang2 tangan, pegang2 pinggang ye tak...
tapi aku tuju kat perempuan-perempuan yang pakai punyela sopan, baju labuh longgar x ketat x nampak susuk, tudung pun labuh dada, sempurna, tak nampak apelah senang citer kat batang tubuh dia ni
tapiiii boleh pulak pegang-pegang tangan, rangkul2 pinggang, kepit2 tangan boyfren..wadefakkk la wehhhh
ko pikir ko pakai labuh x nampak boobs ko dah selamat dunia akhirat ke?
aku cerita benda ni pasal aku sendiri dah menyampah tengok posting2 kat fb oleh seorang kawan laki aku ngan girlfren die ni
camne ropa girlfren die? cam yg aku cter kat atas tulah. pakai suci sopan, xnampak celalah kiranya. kalau ustaz2 terpikat pun boleh. tapi dok tayang2 pegang tangan sama2, pegang pinggang, kluar status "kalau tak hari-hari gigit kita, hari-hari pukul kita tak sah agaknya sayang kita ni. walau apa pun kita tetap sayang. hehe..."
gigit apa nokkk??? sedap ke?? seriously macam ni ke hijabis????
walaupun aku xdelah baik sangat pakai suci macam kau, tapi aku tak sanggup nak menodai kesucian pakaian yang aku dah pakai
kalau aku nak wat ringan2 ngan pakwe aku aku takkan pakai mcm kau
sedarlahh weiii hijabiss
wahai jantan yg perasan die alimlah sangat tu..dah tau pompuan ni akal pendek, cuma satu pulak tu...janganlah lemahkan lagi iman kitorang ni..kalau rasa pompuan tu baik toksahlah cemarkan kesucian dia, walaupun pegang2 tangan ke, pegang2 pinggang ke...
isk isk..harap diorang cepat2 kawen..kurangla sikit hati aku mengumpat..


Menilai seseorang dari luar


Beb, aku nak tanya pernah tak korang menilai seseorang dari luar. Tipulah x penah kan? Kalau tak banyak sikit tu mesti ada. Tak kisahla dari penampilan dia ke, pergaulan dia ke, percakapan dia ke, pendidikan dia ke. Sikit-sikit kita mesti ada buat tafsiran sendiri kat orang tu lebih-lebih lagi untuk orang yang kita baru kenal baru jumpa atau tak berapa nak kenal sangat.

Macam tu jugaklah dengan aku. Aku buat kesimpulan sendiri orang tu macam ni macam tu bila aku tengok dia. Tak kisahlah dari sudut apa aku tengok. Tapi benda ni mula aku ubah setelah seseorang ajar aku. Sebenarnya Allah yang ajar aku, tapi disampaikan melalui seseorang. Seseorang ni kawan aku sendiri yang sama-sama sekolah dari darjah 1 sampai darjah 6. Antara kawan yang paling dikagumi, dihormati dan disayangi oleh kawan-kawan yang lain.

Macam ni kisahnya. Aku ada seorang kawan rapat masa form 2. Sama-sama sekolah sejak darjah 1 jugak tapi tak pernah rapat pon. Rapat masa form 2. Entah macam mana boleh rapat pon aku tak tahu. Dia ni sosial ya amat. Keluar ngan jantan tu dah memang yelah. Tak balik rumah pernah, kehulu kehilir dgn jantan mana entah aku pun tak tahu. Masa tu kitorang just form 2. Clubbing aku tak tahu, sebab rumah kitorang ngan bandar jauh. Kat bandar jelah ada club, kat kampung ada cikaro hehe.. Minum ke apa semua aku tak tau. Tapi aku rasa tak ada.

Sampailah masa form 3, Tengok2 dia tak ada kat sekolah. Aku gi umah dia. Mak dia cakap dia duk umah pak cik dia sekarang. Hmm.. aku sedih gak lah. Walau pun dia sosial, tapi dengan dia jugaklah aku hepi berkawan. Lagipun dia tak penah ajak aku wat benda bukan2. Die nak wat hal dia, die wat sendiri. Dia tahu aku tak macam dia. Kitorang still keep in touch sampai form 4. Aku tak penah jumpa dia lagi pastu. Abes SPM, dapat tahu dia dah ada anak. Aku tak terkejut. Cuma aku tak tahu dia kahwin baru dapat anak atau ada anak baru kahwin. Itu aku tak berani tanya.

Sampailah aku masuk U, tahun 1 rasanya. Kawan aku buat perjumpaan kawan-kawan sekolah masa hari raya haji. Masa tulah aku jumpa kawan aku yg sosial tu. Dia masih sama macam dulu, cantik, bergaya. Tak nampak gaya pun gaya seorang ibu beranak dua. Kitorang baru 21 tahun kot masa tu. Tapi dia masih nampak cam remaja-remaja lain. Penampilan dia takdelah sexy cuma freehair dgn muka make up.

Mula-mula tu aku tak nafikan aku ada tanggapan buruk kat kawan aku ni. Yelah belum abes sekolah dah kawen, Tak tahulah apa taraf apa anak dia tu. Ishhh memang jahat fikiran aku waktu tu. Dalam waktu yang sama, dalam perjumpaan tu ada lagi sorang kawan aku yg aku kata direspect oleh kawan-kawan lain. Dia ni anak ustaz-uztazah. Keturunan keluarga baik2 org kata. Mak dia sendiri ustazah kitorang masa sekolah agama dulu. Aku fikir, dia mesti tak layan kawan aku yg sosial tu. Yelah dia orang alim mana nak join org sosial yg dah ada anak muda2 mcm kawan aku tu.

Tapi time tu jugak Allah bayar cash kat aku. Kawan aku yg alim tu layan elok2 je kawan yg aku kata sosial tu. Muka kawan alim tu lagi berseri-seri bertanyakan hal anak kawan sosial aku tu. Tak depun terpancar perasaan ke tanggapan ke fikiran ke prejudis terhadap kawan sosial aku. Aku jer yg fikir mcm tu huhu.. Termalu sendiri aku waktu tu.

Huhu..walau pun peristiwa tu kecik je tapi impaknya besar bagi aku. Janganlah kita menilai orang dari luar atau kisah silamnya. Mungkin orang itu sudah berubah dan hidupnya lebih baik dari kita. Dan siapa aku nak tuduh bukan-bukan kat anak kawan aku tu. Itu antara dia dengan Tuhan jadi tak perlu aku jadi pengadilnya nak menghukum kawan aku tu. Lagipun berdasarkan pertemuan aku ngan kawan sosial aku, dia dah jauh lebih baik daripada dia yg aku kenal dulu. Dia memilih berkahwin untuk menjaga dirinya daripada terdedah dengan perkara yang sia-sia dan ternyata perkahwinan telah membahagiakan dia. Dia nampak tenang, matang, dan menerima seadanya kehidupan dia. Aku rasa cukup2 berterima kasih kpd suami dia yg sanggup kahwin ngan dia waktu umur 17 tahun.

Ape cerita pulak kawan alim aku tu? Dia dah jadi ustazah skang and die pun dah kawen. mula2 terkejut gak dpt undangan kat fb. tp aku xdelah terkejut sgt, yelah org2 mcm ni x membazir masa ngan bercinta hehe. so, aku pun nak taulah sapa bakal suami dia. ustaz gak ke. guess what??? kawan masa sekolah aku jugak. tapi dia senior la. aku dah start dupdapdupdap. pasaipa? pasai kitorang dulu kenal die sbg seorang pondan! pondan kawen ngan ustazah?! wow berita terhangat. tapi aku xkan nak tanya kat fb, so aku pendam sorang2lah persoalan aku tu. dan akhirnya terjawab oleh kawan ex sosial aku tu sendiri haha. simbiosis kan. rumah diorang dekat2 so confirm tau punyelah benda ni.

memang konpem kawan uztazah aku tu kawen ngan ex pondan. so aku jengah2 fb, nmpak la pic nikah diorang. serius ex pondan tu nmpak style uztaz. jelas terpancar kebahagiaan di wajah kawan aku. alhamdulillah gelaran pondan itu hanya kami yg ingat sbg kenangan waktu sekolah. aku percaya lelaki itu telahpun bertaubat diatas kejahilannya waktu remaja dulu. dan sekarang dia telah menjadi seorang yg baik dan aku yakin die boleh membimbing kawan ustzah aku tu. sembilan bulan lepas tu diorang dah ada anak . :')

aku sangat2 respect kat kawan uztazah aku tu. langsung x memandang kisah silam suami die, dan kawan ex sosial aku. sejak hari tu aku dah jarang menilai orang dari luarannya atau dari pandangan pertama kita. kesannya, bila ada org tanya aku " apa pandangan kau tentang dia?"
jawapan aku kosong. aku x de jawapan untuk die. aku perlukan masa untuk jawapan itu. dan biasanya aku kumpul jawaapan yg baik2. yg x baik, aku biarkan angin membawa pergi.

pengajaran paling besar :
semua orang tak sempurna semua orang buat silap. semua orang ada kisah silam baik dan buruk, dan mereka juga boleh berubah. buruk yg kita kenal semalam atau hari ini tak mustahil baik yg kita jumpa hari esok. :)



Tuesday 23 September 2014

cerita dalam bilik air




beb, aku ada satu soalan. ca ya nun alip ataupun cin_ ni kan, die berak x cuci ngan air ke? serius ni nak tanya. aku bukan nak rasis atau bersifat perkauman. aku just nak tau tu je. persoalan ni timbul bila aku keje kat tempat baru. kat tempat aku ni banyak chinese. yg melayu cuma empat orang termasuk aku. bila aku gi toilet and nak mencuci my ass kene guna hos air yg tersangkut kat sebelah tu toilet bowl tu. and bila nak press hos air tu die berbunyi. so, bila ada org guna toilet kat sebelah aku ni, aku jarang dengar (macam x penah je) bunyi hos air tu bila dgunakan. nak kata mmg xbunyi x jugak sbab aku dah guna ketiga-tiga bilik air tu and semua hos air die berbunyi. kira diorang ni kalau berak ke kencing x cebok la eh? pakai tisu je, pastu buang tisu kat toilet bowl..haa yg ni aku hangin. memang mcm tu ke beb org style guna jamban duduk ni? serius aku x pnah buat. kalau betul tanggapan aku ni emmm mmm aku rasa geli sikit ah.. yela dah berak x basuh. ewww. beb, orang2 kat luar negara tu pun mcm tu jugak la eh?















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...