Monday 1 April 2013

telenovela

tiba2 datang pulak mood nak wat entry pasal telenovela ni. haha sapa ingat dulu2 kan femes dengan telenovela mexico. cerita pulak petang2, time orang nak gi sekolah petang. sapa orang johor mesti tau belah petang sekolah agama. balik sekolah pagi, duk makan tengah hari sambil mengadap tv pastu boleh wat modal bercerita kat sekolah,haha best sangat zaman gila tengok tv time budak2 dulu. ceritanya beratus-ratus episod sehingga mengundang ketagihan untuk mengikut jalan ceritanya. apa kau ingat sinetron je yg beratus2 episod? drama melayu penah try wat kat rtm tapi tak jadi haha.aku pun ingat2 lupa telenovela yang pernah menjadi kegilaan ramai orang pada zaman. setakat jalan cerita sikit2 ngan tajuk tu boleh la.


Maria Mercedes
Kalau nak diikutkan aku pun tak berapa ingat sangat cerita ni. Pelakonnya Thalia. Disiarkan kat chanel ntv7 pukul 4.30 petang kot macam tu. Ceritanya lebih kurang si maria yang cantik  tapi miskin kerja jual tiket loteri pastu jumpa orang kaya, bercinta dan perlu menempuhi berbagai halangan. cliche sangat cerita. semua tlenovela lebih kurang macam ni je jalan ceritanya.ahh tak kiralah telenovela ke, drama melayu, indon, korea sama je. haha. ni la kot seingat aku telenovela pertama yg mencuri perhatian.eleh cerita jepun oshin tu lagi lama. aku pun takde lagi time cerita oshin tu.

La Usurpadora
kat tv ntv7 jugak waktu yg sama.Ni pun aku tak ingat, tengok lebih kurang mcm tu je. ceritanya pasal sepasang kembar, Paola ngan Paulina satu jahat satu baik. pastu berebut laki kot, ntah. haha tak ingat..

Por Tu Amor

Masih lagi Gabriella Spanic. disiarkan kat tv1 pukul 2.30 kot macam tu.Ceritanya pasal Maria de Celio kawin ngan laki tua. Mula2 tak suka lama2 suka. Macam cerita novel alaf21 yang belambak2 kat pasaran tu. cerita macam ni dah lama orang buat dah haha.time ni aku darjah 5 ngan 6. zaman hormon nak naik tngok adegan romantis2 ni haha.

El Amor no es como lo pintan

kat tv1 jugak.gila panjang punya tajuk. dalam bahasa melayunya 'cinta bukan sesuatu yang mereka diciptakan' tak taula betul ke tidak.ni rtm yang tulis.so, aku pun caya je haha. masa tu cabar kawan2 sapa ingat tajuk cerita ni. eleh bukan susah sangat pun. ceritanya pasal pompuan yg tak berapa nak cantik sangat nama Alicia tapi hidup bahagia dgn kawan2 yg hot. pastu jumpalah satu mamat mana ntah ni. pastu macam2 la jadik dengan alicia dengan kawan2 dia ni. best, sebab banyak watak dalam cerita ni and masing2 ada kisah tersendiri. ada kawan alicia yang meninggal time beranak , jadi penagih dadah , sex adict, ada keluarga yg taknak anak pompuan die kawen walaupun dah andartu sebab takut diabaikan, ade pompuan yg dirogol waktu kecik and macam2 lagilah...cerita ni best and kelakar!

Catalina y sebastian
pun kat tv1. mengenai catalina yang kahwin dengan sebastian secara rahsia untuk mengelak dari teman lelaki lama dia. walaupun tidak berapa mencintai sebastian die kahwin gak.tapi sebastian cintakan catalina.baru cinta nak berputik ada lelaki, (adik beradik angkat sebastian) yang cam psiko sikit nak pisahkan diorang.

                                                                      Mis Tres Hermanas
Tiga adik beradik perempuan.ditayangkan kat ntv7.heroinnya scarlet ortiz.mengenai 3 orang adik beradik perempuan dan seorang abg mereka yg berjuang untuk hidup bersama walau pun terpaksa menempuh pelbagai kesulitan.lisa estrada ni seorang jururawat jatuh cnta dengan seorang lelaki, santiago yang terikat dengan sebuah keluarga berpengaruh, anak perempuan keluarga ni suka kat laki tu. pastu macam2 la jadi cinta mereka terhalang dgn keluarga perempuan kaya tu dan kakak ipar lisa sendiri yang ada skandal dan mengandungkan anak santiago tu sendiri. adik beradik lisa yg lain mempunyai kesulitan masing2 dalam hidup.endingnya kakak ipar die yg jahat tu berjaya membolot sebahagian harta diorang tapi akhirnya mati diracun. paling sweet pompuan yg suka kat santiago tu kahwin ngan abg lisa ni.haha best! pastu diorang pun hidup bahagia.

Rosalinda
Gila arhh sapa yang tak tengok cerita Rosalinda aya mor time ni. lagu tema rosalinda ni liriknya ada 'ayamor ayamor..' mcam tulah. itulah benda yang aku ulang2 kalau bosan masa kat sekolah haha.disiarkan kat tv3.paling da bomb masa cerita ni disiarkan.pelakon yang sama dalam maria mercedes.femes masa tahun 2003, masa tu aku tingkatan 1.paling tak boleh blah, petang tu ada latihan merentas desa, satu sekolah duk kat kantin tengok cerita ni sampai abes baru start merentas desa.gila betul waktu tu.cerita pasal gadis penjual bunga pastu jatuh cinta ngan laki kaya tapi macam biasalah cinta terhalang. ceritanya pusing sana pusing sini saja nak bikin cerita macam cerita indon. ok dah tahu dari mana formula2 cerita indon yg duk terpusing2 jalan ceritanya tu saje nak bagi panjang2 episod bagi penonton panas hati. kalau dah cantik membunuh apesallah keje jual bunga je.apesal tak jadi model ke pelakon ke? pelik pelik....

La intrusa
bahasa melayunya 'orang asing', tak tau betul ke tidak. cerita ni kat tv3. sekali lagi gabriella spanic berlakon jadi kembar virginia martinez ngan vanessa martinez. dah tak ingat ceritanya pasal apa.lebih kurang pasal virginia ke vanessa ni nak pertahankan atau jaga orang2 dan kebajikan dalam sebuah rumah ni.nak tau lebih lanjut pi google haha!
Yo soy betty. la fea
disiarkan kat ntv7. ceritanya mengenai seorang gadis yang hodoh tapi baik hati dan disenangi pastu bercinta ngan bos sendiri. cerita ni jugak telah diadaptasi dalam drama amerika dengan tajuk Ugly Betty lakonan America Ferira.
Juana Miracle
tayang kat ntv7.Juana ni belum kahwin tapi tiba2 mengandung.takkan cerita Maryam pulak kot.sebenarnya Juana ni buat pemeriksaan apa ntah kat bahagian sulit die tu, tapi disebabkan kesilapan doktor die terbuat permanian beradas.masukkan sperma laki untuk mengandung yang sepatutnya isteri dia yang dah lama tak mengandung2.boleh pulak tersilap2 macam ni.kalau terjadi kt malaysia ni tak taula aku macam mana.tak silap aku, dalam Islam permanian beradas di sah untuk suami isteri yg dah sah kahwin je. yelah nak masukkan sperma laki tak kiralah main ke tak main kenelah nikah dulu. abis kalau dah terrrr macam ni, tak pasal2 mengandungkan anak laki mana ntah..nak jadikan cerita, bapak kepada sperma yg dimasukkan tu pun jatuh cnta ngan juana ni.siap lari2 lagi, tak ingat pasal apa si hero ni masuk penjara. ada satu adegan ni juana tu beranak dalam bangsal masa dalam pelarian diorang tu.

ni sebahagian cerita yang aku ingat. yang aku tak ingat dan tengok tu banyak jugakla. lepas cerita ni meletup, makin banyakla cerita2 telenovela yang ditayangkan. pobre diabla, perla and macam2 lagilah.tapi sebenarnya apa yang best masa tu, telenovela ni dialih suara ke bahasa melayu. so macam ada kelaka2 sikit bila die orang alih suara tu haha. tapi x semua cerita dia alih suara. macam kat ntv7 ngan tv3 dia kekalkan bahasa asal.tapi crita yang ditayang best2.tapi lama2 pastu penonton dah start bosan n mula beralih arah ngan cerita filipina yang meletup letup ngan pangako sayo, bila dah boring beralih la plak dengan sinetron bawang putih bawang merah.ni aku tak masuk lagi dengan cerita korea full house yg meruntun jiwa awek2 yg cair dengan keromantikan cerita tu haha!

nak diingat ingat balik banyak kisah aku ngan tv dulu. zaman berebut2 chanel tv ngan adik beradik, mak. zaman ghairah bercerita dengan kawan2 kat sekolah bila tgok tv yang best ..zaman duk feeling2 kalau jadi heroin dalam cerita tu.tak pun jalan cerita cinta yang romantik yg macam telenovela yg dtengok tu haaha..zaman remaja kita orang diwarnai dgn cerita2 luar yg romantik. zaman skang plak zaman adam dan hawa, hingga hujung nyawa, vanilla coklat dan macam2 lagi. tapi sapa yg sezaman dengan aku tu mesti rindu dengan cerita2 ni semua. aku teringin bila aku dah berduit nant aku nak beli semua cerita ni hehe.




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...