Thursday 30 May 2013

tangguh


sebenarnya aku dalam dilemma, aku tak siap tesis aku.
 padahal esok dah kene hantar.
aku tanya boleh delay tak.
kene buat rayuan katanya.
kalau reason x valid, rayuan tak dilayan.
aku nak kata ape lagi
memang niat aku dah salah kot.
awal2 dah niat nak extend.
hah amik kau.
extend bukannya satu sem tapi satu tahun.
perghhh
ikut hati aku, aku sanggup.
tapi aku tahu aku dah kecewakan keluarga aku.

dalam keadaan mcm ni baru tahu nak seru nama Allah
tapi tikar sejadah aku buat tak tahu
sesungguhnya aku hamba yang sombong
padanlah Allah tunjuk kekuasaannya


bila aku jatuh cinta





tentang dia :
1. perkara pertama yang buat aku paling tertarik pasal dia ialah, dia seorang yang sangat nostalgik. dia sangat menghargai masa lalu dia, persahabatan dia dan segala memori yang terpahat dalam hidup dia. sungguh aku tak sangka lelaki yang sukar aku kenali ini sungguh indah persahabatannya. mengabadikan kenangan-kenangan yang belum luntur dalam memori dalam tulisan-tulisannya membuat aku terharu. aku penah kata persahabatan seorang lelaki dengan sahabat lelaki (bukan boyfren) itu sebenarnya sangat indah. dan aku dapat rasa dalam tulisannya.

2.kedua, dia seorang yang tidak berputus asa. sentiasa tabah dan gigih dalam hidupnya untuk menjadi lebih baik dari hari semalam. dari seorang budak lelaki yang biasa-biasa yang penuh warna-warni dunia kanak-kanak dia menjadi seorang lelaki yang merantau di tanah orang demi mencari ilmu yang lebih tinggi.
sungguh aku kagum dengan dirimu.

3.ape lagi yang membuat hati ini terjatuh kepadanya, dia pandai. ye dia seorang yang pandai  kalau tak pandai takdelah sampai belajar luar negara. bukan statusnya sebagai graduan luar negara yang aku pandang tapi kegigihan dirinya yang aku pandang. (tapi aku pemalas, mcm mana tu?)

4.dia suka kucing. lelaki yang aku pandang kerek pada mulanya tapi bila aku godeh fbnya banyak gambar kucing, okey..ada sesuatu dalam dirinya yang aku tak tahu dan aku ingin tahu.

5.dia jiwang. tengok movie romantik2 tak jiwang ke tu. mungkin tak seperti hero dalam filem. tapi aku tahu dalam hatinya ada taman. dan aku ingin berada dalam taman itu.

6.he loves movies. yess me too...

7.dia suka senyum. kira tak lekang di bibirlah..senyum itu sentiasa kuntumnya indah hingga aku terjatuh banyak kali.

8.dia gila. gila apa? gila kerja. sanggup stay ofis sampai larut malam semata-mata untuk pastikan kerja itu sempurna dan tiada cacat cela. si bijak pandai pernah berpesan kepadaku, kalau hendak berjaya dalam bidang ini anda perlu jadi gila, dan dia si gila itu ada dihadapanku. owh lupa dia pun berperangai gila2 juga.

9. (tambah lagi) suara die soft. aku akan cair kalau die cakap lembut2 . huuuu melttt....

namun begitu, tidaklah semua hal yang muluk-muluk sahaja ada pada dirinya. sebagai manusia biasa dia juga punya kelemahan.

1.dia tak kacak. bukanlah aku kata dia langsung tiada rupa, sebenarnya dia boleh digolongkan dalam lelaki-lelaki yang comel tapi kerana dia kuat study dan berfikir masalah dunia dia sudah tiada rambut (sebahagian besar) dan beruban kecomelannya agak tersorok. namun berjaya diatasi dengan sifatnya yang suka tersenyum. dan aku dapat rasa dia rendah diri dengan kelemahan fizikalnya itu.

2.dia bukan lelaki alim. bagi aku selagi lelaki itu mahu bersama-sama untuk memperbaiki diri aku masih mampu menerimanya. aku pun bukan baik sangat.

3.dia pendesak. bila dah kuat kerja, semua orang mahu disuruhnya buat cepat-cepat sampai semua orang tension.(aku pun sama).

4. dia suka ugut. kalau orang tak dengar cakap dia, dia akan ugut orang tu. (menyampah betul dengan sikap dia  ni)

5.kadang2 mulut tak ada insurans. saborr jelahh..

6.kedekut. hanya pemurah dengan orang-orang terpilih. mungkin juga boleh disebut pilih kasih.

7.dia tua 12 tahun dari aku.

benda yang okey aku pandang pada dia ada 8 yang tak okey ade 7. yang no. 7 tu aku boleh abaikan. kesimpulannya bolehlah aku suka dia kan. kelemahan-kelemahan tu semua boleh dibaiki. aku haraplah...


update terbaru: aku rasa cara dia senyum sama ngan aku. mata kami pun sepet bila senyum..ahhh kebetulan atau perasannn....


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...