Friday 19 June 2015

Panduan bela kucing


11.    Tengok dulu rumah ko tu kat kawasan mana. Kawasan rumah flat, rumah teres,rumah kondo, rumah kampong, rumah panjang?  Sesetengah kawasan perumahan tak bagi bela kucing. Kena faham diorang tak bagi bukan sebab kejam tapi sebab pentingkan keselesaan orang lain, bukan kita sorang je. Dah nama pun hidup bermasyarakat kan.

22.       Bela ikut kemampuan. Kalau mampu bela sekor dua je jangan gatal-gatal nak bela sampai 100 ekor pastu menggelabah tak tentu pasal bila dah tak dapat jaga and kawal diorang semua. Kalau dah tahu tak mampu, kucing lak betina cepat-cepat gi mandulkan, ni dah beranak pinak empat keturunan mulalah rasa terbeban pastu simply buang merata-rata. Yang ok sikit, post kat mana-mana mintak orang lain adopt.

33.       Jaga kebersihan. Part ni paling penting sekali. Ikut pengalaman aku la kan, seumur hidup aku Cuma pernah bela kucing kat kampong dan bela kucing dalam dorm university sekali. Bela kat kampong tu aku just lepaskan macam tu je, tak amek tau sangat pun mcm mana nak ajar dia berak. Masa kecik-kecik tu biasakan dia kat luar and tanah. Bagi die perati camner kucing besar  berak kat tanah. Kais sikit2 kaki dia kat tanah. Kalau bapak aku,dia baca mentera apa entah pastu amik lidi ukur kat ekor kucing pastu patahkan lidi tu ikut panjang ekor kucing, then lidi tu cucuk kat tanah. Tempat nak cucuk tu konon-konon itulah port jamban yang dia nak berak.

Masa bela kucing dalam dorm lak, aku just bagi tempat tidur ngan makan je, berak pandai2 ko sendiri hahaha. Aku akan cari die sekitar  foyer asrama aku tak kiralah siang ke malam ke then bawak masuk bilik tidur ngan aku sekali. Keje dia dalam biliktu tidur makan tidur makan jelah. Tapi petang-petang atau waktu aku ke kelas aku akan bawak die turun asrama. Nak ke tak nak ke kucing tu aku bawak je turun. Yelah kalau dari malam semalam bawak ke petang esoknya duk makan terlentang ngan aku bila masa ko nak berak. Kang tau2 pagi esoknya berbau je bilik aku huhu. Sebab waktu tulah aku bagi die peluang berak. Pandai2la ko cari rumput kat asrama tu hahaha. Nasib baik je kawasan asrama aku tu luas ada tanah banyak rumput. Bila malam sama ada aku cari dia atau dia pandai2 datang sendiri bilik aku hehe..pandaikan dia. Ohh bilik aku kat tingkat satu je hehe.

Eh eh tercerita pasal kucing aku lak, padahal nak bagi panduan. Owhh yer pasal kebersihan kan. Emm firstly, selalu-selalula buang taik kucing kau tu dari litter box. Kalau boleh, Nampak je terus buang jangan sampai dah berlonggok-longgok pun kau wat tak tau je. Pastu ko sanggup plak tengok kucing ko main2, baring2, tidur bagai kat litter box tu. Pastu malam-malam ko peluk cium die.Eeee yuckkksss!!  Idung kau dah kebal agaknya ngan bau taik kucing tu. Tapi ingat! Bukan kau sorang je yang akan terbau benda tu, ingat yer kita ni berkongsi udara yang sama. Jadi tolonglah faham sensitivity orang lain yang berjiran dengan kita ni. Jangan sampai diorang jadi tak selesa, bila dia tegur, kita tak boleh terima teguran dia, lama-lama saling membenci. Kan tak elok tu.

Pasir tu kalau boleh tukarlah kerap sikit kalau yang jenis tak berapa tahan tu. Pastu pastikan pengudaraan rumah kita ok. Contoh kalau dalam umah flat yang sentiasa bertutup pengudaraan kurang ko agak-agak udara taik kucing tu berkumpul kat mana. Kalau aku boleh pengsan kot duk umah macam tuuu.


Kalau duk buka pintu atau tingkap luas-luas lak mungkin ada udara yang tersebar kena kat jiran sebelah. Dibuatnya jiran sebelah tu ada anak kecik ke, orang yg sensitive ngan bau ke, orang tua ke, orang sakit ke, bukan ke kita dan beri ketidak selesaan kepada jiran. Sebabtu kene jaga betul2 bab kebersihan kucing ni, bukan setakat kucing, kita, tapi juga orang-orang berada di sekeliling kita. Litter box tu plak pandai2la letak kat tempat yang sesuai. Aku tak tau kat mana tempat yang paling strategic sekali kat rumah korang tu tapi aku tau tempat yg tak berapa sesuai contohnya kat pintu ruang tamu kau. Kau masuk2 melangkah kaki je sebelah tu ada litter box ngan taik bagai, cuba bayangkan ko tetamu rumah tu. Nak2 lagi hari raya, spoil giler dowh. Lagi satu, dekat tempat masak. Lainlah kalau kau tak kisah pasir tu terkena sayur-mayur atau daging2 yang korang nak masak dengan bau pasir tu semua.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...