Sunday 3 February 2013

Tentang Dhia





aku baru je habis tengok drama rantaian tv3 tentang dhia.orang dah berkurun lama abes tengok,  aku baru terhegeh2 nak tengok hehe...aku download semua 30 episod dan bantai sorang2 dalam bilik.konon nak simpan nak tenok kat umah last2 tgok dalam bilik kat kolej hehe..ok, secara keseluruhannya cerita ni best dan banyak pengajaran yang boleh kita ambil. 

Nur Qamardhia (Dhia) - Nora Danish

Mula2 aku nak cakap yang Nora Danish memanglah tersangat cantik dalam cerita ni.Lagi cantik dalam cerita  Bunian yang dia mula2 berlakon pakai tudung dulu. Dia berlakon pun bagus dengan pengahayatan sebagai seorang perempuan yang sering dicemburui dan dianiaya sehingga perjalanan hidupnya begitu berliku2 untuk mengecapi kebahagiaan. aku pun jeles macam manalah die boleh berlakon dan mengalirkan mata yang natural bila part2 yg sedih tu. memang menjadi habis lakonan  die. pengajaran dari watak Dhia ni seorang yang cantik dan memiliki keimanan yg kuat sememangnya akan diuji dengan lebih kuat lagi oleh Allah untuk meletakkan hambanya di tempat yg lebih tinggi lagi.diuji dgn ujian bertimpa2 bukanlah alasan utk kita berpaling dr Tuhan, kerana Allah tlah menyiadakan tempat yg lebih baik di sana berbanding di dunia. Cinta yang disulam bertahun-tahun (dgn Azmi) sesungguhnya tidak menjanjikan dialah jodoh kita walaupun kita merasakan dialah yg terbaik untuk kita. Bersabar dgn org2 yg sentiasa menguji kita, Melly, mak mertua, adik ipar yang jahat. Allah menguji kita di dunia dan jika kita redha dan bersabar itulah bekalan kita diakhirat, akhirnya Allah ambil nyawa kita kerana ada tempat yg lebih baik telah Allah sediakan.

Azmi - Ako Mustapha

Cinta pertama Dhia. Nak kahwin dengan Dhia tapi kene tangkap basah dengan Melly sampai kene kahwin dengan Melly. Time dah nak akad nikah kene serang dengan Melly cakap die mengandung. Pastu kene hukum penjara sebab Melly masukkan dadah dalam beg die. Perghhh ape punya dugaan pun aku tak taula.Cuba kau letakkan diri kau kat tempat die. Kalau aku memang cari parang nak pancung si Melly ni. Tapi Azmi sikitpun tak cuba membalas  perbuatan Melly walaupun hatinya menderita dan hidupnya musnah dgn perbuatan Melly.Dia sentiasa bersabar dan menerima  dugaan ini sebagai takdir hidup die.Azmi tak menyalahkan orang2 kampung yang memulaukannya dan hanya bersabar.Mula2 aku rasa dielah watak yg paling kesian sebab nasibnya tak pernah baik, asik ditimpa musibah.Bukan musibah tapi ujian sebenarnya.Kesabaran dan keimanan Azmi dalam hidupnya terbalas apabila En.Mahfiz memberikannya rumah dan perkerjaan.Yang lebih penting hatinya terbuka untuk berkahwin dengan Melly yg telah diceraikan dulu w/pun Mellylah yang paling menyebabkan hidupnya kucar-kacir dahulu. Cuba kau bayangkan, org yg dah musnahkan hidup kau sampai masuk penjara sikit lagi nak kene gantung, kekasih kau kahwin ngan org lain, dan atuk kau meninggal kau masih sanggup lagi nak kahwin dengan dia? Allah itu maha berkuasa. Watak Azmi menunjukkan dia seorang hamba yg mampu menerima segala yg telah terjadi dalam hidupnya dan tidak pernah berdendam malah cuba membetulkannya dengan org yg pernah berbuat jahat dengannya.

Mellyna Abd Samad (Melly) - Izreen Azminda

Lakonan Izreen memang best, jahat tapi selalu wat aku ketawa.kenang sampai bila2 kot lakonan Izreen sebagai Melly ni.Watak yg jahat, sentiasa ada cara untuk memusnahkan org lain dan tidak pernah menghargai kesempatan dan peluang yang ada dalam hidupnya.Perangkap Azmi smpai kahwin dgn dia, penjarakan Azmi, dan yang paling jahat Juli dan mak die kene bunuh sebab tak bayar duit dadah yang dia ambil. Gila kau.Dua nyawa yang tak bersalah melayang disebabkan kau.Ape kau rasa? Dalam citer ni Melly memang tak rasa ape2lah.Pastu die lari gi Kl dan menyorok.Ada makcik jiran sebelah die tolong bagi nasi hari2 n bantu hidup die sampailah die kene bedah nak beranak kat hospital.kalau mak cik tu tak jumpa die pengsan kat umah memang dah matilah si Melly ni.tapi Melly ni memang tak reti bersyukur, die layan mak angkat die tu macam sampah bila die dah sihat.Pastu sikit lagi nak kene bunuh ngan geng dadah die tapi terlepas n excident koma 5 tahun.Sedar pastu jadi baik kahwin ngan Azmi hidup bahagia dgn anak die Mellisa.Bagi aku watak dialah watak yang paling beruntung sekali.Dia jahat tapi dia sentiasa terlepas dan diselamatkan.Allah panjangkan nyawa dia sebab Allah nak die bertaubat tp die tak hargai bila dia dah dapat kahwin ngan Azmi n mak angkat die banyak bantu die masa mengandung dulu.Allah bg kesempatan terakhir dgn eksiden tp bg die koma. Alhamdulillah die bertaubat.siap dpt kahwin dgn Azmi lagi.Allah itu amat menyayangi hamba2nya walaupun hambanya ingkar kepadanya.Allah itu maha pengampun dengan sentiasa memberikan peluang supaya kita bertaubat. Orang yg berbuat jahat tidak semestinya jahat selamanya dan masih ada waktu untuk kembali ke pangkal jalan.

Raffi - Irfan Roslan

Pun watak yang kesian hehe. Cintanya ditolak Dhia dan tidak dapat melupakannya sampai bila2. Melly pula mengandungkan anaknya walaupun dia meragui asalnya.sentiasa cuba untuk membahagiakan Dhia walaupun bukan dirinya yang disamping Dhia. mungkin inilah cinta yang betul2 ikhlas dan sentiasa inginkan org yg kita cintai bahagia walaupun bukan dgn kita. yang paling buat aku terharu, Raffi sanggup membantu mengupah peguam untuk membebaskan Azmi dan menjaga nenek Azmi walaupun diantara mereka tiada hubungan yang rapat.Hanya berdasarkan sejarah yang tercipta disebabkan Dhia dan Melly.Dia juga sanggup menjaga Mellisa, anak Melly kemudian menyerahkan semula kepada Melly setelah 5 tahun.Betullah , persahabatan dan keikhlasan itu bukan sesuatu yang mudah dicipta dan Allah mengizinkannya dengan berbagai cara termasuklah dengan kepahitan zaman silam. Bagi aku watak Raffi juga seorang yang pemaaf dan ikhlas. Jangan kita sangka orang yg kita musuhi suatu ketika dahulu tidak mungkin menjadi orang yang dekat dalam hidup dan hati kita. Sesungguhnya kita tidak mengetahui apa yang akan terjadi pada masa hadapan. Raffi pernah berbuat salah dengan tidur dengan Melly dan salah itu banyak ditebus dengan kebaikan2 yang dilakukannya.

aku rasa inilah watak yang paling kuat dan paling banyak pengajaran yang boleh diambil.aku xnak ulas watak Zikir (Adi Putra) kerana bagi aku wtak dia biasa2 sahaja.bagi aku poster cerita ni lagi sesuai dengan gambar Dhia, Zikir, Melly, Azmi dan Raffi. kerana watak ni mempunyai kaitan yg kuat. memangla Rose (Tasha Syilla) tu pengacau, tapi takde eye contact dengan Dhia. musuh sebenar dlm crta ni mak Zikir yang duk main bomoh2kan Dhia ngan Zikir.Last2 Zikir pun mati sekali padan muka.Masa episod last tu, Mak Zikir ade cakap kat nenek Zikir yang dulu nenek Zikir main bomoh2kan atuk Zikir apesal boley plak? napa nenek Zikir nak marah2 bila mak Zikir bomohkan Dhia? ha tengok tu...pengajarannya mainlah bomoh macam mana sekalipun perbuatan tu akan kembali kepada kita.Dan nyawa orang yg kita sayang menjadi mangsa.See ini semua karma diatas perbuatan kita.Tak mustahil Zetty, adik Zikir akan ikut pulak perbuatan mak Zikir. Aku rase kalau tak sebab Zetty duk hasut mak Zikir supaya benci Dhia n nak jadikan Rose tu menantu mesti tak jadi macam ni.sebab masa mula2 tu mak Zikir takdelah benci sangat kat Dhia.kira Zettylah punca segala-galanya..hmm itulah sedikit sebanyak input yg aku dpt dlm cerita ni.lagi satu, kalau ade org buat jahat kat kita, lagi2 kene sihir kita tak boley diam je and kene buat sesuatu.kene buat sesuatu tu bukanlah buat jahat balik kat die, tapi berusaha utk berubat dan melawan dengan cara yg betul walaupun ade yang terjejas, namun itu lebih baik kerana pertahankan harga diri dan maruah kita.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...