Tuesday 13 January 2015

perkara yang aku tak sangka terjadi dalam hidup aku




1. jatuh cinta dengan lelaki yg tak memandang aku dan menyimpan perasaan selama bertahun-tahun
   
     ya, sangat novel kalau baca. tapi itulah yang terjadi kepada aku. jatuh cinta dengan lelaki botak, pendek, dan cerewet. akulah perempuan gila yang jatuh dengannya. apa yang lagi best disebabkan sudah tidak tahan menahan perasaan yang telah beberapa tahun kuoendam ini, pada suatu malam aku telah berterus terang dengannya melalui facebook. aku telah mencurahkan segala-galanya. dari a sampai z. bagaimana, bila, dan mengapa aku mencintainya. balasannya, dia unfreind aku tanpa sepatah kata balasan mesej yang aku berikan kat facebook. dan aku percaya sebahagian mesej tidak dibaca dan dibuang begitu sahaja. itu semua sudah cukup untuk meranapkan hati dan perasaan aku. dalam masa seminggu aku lost gila. aku membuat keputusan mengunfreind sebahagian besar kawan-kawan aku yg mutual freind dengan dia. sebabnya, aku takut aku tak kuat kalau terpandang status atau gambar berkaitan dia. setelah beberapa ketika aku ingat aku boleh lupakan dia dan cuba membuka hati aku dekat lelaki lain. tapi aku salah, setiap kali aku cuba berkawan dengan orang lain, bayang-bayang dia tetap ada. mimpi-mimpi aku tetap ada kehadirannya. dan impian-impian aku tetap ada dirinya. akulah sang pemimpi yang terpernah berhenti berharap kepadamu.




2. cinta itu memang pelik, ada masa kita perlu waktu untuk jatuh cinta, tapi ada ketika kita cuma perlu ada kau dan aku untuk larut dalam lautan kasih

    tidak lama kemudian aku berkenalan dengan seseorang. cerita cliche, berkenalan melalui facebook. dia add aku selepas aku aktif komen status2 dalam sebuah grup kat fb. lepas tu start berani komen and mesej kat fb. lepas tu kat wechat kitorang start rapat dan mesra. tak mengambil masa yang lama dalam seminggu dua panggilan sayang mula terbit dari kata, sungguh aku katakan itulah saat yang paling indah dalam kehidupan aku dan orang lain yang mula rasa perasaan sayang itu ada walau tidak pernah bersua. peliknya cinta. dalam seketika aku hanyut dalam keindahan perasaan ini. hinggalah dalam perlahan-lahan si dia mula merasakan ini semua tidak patut terjadi. sekali lag aku hilang arah. hati.. banyak dugaan kau rupanya. aku pujuk diri aku, dan perasaan itu lama semakin redha dengan apa yang terjadi. sesuatu yang aku syukuri dia tidak terus menghilang, masih menghubungi aku sekali sekala disaat dirinya kesusahan. aku tidak kisah, sekurang-kurangnya aku tahu dia masih ada, kerana si dia menghidap kanser peringkat pertama.



3. mencintai dua lelaki dan sukar melupakannya

    daripada berusaha untuk melupakan lelaki pertama, kini bertukar mencintai dua lelaki dan bagaimana aku harus melupakannya kerana kasihnya begitu sukar untuk aku miliki. oh begini rupanya perasaan ini, mencintai dua lelaki. ya, perkenalan lelaki kedua memang singkat dan kasihnya juga tidak begitu lama, tapi yang tertinggal di hati ini tak mungkin mudah dicabut. perkenalan dengan lelaki kedua betul-betul membawa makna kepada aku. makna tentang kehidupan, pengorbanan, kesenangan dan kesusahan, lelaki pertama, aku yakin cerita aku dan kamu masih belum tamat, masih ada yang belum terungkap. dalam kelam malam, aku masih memanjat impian untuk bersamamu, walau tak pasti suka atau duka. lelaki kedua, kehadiranmu amat bermakna walau seketika. terima kasih kerana memberi aku peluang rasa kasih mengasihi itu.






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...