Saturday 6 April 2013

benda benda yg selalu ilang : budak2 asrama

masa sekolah dulu aku duduk asrama. saje nak test macam mana duk asrama. aku masuk sekolah teknik, maksudnya masuk masa naik tingkatan empat. masa tingkatan satu dulu mak beria-ia nak duduk asrama tapi aku tak nak, tapi bila form 4 gatal nak masuk sekolah asrama pulak walau pun time tu mak aku tak berapa setuju. yelah sekolah teknik, pada pandangan mak mungkin sekolah untuk student yg dapat keputusan pmr macam nak lingkup, so masuk sekolah teknik/voka untuk belajar kemahiran. aku ambik kursus pengurusan makanan, tapi satu resepi pun aku tak penah hafal. kat umah pun jarang masak hahaha. sapa yang pernah duduk sekolah asrama ni tahu-tahu sajalah bagaimana kehidupannya di sana. kena urus diri-sendiri , kene struggle dengan warden, senior, peraturan yg merepek, prep, dan study. kalau duk asrama biasa kot pelajar2 asik ilang barang.biasalah duk ramai2 time tu pula baru nak belajar hidup sendiri, so perkara2 ilang barang ni lumrah.

stoking. nampak macam simple je kan nak jaga benda ni. tapi kalau dah hidup 14 orang dalam satu bilik, dengan stoking yang lebih kurang serupa semuanya memang mencabar jugaklah. lepas balik sekolah, bukak stoking sumbat dalam kasut letak kat rak kasut.  pastu adalah satu dua helai yang letak kat tepi2 rak kasut. difollow oleh bberapa orang lagi letak kat tepi2 je. bila dah banyak2,  masuk hari jumaat stokin pun bersepah2, dalam bilik pon ada. bila hari ahad, time gotong royong kemas dorm masing2 tanya sapa punya stokin kalau takda sapa mengaku penyelesainnya stoking tu akan dibuang. bukannya x ada orang mengaku cuma time org tu tanya, tuannya tidak ada. ada tu diorang tak tanya pun, main buang je. aku rasa setiap kali outing aku akan beli stoking baru haha.

susah betul aku nak cari gambar anak tudung macam ni kat gugel. sebelum kdtangan anak2 tudung moden mcm sekarang, aku rasa most of student pompuan mesti akan pakai anak tudung atau skaf ni gi sekolah.ada sekolah yang cuma benarkan skaf wana putih, wana hitam dilarang. ada sekolah yg x kisah. masa sekolah asrama tu skaf wana hitam dibenarkan. adalah sangat cool aku rasakan macam tu. hehe..ni pun kes letak sepah2 confirm akan hilang, tertukar atau dirembat time sidai baju. time outing aku pun selalu beli skaf ni.


hanger. masa mula2 masuk asrama rasanya satu bundle besar dibawa masuk. masuk sebulan dua dalam asram dah tinggal separuh. lama sikit dh tinggal suku. bila tak cukup hanger nak gantung baju, pakai je sapa2 punya yang ada.haha..kita orang semua macam tu. dah redha kalau hanger hilang pastu pakai orang punya. mula2 dulu hanger kita satu kaler je tak pun satu patern je, lama2 dah macam2 kaler macam2 bentuk macam2 saiz macam2 jenis. hahaha...tempat paling best nak rembat hanger2 ni ialah, tempat sidai kain. agak2 ditinggal macam tak dipedulikan hanger tersebut akan diambil. tak pun kutip hanger2 yg berterabur kat tanah yang berselut2 dengan tanah ngan lecak. cuci, jadi hak milik. locker pun penuh ngan hanger. masalah setel.

jangan korang ingat tak de orang nak rembat kau punya underwear. lagi2 underwear yang mahal2 berenda2 gituee. kawan aku penah mengadu kot, underwear dia hilang, sedih gila sebab dia baru beli.ingat underwear ni seposen dua posen je ke. untuk keselesaan dan nak pakai lama haruslah yang berpatutan sikit. klau kes tertukar2 ni agak janggal jugaklah rasanyakan, tapi tak mustahil juga. biasanya berlaku bila sidai banyak2 kat ampai orang tolak2 atau alih kedudukan hanger kita sampai jatuh. bila nak ambil tak jumpa. tak pun budak2 dorm yg  tinggal kan underwear dalam bilik atau tempat yg tidak sepatutnya pengawas asrama akan rampas atau ganas sikit, campak ke bawah. kalau time tu musim hujan and tanah lecak, masa tu memang best. yg budak2 ni pun malas ambik. ada satu bilik tu, dikumpul semua baju2 yg dirampas atau dibiar sepah, tak macam penuh segala jenis mak nenek dalam bilik tu. nak ambik balik pun tak sanggup sebab dah buruk. tp kalau terdesak stok underwear habis, ade jer yg sanggup ambik kat bilik tu haha..

brooch tudung. masa kat asrama dulu kita orang takley pakai brooch kat tudung yg dipin kat bawah dagu tu. katanya dikira barang perhiasan. merepek punya alasan. tapi time2 lain kenelah jugak pakai kan. masa duduk kat u sekarang ni pun stok brooch baru akan sentiasa dipastikan ada haha.

bila dah rasa duk asrama, aku tau jugakla macam mana nak urus diri kat u ni. hanger aku masih banyak lagi, penyepit baju pun baru 1 je ilang. stoking, skaf ada jugakla yang entah ke mana, tapi masih terkawal lagi. brooch sntiasa ada stok. benda2 lain pandai2la jaga sendiri. kalau nak diikutkan ni semuanya adalah disiplin dan atitud diri sendiri. kalau pandai jaga barang jaga diri kehidupan anda inshaallah baik2 sahaja. semua pengalaman dulu2 banyak mendewasakan kita dan mengajar kita untuk menjadi lebih baik untuk hari ini. kalau ada adik2 atau anak2 yg baru start nak urus diri, form 1 contohnya banyak2lah bagi bimbingan jangan tau marah kalau mereka mengadu itu ini. biasalah fikiran pun masih bdak2 masa tu. yg penting pengalaman mematangkan fikiran. ok bye.

# aku selalu ilang botol air bila dah kat universiti. fed up. aku pakai botol mineral je.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...