Saturday 2 March 2013

stress, makan, dan derma darah



1. okey, sememangnya aku rasa tertekan kerana perlu menjadi seorang pengurus kepada sebuah team yang bertanding baru-baru ni.aku langsung takde pengalaman atau kepandaian dalam bab2 mengurus ni.urus diri sendiri pun tak betul ini kan pulak nak urus sebuah kumpulan.mula2 aku jadi penolong pengurus je, tapi pengurus yang sebenar telah pun terbang ke bumi kangaroo kerana pertukaran pelajar.so, secara otomatiknya akulah yang mengtake over group ni.awal2 lagi aku dah stress, kerana ahli yang sepatutnya menyertai pasukan makin lama makin cabut lari.pastu time latihan yang diperuntukkan sewaktu cuti semester ramai yang tak dapat hadir.dan berganda2 stress bila ahli tak cukup, and gerak kerja menjadi lambat.aku yang tak tau apa2 pasal kolej dan bab2 kewangan ni pon turut blur.secara tidak langsung masalah kewangan timbul sewaktu persiapan pertandingan semakin dekat.nasib baiklah aku dibantu junior2 yang cool dan banyak membantu aku.aku ni senior tak guna je taktau apa2 huhu...menjadi seorang pengurus ni kau kena banyak berurusan dengan orang, dan perlu tahu bagaimana melancarkan perjalanan kumpulan kau.kalau banyak kenalan dan mudah berurusan dengan orang dengan tidak langsungnya kerja kau akan jadi lebih mudah.aku? semua tu takde dalam diri aku.tapi takpelah ni semua cabaran untuk aku.lagipun ni dah sem last.kenangan untuk aku simpan.pasni memang taklah aku nak handle apa2 team.diri aku pun tak terurus bilik pon dah cam longkang pecah.kalau ada lelaki yang mencari calon isteri haruslah aku orang pertama yang direject huhu.

2.okey sekarang kat kolej aku sedang berlangsungnya rumah terbuka dengan pelbagai aktiviti sedang dijalankan.benda wajib yang ada ialah gerai2 jualan.gerai jualan ni banyaknya makanan.takkan baju bundle kot.takkan nak beli baju hari2.okey secara jujurnya dalam masa dua tiga hari ni aku asik makan tak berenti berenti.kira lepas tension kot bila team aku dah lepas dendam.nak lagi best duit ptptn dah masuk.hahaha.ade satu hari tu ntah berapa gelas air aku beli satu hari.haus satu hal,panas satu hal.kalau macam ni hari2 mendadak tinggilah kandungan gula dalam darah aku.jangan kena kencing manis sudah.esok aku nak beli ayam goreng abang bob.aku tak kira.esok hari last gerai2 tu bukak.

3.dua hari lepas jugak aku ada derma darah.memang excited bila budak roomate ajak.ini bukanlah kali pertama aku derma darah.dua tahun lepas aku dah pernah derma darah.cuma tahun lepas aku frust gila tak dapat derma sebab masa nurse tu check blood pressure aku rendah.kiranya kalau aku derma darah jugak, tak baik untuk kesihatan aku. sedih kot, aku dah ready bangun awal2 pagi pegi makan nasi untuk derma darah pastu bila check tak dapat.tapi nasib baik kali ni blood pressure aku ok je.walau pun pada mulanya aku rasa cuak sebab aku rasa pening2 sikit.maybe masih tak cukup tidur and stress tak hilang lagi lepas urus team masa pertandingan.darah aku diambil 300ml je tapi budak roomate 450ml.budak roomate kata darah dia jenis O, darah pemurah.semua darah boleh guna darah dia.lepas dah derma darah, kita orang sebenarnya tak sabar2 nak minum milo yg nurse tu buatkan.sebab rasanya lebih kurang cam milo dr van sekolah dulu.nak tau jugak macam mana nurse tu buat.hospital bg milo ngan kek coklat pastu kolej pulak bagi sijil, air kotak milo, roti, biskut, coklat cadburry 2 keping, ngan air masak.sapa yang pening2 dibagi 100plus.mewah kan.aku ngan budak roomate siap wat lawak patut bawak plastik tadi haha.apa2 pun memang best budak2 kolej ni semangat nak derma darah sampai doktor tu cakap sampai 200 orang je, sebab barang2 dia dah tak cukup.apela doktor lain kali bawakla banyak2 hehe.

# gambar kat atas tu, barang2 makanan yg aku dapat and beli.coklat cadburry, air milo, kek coklat, air masak tu semua aku dah tibai.roti die aku makan sikit je,tak sedap.roti murah la katakan. char kuey teow yg aku beli tu x marvelous, banyak minyak.esok nak beli ayam abg bob, kalau tembolok aku besar lagi aku nak makan char kuey teow yg lain plak. ehhh jap, esok bukan aku nak gi kinokuniya ke??


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...