hari ni dan esok aku buat kerja gila
doakan aku berjaya
esok, kalau semua dah okey aku bagitau korang
yeargggghhhhhhhhhhhhhhh
chaiyokkkkkkkk
#petang2 mcm ni lak ada fogging. huh
Tuesday, 18 June 2013
Thursday, 13 June 2013
mimpi saya
1. malam tadi mimpi naik roket ngan roomate. roket dah nak terhimpit planet mana ntah pastu nak terhempas ke bumi. dah siap mengucap banyak2. tapi roomate bangun tengok2 tak jadi terhempas. planet tu pun dah jauh. alhamdulillah.
2. mimpi bawak kapal kena handle dengan benang yang dipegang ngan jari. ish nak explain pun susah. anggap je la mimpi ni memang merepek. benang tu kat bawah kapal tau. kat bawah benang tu ada robot2 besar mcm dlm tranformers yg disimpan dalam laut. kiranya benang tu menarik robot dr laut. benang tu dipegang oleh aku hehe. oohh kat sinila kau simpan robot tu ye. kata hati aku dalam mimpi. wlaupun agak gusar benang tu akan putus, yelah benang je kott tapi benang tu kuat.
3. mimpi gi jepun. makan sama2 ngan pekerja kilang jepun. nak tau apa yg diorang makan. diorang makan dlm satu kumpulan atas meja makan. kat situ ada satu bekas makanan untuk isi sisa-sisa makanan diorang. nanti org pungut sampah terus je amik bekas makanan tu.
4. kat jepun tu ada nenek yg cam bomoh tp melayu siap ada tulisan2 jawi kat tempat die tu. aku tengok die je. takut ah dia nak calit2 aku nanti.
5. ade exam ngan kengkawanla, kene kejar ngan org jahatla, ada mak sibuk siapkan makanan utk org yg dtg umahla.ade hantu kene lawan hantu haha apa2 jelah...mimpi tang roket tu memang xley lupa haha..
Sunday, 9 June 2013
pencapaian hari ni
hari ni aku kemas bilik
aku lipat baju dalam almari yang aku rasa ada la dlam 2-3 minggu x berlipat
aku basuh bekas makanan yg dah kering ngan sisa makanan yg ntah sejak bile
aku basuh cawan isi oat bau ubat cina yg dah basi bau cam gampang sampai jiran sebelah suh aku alihkan
aku basuh baju yang dah berlonggok
aku tukar cadar katil yang dah berdebu2
aku kemas meja stdy yang dah rupa meja makan plus sinki plus rak buku
aku sapu sampah yang ntah ape2 kat bawah meja
aku jumpa duit syiling seposen lima keping kat bawah katil duit singgit 3 keping dalam sluar
aku susun kasut depan pintu yg berterabur
budak2 yg satu floor mesti aneh melihat pemandangan itu
hari ni aku online internet kat depan dewan hostel
wifi kat blok aku mcm babi
aku patut buat asgment tapi gi baca blog dulu
#tesis dah siap tapi xde footnote.owh ya aku kene denda rm180 sebab x pulang buku library dan dikategorikan hilang. mcm *&%$. dan aku masih xbuat dua lagi asgment. doakan aku tabah.
Friday, 7 June 2013
ajak
wow perkara menakjubkan yang aku buat hari ni ialah mengajak si dia keluar.
bukannya dating atau dinner pun, just pergi ke satu event show kat midvalley
tapi dia tolak dengan alasan x sempat
aku pun xpaham x sempat ape
x may lebih2 aku cakap xpe next time aku ajak die lagi
wahhhh pencapaian yang hebat buat diri aku
hahahaha
perghhh keberanian semakin meningkat
teruskan teruskan chaiyok chaiyokkkk
#tesistaksiaplagi
Thursday, 30 May 2013
tangguh
sebenarnya aku dalam dilemma, aku tak siap tesis aku.
padahal esok dah kene hantar.
aku tanya boleh delay tak.
kene buat rayuan katanya.
kalau reason x valid, rayuan tak dilayan.
aku nak kata ape lagi
memang niat aku dah salah kot.
awal2 dah niat nak extend.
hah amik kau.
extend bukannya satu sem tapi satu tahun.
perghhh
ikut hati aku, aku sanggup.
tapi aku tahu aku dah kecewakan keluarga aku.
dalam keadaan mcm ni baru tahu nak seru nama Allah
tapi tikar sejadah aku buat tak tahu
sesungguhnya aku hamba yang sombong
padanlah Allah tunjuk kekuasaannya
bila aku jatuh cinta
tentang dia :
1. perkara pertama yang buat aku paling tertarik pasal dia ialah, dia seorang yang sangat nostalgik. dia sangat menghargai masa lalu dia, persahabatan dia dan segala memori yang terpahat dalam hidup dia. sungguh aku tak sangka lelaki yang sukar aku kenali ini sungguh indah persahabatannya. mengabadikan kenangan-kenangan yang belum luntur dalam memori dalam tulisan-tulisannya membuat aku terharu. aku penah kata persahabatan seorang lelaki dengan sahabat lelaki (bukan boyfren) itu sebenarnya sangat indah. dan aku dapat rasa dalam tulisannya.
2.kedua, dia seorang yang tidak berputus asa. sentiasa tabah dan gigih dalam hidupnya untuk menjadi lebih baik dari hari semalam. dari seorang budak lelaki yang biasa-biasa yang penuh warna-warni dunia kanak-kanak dia menjadi seorang lelaki yang merantau di tanah orang demi mencari ilmu yang lebih tinggi.
sungguh aku kagum dengan dirimu.
3.ape lagi yang membuat hati ini terjatuh kepadanya, dia pandai. ye dia seorang yang pandai kalau tak pandai takdelah sampai belajar luar negara. bukan statusnya sebagai graduan luar negara yang aku pandang tapi kegigihan dirinya yang aku pandang. (tapi aku pemalas, mcm mana tu?)
4.dia suka kucing. lelaki yang aku pandang kerek pada mulanya tapi bila aku godeh fbnya banyak gambar kucing, okey..ada sesuatu dalam dirinya yang aku tak tahu dan aku ingin tahu.
5.dia jiwang. tengok movie romantik2 tak jiwang ke tu. mungkin tak seperti hero dalam filem. tapi aku tahu dalam hatinya ada taman. dan aku ingin berada dalam taman itu.
6.he loves movies. yess me too...
7.dia suka senyum. kira tak lekang di bibirlah..senyum itu sentiasa kuntumnya indah hingga aku terjatuh banyak kali.
8.dia gila. gila apa? gila kerja. sanggup stay ofis sampai larut malam semata-mata untuk pastikan kerja itu sempurna dan tiada cacat cela. si bijak pandai pernah berpesan kepadaku, kalau hendak berjaya dalam bidang ini anda perlu jadi gila, dan dia si gila itu ada dihadapanku. owh lupa dia pun berperangai gila2 juga.
9. (tambah lagi) suara die soft. aku akan cair kalau die cakap lembut2 . huuuu melttt....
namun begitu, tidaklah semua hal yang muluk-muluk sahaja ada pada dirinya. sebagai manusia biasa dia juga punya kelemahan.
1.dia tak kacak. bukanlah aku kata dia langsung tiada rupa, sebenarnya dia boleh digolongkan dalam lelaki-lelaki yang comel tapi kerana dia kuat study dan berfikir masalah dunia dia sudah tiada rambut (sebahagian besar) dan beruban kecomelannya agak tersorok. namun berjaya diatasi dengan sifatnya yang suka tersenyum. dan aku dapat rasa dia rendah diri dengan kelemahan fizikalnya itu.
2.dia bukan lelaki alim. bagi aku selagi lelaki itu mahu bersama-sama untuk memperbaiki diri aku masih mampu menerimanya. aku pun bukan baik sangat.
3.dia pendesak. bila dah kuat kerja, semua orang mahu disuruhnya buat cepat-cepat sampai semua orang tension.(aku pun sama).
4. dia suka ugut. kalau orang tak dengar cakap dia, dia akan ugut orang tu. (menyampah betul dengan sikap dia ni)
5.kadang2 mulut tak ada insurans. saborr jelahh..
6.kedekut. hanya pemurah dengan orang-orang terpilih. mungkin juga boleh disebut pilih kasih.
7.dia tua 12 tahun dari aku.
benda yang okey aku pandang pada dia ada 8 yang tak okey ade 7. yang no. 7 tu aku boleh abaikan. kesimpulannya bolehlah aku suka dia kan. kelemahan-kelemahan tu semua boleh dibaiki. aku haraplah...
update terbaru: aku rasa cara dia senyum sama ngan aku. mata kami pun sepet bila senyum..ahhh kebetulan atau perasannn....
Monday, 8 April 2013
anugerah bintang popular 2012: keputusan dan apa yang aku nampak
1. stopla wat stage yang crowds terkinja2 kat tengah stage tu. dah mcam apa aku tengok.
2. cawat seluar fida tu tak macam ketat plak kan.
3.baju biru farra yang ada corak geometri tu cantik tapi aku rasa farra kene kempiskan perut sikit.
4. sweet johan bawak family dia atas pentas.
5. baju yg dipakai didie tu agak mengganggu time jalan nak amek award.
6. sweet friendship bila didie bawak enot naik pentas amek award.
7. taktau nak cakap apa bila neelofa dengan anzalna bergandingan sampaikan anugerah.rasa awkward, janggal.
8. dah agak malique takkan datang utk naik pentas dan amek anugerah.
9. pelik juga napa datuk aznil xada untuk amek award.
10. persembahan artis2 perempuan yg konon2nya macam wondergirls tu menarik tapi nyanyian macam kelaut. harapkan suara adira ngan asmidar je ok. diorang tu punyala lawa2 atas stage, tapi backgroundnya gelap. tak nampak artis2 yg nyanyi tu. lagi2 si nabila tu dahla gelap pakai pulak baju hitam.memang nampak adira yang putih melepak tu jelah.
11. David Teo senyum lebar artis MIG dia menang, wawa zainal.
12. agak sinis jugak bila Tasha shila cakap artis2 yg tercalon dalam kategori pengacara tv wanita popular jangan ada yg resah gelisah sebab pemenangnya fara fauzana. kau agak2 sapa yg terkena.
13. gempak bila nabila huda menang. walau pun dia banyak kontroversi tapi lakonan dia mantap.
14. persembahan amir ukays, zarul umbrella (hensem kot!!!) bagio damasutra, ngan sorang lagi tak ingat memang terbaik!
15. okey, idea letakkan lirik kat skrin memang best.
16. kain yana samsudin tersangkut kat ats pentas masa nak amik award.
17. johan raja lawak tiru parody shae yg femes kat utube. sengal!!! hahaha
18. persembahan ainan tasneem not bad.
19. skirt liawanis boleh tahan pendek, pastu terbelah kat tengah.
20. kenapa aku dengar sleeq nyanyi sengau?
21. najwa latip setia dengan gaya tudungnya. (bagus)
22. baru perasan siti nurhaliza xde wat persembahan.
23. neelofa sila cuba lagi.
keputusan
1. artis baru lelaki baru popular - aiman hakim redza
2. artis komedi wanita popular - didie alias
3. watak jahat dalam filem/drama popular (online) - sofi jikan
4. artis berkumpulan/duo popular - black/malique
5.pengacara tv lelaki popular - datuk aznil hj nawawi
6. penyampai radio wanita popular - fara fauzana
7. gandingan layar serasi (online) - johan/zizan
8. pelakon tv lelaki popular - aaron aziz
9. artis baru wanita popular - wawa zainal
10. pengacara tv wanita popular - fara fauzana
11. watak animasi tempatan popular (online) - upin&ipin
12. penyampai radio lelaki popular - faizal ismail
13. pelakon tv wanita popular - nabila huda
14. artis komedi lelaki popular - zizan razak
15. artis berpengaruh di laman media sosial (online) - zizan razak
16. penyanyi wanita popular - shila amzah
17. pelakon filem lelaki popular - shaheizy sam
18. anugerah pencapaian sepanjang hayat - search
19. artis lelaki stylo (online) - zizan razak
20. artis wanita stylo (online) - melissa francis
21. penyanyi lelaki popular - hafiz
22. pelakon filem wanita popular - yana samsudin
23. artis asia paling popular - zizan razak
24. anugerah bintang popular (79 656 undian) - shaheisy sam
# 25. artis paling menang banyak anugerah (5) - zizan razak
Subscribe to:
Posts (Atom)



