Ye,
masuk kali ni dah 2 kali aku tukar-tukar kerja. Maklumlah masih belum dapat
kerja tetap. Kerja pertama aku pada bulan mac hari tu kat selatan tanah air.
Waktu tu aku dah tak kira dah selatan tanah air ke utara tanah air ke sebab aku
betul-betul dah boring duk umah. Aku bulatkan hati apa nak jadi jadilah, walau
pun aku tak tau kat mana nak duduk macam mana aku nak pegi keje, tu semua aku
tak tahu. Yang aku tau aku kene balik kampung aku kat johor. Keje yang aku
pulak tu kat jb. Jb tu walaupun banyak sedara mara aku kat sana, jb tu
merupakan suatu tempat yang asing bagi aku. Jalan kat jb? Mampos aku tak tau
langsung. Yang aku tau kalau ada apa-apa gi umah mak cik pakcik aku pastu
balik. Tak adanya nak ronda-ronda jb tu. Yang aku ingat, aku penah gi angsana
ngan danga bay sekali masa aku tingkatan empat. Itupun cikgu sekolah bawak
pastu dapat anugerah dorm terbersih hahaha
Masa
org tu call aku suh datang keje, terus pack barang esoknya and balik. Tak piker
apa lagi dah. Yang mak pulak punya kalut aku dapat keje kat jb. Yelah nak
tinggal mana naik apa. Walau aku duk johor tp jb tu jauh bg kitorang. Aku pulak
rilek2 je. Mak aku call pakcik aku kata nak tumpangkan aku sekejap sementara
aku belum ada rumah sewa kat sana. Pak cik aku pun no hal. Sebelum tu aku dah
penah dating and tido kat rumah pak cik aku. Lepas mak aku call pak cik aku,
aku dah terbayang macam mana la kehidupan aku kat situ nant, sebab aku dah
penah rasa sekejap. Kenapa aku cakap macam tu? Nant aku entry lain hehe. Tiba
waktu yang dijanjikan, abang aku pun dengan mak aku pun hantar ke jb. Dalam
waktu perjalanan tengah mencari rumah pak cik aku, abg aku tak tau jalan dia
call mak cik aku yang lain, mak cik Ida. Mak Cik Ida suh aku datang dulu kat
rumah dia. Abang ngan mak aku pun no hal. Sampai sana, mak aku pun bukak cerita
yang aku dapat keje kat situ. Mak Cik Ida suh aku duk umah dia je, pasal rumah
dia lagi selesa dari rumah pak cik aku tu. Mak aku pun lagi suka sebenarnya,
aku pun sama hehe.. Waktu keje lak boleh gilir-gilir dia dengan anak dia iaitu
sepupu aku boleh hantar. Aku pun orite je. Senang cerita aku duk umah Mak Cik
Ida, tapi malam tu kitorang pegi jugak rumah pak cik aku, takut dia kecik ati.
Pekerjaan
pertama aku ialah aku kene jadi ejen atau telemarketing untuk sebuah university
swasta yang baru dibuka. Takdelah baru sangat tapi kira barulah juga tak berapa
dikenali sangat. Kejenya macam senang tapi punyalah mencabar. Dapat pulak
member-member yang lebih kurang sama je dengan aku. Baru abes belajar, xde
kerja, kalau ada pun kerja biasa-biasa jugak. Tapi nasib baik kitorang semua
sekepala. Boleh sembang kencang macam-macam walau pun pada mulanya adala sorang
dua yang tak berapa ngam. Disebabkan kerja macam ni kene buat berkumpulan and
berkejasama dengan orang lain kita orang jadi rapat. Takdelah rapat manapun
tapi sekurang-kurangnya kami gembira bila bersama. Kitorang kene jadi agen u ni
untuk mencari student yg nak belajar kat sini. Alah mana-mana kolej atau
university swasta mesti ada benda ni punya. Aku pulak sebab dah terdesak sangat
nak keje, aku amik jelah peluang ni. At least aku terdedah dengan dunia baru.
Benda yang paling best aku keje kat sini ialah dapat jalan-jalan secara free
haha! Company tanggung semua perbelanjaan makan minum dan penginapan. Sebenarnya
bukanlah free, kitorang kene cari studentlah untuk bayar balik semua kos tu.
Alah kalau xdapat student pun paling2 kene marah ngan kene tarik balik fon yang
diberikan. Tu je kihkihkih…
Benda
paling best aku dapat gi Terengganu ngan kedah. Waktu tu on the spot kot bos
aku ajak. Nasib baik kawan pompuan aku ikut sekali, so aku ok jelah. Waktu aku
pegi tu, waktu pkok bunga yg konon-konon macam pokok sakura tu tengah berkembang
kat kedah. Perghhh merasa suit macam ala-ala kat jepon waktu tu..hehehe..pastu
dapat gi gunung jerai..cantikk siott gunung jeraii..sejuk, tempat tinggi,
pemandangan cantik, banyak bunga-bunga cantik. Padahal dulu-dulu masa aku
kecik2 ade je bunga tu kat tepi kolah rumah aku. Tapi kat gunung jerai tu
diorang tanam elok-elok n bg bentuk cantik2. Malangnya aku tak ingat nama bunga
tu apa. Nak bgtau kat mak aku pun tak reti huhu.. pastu aku siap berangan nak
honeymoon kat situ nant hahaha. Itulah pengalaman yang paling best yg aku rasa
masa buat keje telemarketing ni. Pastu ada gak aku gi bukit tinggi. Tapi aku
rasa tak best sangat kat bukit tinggi tu. Hehe..
Itu
benda yang bestla.. benda yg x bestnya aku kene uruskan segala benda pasal
budak2 yg nak dftar masuk kat ipts ni. Dr a sampai z ko kene terangkan and
buat. Dari isikan borang, amek kunci bilik sampailah masuk dalam rumah, loan
mara, transport, jadual, kelas..arhhh macam2! Dulu aku masuk u, semua buat
sendiri kotttt..yela dah bayar kan, so kiterla yg kene melayan huhu.. okey tu
xpe lagi kot kalau management ipts tu sendiri smooth and licin je
pentadbirannya. Ini huru hara! Dengan masalah kolejnya, paymentnya, gosip2
dalaman lagi..budak2 tertinggal bas cari aku, xdpat masuk umah kunci x boleh
bukak mak bapak cari aku, pak guard tak bagi masuk rumah cari aku, nak pindah
tak cari aku tapi aku yg kene tanggung bahananya..Ahh mampos kaulah aku tak
layan. Lama2 aku blah…hahaha. Ada satu hari tu aku dapat call dr satu sekolah
yg aku penah interview utk jawatan cikgu tp kali ni dia ofer kerani. Aku pun
main sebat je sebab dah x tahan ngan serabut keje telemarketing tu. Aku dpat
call tu pagi, tgah hari tu jugak aku cabut.hahaha..tercengang kawan2 aku. Sian
gak aku ngan sorang member ni yang aku sama2 gi kedah Terengganu, sebab aku
rapat ngan dia dulu. Tapi time tu die gi sabah. Aku pun x smpat jumpa gak ngan
bos aku yg slalu tumpangkan aku balik sbab dia gi semayang kot time tu. So, aku
belikan die gula2 ngan biskut tapi yg dok perabihkan kawan2 pejabat aku. Haha
sengallll..kiranya aku keje marketing tu 3 bulan je. Dalan masa 3 bulan tu aku
Cuma dapat 4 org student. Itupun sorang dah blah walaupun baru dftr 2-3 hari.
Cilake. Dahla payment aku belum dapat. Nasibnya aku Cuma dapat separuh payment.
Jahanam ko budak.
Walau
apa pun, bila aku kenang2 balik aku rindu dengan kawan2 aku yg keje telemarketing
tu. Aku keje jat situlah aku tau apa tu telemarketing. Aku rindu dgn gosip2
nakal kitorang, dgn gurau senda kitorang, dgn cari pasal gaduhnya, dgn
pertahankan pendapat masing2nya, dgn cari jalan macam mana nak dpt student, dgn
mengumpatnya hahaha mcm2lah… akhirnya berakhirlah kerjaya aku sebagai
telemarketing kat ipts tu…
Entry
seterusnya aku akan cerita pengalaman aku jadi kerani sekolah lak.
No comments:
Post a Comment