Thursday, 30 May 2013

tangguh


sebenarnya aku dalam dilemma, aku tak siap tesis aku.
 padahal esok dah kene hantar.
aku tanya boleh delay tak.
kene buat rayuan katanya.
kalau reason x valid, rayuan tak dilayan.
aku nak kata ape lagi
memang niat aku dah salah kot.
awal2 dah niat nak extend.
hah amik kau.
extend bukannya satu sem tapi satu tahun.
perghhh
ikut hati aku, aku sanggup.
tapi aku tahu aku dah kecewakan keluarga aku.

dalam keadaan mcm ni baru tahu nak seru nama Allah
tapi tikar sejadah aku buat tak tahu
sesungguhnya aku hamba yang sombong
padanlah Allah tunjuk kekuasaannya


bila aku jatuh cinta





tentang dia :
1. perkara pertama yang buat aku paling tertarik pasal dia ialah, dia seorang yang sangat nostalgik. dia sangat menghargai masa lalu dia, persahabatan dia dan segala memori yang terpahat dalam hidup dia. sungguh aku tak sangka lelaki yang sukar aku kenali ini sungguh indah persahabatannya. mengabadikan kenangan-kenangan yang belum luntur dalam memori dalam tulisan-tulisannya membuat aku terharu. aku penah kata persahabatan seorang lelaki dengan sahabat lelaki (bukan boyfren) itu sebenarnya sangat indah. dan aku dapat rasa dalam tulisannya.

2.kedua, dia seorang yang tidak berputus asa. sentiasa tabah dan gigih dalam hidupnya untuk menjadi lebih baik dari hari semalam. dari seorang budak lelaki yang biasa-biasa yang penuh warna-warni dunia kanak-kanak dia menjadi seorang lelaki yang merantau di tanah orang demi mencari ilmu yang lebih tinggi.
sungguh aku kagum dengan dirimu.

3.ape lagi yang membuat hati ini terjatuh kepadanya, dia pandai. ye dia seorang yang pandai  kalau tak pandai takdelah sampai belajar luar negara. bukan statusnya sebagai graduan luar negara yang aku pandang tapi kegigihan dirinya yang aku pandang. (tapi aku pemalas, mcm mana tu?)

4.dia suka kucing. lelaki yang aku pandang kerek pada mulanya tapi bila aku godeh fbnya banyak gambar kucing, okey..ada sesuatu dalam dirinya yang aku tak tahu dan aku ingin tahu.

5.dia jiwang. tengok movie romantik2 tak jiwang ke tu. mungkin tak seperti hero dalam filem. tapi aku tahu dalam hatinya ada taman. dan aku ingin berada dalam taman itu.

6.he loves movies. yess me too...

7.dia suka senyum. kira tak lekang di bibirlah..senyum itu sentiasa kuntumnya indah hingga aku terjatuh banyak kali.

8.dia gila. gila apa? gila kerja. sanggup stay ofis sampai larut malam semata-mata untuk pastikan kerja itu sempurna dan tiada cacat cela. si bijak pandai pernah berpesan kepadaku, kalau hendak berjaya dalam bidang ini anda perlu jadi gila, dan dia si gila itu ada dihadapanku. owh lupa dia pun berperangai gila2 juga.

9. (tambah lagi) suara die soft. aku akan cair kalau die cakap lembut2 . huuuu melttt....

namun begitu, tidaklah semua hal yang muluk-muluk sahaja ada pada dirinya. sebagai manusia biasa dia juga punya kelemahan.

1.dia tak kacak. bukanlah aku kata dia langsung tiada rupa, sebenarnya dia boleh digolongkan dalam lelaki-lelaki yang comel tapi kerana dia kuat study dan berfikir masalah dunia dia sudah tiada rambut (sebahagian besar) dan beruban kecomelannya agak tersorok. namun berjaya diatasi dengan sifatnya yang suka tersenyum. dan aku dapat rasa dia rendah diri dengan kelemahan fizikalnya itu.

2.dia bukan lelaki alim. bagi aku selagi lelaki itu mahu bersama-sama untuk memperbaiki diri aku masih mampu menerimanya. aku pun bukan baik sangat.

3.dia pendesak. bila dah kuat kerja, semua orang mahu disuruhnya buat cepat-cepat sampai semua orang tension.(aku pun sama).

4. dia suka ugut. kalau orang tak dengar cakap dia, dia akan ugut orang tu. (menyampah betul dengan sikap dia  ni)

5.kadang2 mulut tak ada insurans. saborr jelahh..

6.kedekut. hanya pemurah dengan orang-orang terpilih. mungkin juga boleh disebut pilih kasih.

7.dia tua 12 tahun dari aku.

benda yang okey aku pandang pada dia ada 8 yang tak okey ade 7. yang no. 7 tu aku boleh abaikan. kesimpulannya bolehlah aku suka dia kan. kelemahan-kelemahan tu semua boleh dibaiki. aku haraplah...


update terbaru: aku rasa cara dia senyum sama ngan aku. mata kami pun sepet bila senyum..ahhh kebetulan atau perasannn....


Monday, 8 April 2013

anugerah bintang popular 2012: keputusan dan apa yang aku nampak


1. stopla wat stage yang crowds terkinja2 kat tengah stage tu. dah mcam apa aku tengok.
2. cawat seluar fida tu tak macam ketat plak kan.
3.baju biru farra yang ada corak geometri tu cantik tapi aku rasa farra kene kempiskan perut sikit.
4. sweet johan bawak family dia atas pentas.
5. baju yg dipakai didie tu agak mengganggu time jalan nak amek award.
6. sweet friendship bila didie bawak enot naik pentas amek award.
7. taktau nak cakap apa bila neelofa dengan anzalna bergandingan sampaikan anugerah.rasa awkward, janggal.
8. dah agak malique takkan datang utk naik pentas dan amek anugerah.
9. pelik juga napa datuk aznil xada untuk amek award.
10. persembahan artis2 perempuan yg konon2nya macam wondergirls tu menarik tapi nyanyian macam kelaut. harapkan suara adira ngan asmidar je ok. diorang tu punyala lawa2 atas stage, tapi backgroundnya gelap. tak nampak artis2 yg nyanyi tu. lagi2 si nabila tu dahla gelap pakai pulak baju hitam.memang nampak adira yang putih melepak tu jelah.
11. David Teo senyum lebar artis MIG dia menang, wawa zainal.
12. agak sinis jugak bila Tasha shila cakap artis2 yg tercalon dalam kategori pengacara tv wanita popular jangan ada yg resah gelisah sebab pemenangnya fara fauzana. kau agak2 sapa yg terkena.
13. gempak bila nabila huda menang. walau pun dia banyak kontroversi tapi lakonan dia mantap.
14. persembahan amir ukays, zarul umbrella (hensem kot!!!) bagio damasutra, ngan sorang lagi tak ingat memang terbaik!
15. okey, idea letakkan lirik kat skrin memang best.
16. kain yana samsudin tersangkut kat ats pentas masa nak amik award.
17. johan raja lawak tiru parody shae yg femes kat utube. sengal!!! hahaha
18. persembahan ainan tasneem not bad.
19. skirt liawanis boleh tahan pendek, pastu terbelah kat tengah.
20. kenapa aku dengar sleeq nyanyi sengau?
21. najwa latip setia dengan gaya tudungnya. (bagus)
22. baru perasan siti nurhaliza xde wat persembahan.
23. neelofa sila cuba lagi.

keputusan
1. artis baru lelaki baru popular - aiman hakim redza
2. artis komedi wanita popular - didie alias
3. watak jahat dalam filem/drama popular (online) - sofi jikan
4. artis berkumpulan/duo popular - black/malique
5.pengacara tv lelaki popular - datuk aznil hj nawawi
6. penyampai radio wanita popular - fara fauzana
7. gandingan layar serasi (online) - johan/zizan
8. pelakon tv lelaki popular - aaron aziz
9. artis baru wanita popular - wawa zainal
10. pengacara tv wanita popular - fara fauzana
11. watak animasi tempatan popular (online) - upin&ipin
12. penyampai radio lelaki popular - faizal ismail
13. pelakon tv wanita popular - nabila huda
14. artis komedi lelaki popular - zizan razak
15. artis berpengaruh di laman media sosial (online) - zizan razak
16. penyanyi wanita popular - shila amzah
17. pelakon filem lelaki popular - shaheizy sam
18. anugerah pencapaian sepanjang hayat - search
19. artis lelaki stylo (online) - zizan razak
20. artis wanita stylo (online) - melissa francis
21. penyanyi lelaki popular - hafiz
22. pelakon filem wanita popular - yana samsudin
23. artis asia paling popular - zizan razak
24. anugerah bintang popular (79 656 undian) - shaheisy sam
# 25. artis paling menang banyak anugerah (5) - zizan razak


Saturday, 6 April 2013

perkara2 yang aku penah buat untuk kucing


yer aku suka kucing. dari kecik sampai besar kat rumah aku sentiasa ada kucing. tak kisahla kucing tu ada orang buang pastu datang kat umah aku atau memang sedia keturunan kucing yang dah ada. kalau tak der kucing idup aku rasa kosong je. macam lagu najwa latip tu. kadang2 ada perkara2 yg aku sanggup buat semata2 demi makhluk seekor ni.

1. pegi pekan cari kucing kat kedai makan sumbat dalam beg bawak balik umah naik motor

haha sampai skang kalau diingat balik benda ni lah perkara yg crazy betul aku penah buat. dalam beberapa tahun kebelakangan ni, rumah aku sepi tanpa haiwan bernama kucing. aku tak ingat bila kali terakhir kucing peliharaan ada dalam rumah aku. sumpah tak ingat. mula2 rasa janggal, pastu  aku tak berapa kisah xde kucing walau pun dalam hati sebenarnya aku rasa rindu. dalam cuti semester ntah macam mana rasa tak tahan betul hidup x buat apa2 kat umah ditambah dengan kesunyian melampau tanpa teman iaitu kucing aku nekad pegi pekan dengan niat nak cari kucing. siap bawak beg senang nant nak angkut. pegi sorang2 naik motor. lokasi target kedai makan. aku penah lepak situ dengan kawan aku, ada banyak gila kucing. jenis yang besar2 punya. aku taktau napa aku tak penah ada kucing kampung yang jenis besar2 atau bapak kucing aku panggil. semua jenis biasa2 je. tapi masa aku pegi tu takde plak kucing2 gedabak yg aku nak. semua dah tua2 je. kalau ada yg kecik pun aku tak berkenan. cari punya cari jumpa sekor mak kucing tengah menyusukan 2 ekor anak. aku dekat die tak lari. aku belai2 cam rasa suka. bolehlah ni aku pun ambek masuk dalam beg. masalahnya ank die sekor takut org terselit celah kedai, tarik punya tarik anak kucing tu akhirnya dapat gak. semua sumbat dalam beg letak dlm bakul. berjalanlah aku dengan motor tu bersama sebuah beg yang mengandungi tiga ekor kucing. tengah jalan beg tu gerak2 macam nak melompat dr bakul. kalau polis tahan aku, ntah2 die ingat aku sorokkan bayi haha. sampai umah, aku lepaskan. main2la kucing tu dekat bangsal umah. mak aku tanya kenapa ada kucing kat situ. aku cakap aku bawak dari pekan. mak aku ketawa, buat perkara gila. timbullah pulak satu perkara nak namakan kucing2 tu. sebab dah lama x ada kucing aku dah tak tau mcm mana nak namakan kucing. aku tak suka nama kucing yg bukan2 mcm omputih ni ( tapi aku penah bagi nama kucing nama antonio banderas ) mcm2 nama keluar dr mulut abang aku. tapi aku reject sebab merepek ntah apa2 dan tak ada jati diri melayu haha. tiba2 abang aku tersebut nama anggerik dan kemboja. ambik kau nak sangat jiwa kemelayuan kan. aku pun setuju. akhirnya kucing2 tersebut dinamakan Anggerik Putih dan Kemboja Hitam. Mak kucing tu pulak dinamakan Mak Bunga. Hah rare tak nama kucing aku. Tapi nama yg dipanggil itam ngan putih gak.mak aku pulak tak kisah.    hiduplah kucing2 tersebut  dengan aman dan bahagianya di bawah penjagaan aku. paling best mak kucing tu pandai tangkap tikus. mungkin dah biasa hidup merempat kat kedai makan, so survival hidup sgt tggi. dalam satu hari boleh tangkap 2 ekor tikus. giler ahhh. pagi satu malam satu. anak plak 2 ekor je tak macam kenyang plak kan dapat makan daging fresh hari2. lama2 kucing tu pun gemuk dan comel. ada satu pagi  tu time sahur si hitam pi berakkan beg aku, cibai kau. lain kali jangan bawak kucing masuk umah pagi2. pagi2 kucing nak berak. tak lama lepas tu cuti aku pun habis. dan aku perlu balik semula ke kolej. sedih nak berpisah dgn diorang. tp aku smpat balik umah tak lama pastu. lepas aku balik kolej lagi sekali, abang aku bagitau diorang semua dah takde. xtau sebab apa tak ada. kene makan ular ke, musang ke, biawak ke, lari ke kena culik ke, termasuk alam jin bunian ke lemas ke eksiden ke tak tau. ghaib sekeluarga secara tiba2. aku pun redha mereka semua dah takda.sedih memang sedih tp nak wat mcm mana. aku anggap jelah diorang takleh menahan rindu kepada aku sehingga membawa diri dari rumah tu.huhu...dioranglah antara kucing yang aku ingat sampai bila2. kucing yg aku kutip sendiri bawak balik umah bagi makan bagi tempat tidur bagi kasih sayang telah meninggalkan aku macam tu je. xpelah aku redha. bersemadilah segala kenangan kemboja hitam, anggerik putih dan mak bunga dalam sanubari aku.


baru satu cerita kott dah panjang satu entry..alamatnya kena sambunglah ni...haha k bye...



to be continue...




benda benda yg selalu ilang : budak2 asrama

masa sekolah dulu aku duduk asrama. saje nak test macam mana duk asrama. aku masuk sekolah teknik, maksudnya masuk masa naik tingkatan empat. masa tingkatan satu dulu mak beria-ia nak duduk asrama tapi aku tak nak, tapi bila form 4 gatal nak masuk sekolah asrama pulak walau pun time tu mak aku tak berapa setuju. yelah sekolah teknik, pada pandangan mak mungkin sekolah untuk student yg dapat keputusan pmr macam nak lingkup, so masuk sekolah teknik/voka untuk belajar kemahiran. aku ambik kursus pengurusan makanan, tapi satu resepi pun aku tak penah hafal. kat umah pun jarang masak hahaha. sapa yang pernah duduk sekolah asrama ni tahu-tahu sajalah bagaimana kehidupannya di sana. kena urus diri-sendiri , kene struggle dengan warden, senior, peraturan yg merepek, prep, dan study. kalau duk asrama biasa kot pelajar2 asik ilang barang.biasalah duk ramai2 time tu pula baru nak belajar hidup sendiri, so perkara2 ilang barang ni lumrah.

stoking. nampak macam simple je kan nak jaga benda ni. tapi kalau dah hidup 14 orang dalam satu bilik, dengan stoking yang lebih kurang serupa semuanya memang mencabar jugaklah. lepas balik sekolah, bukak stoking sumbat dalam kasut letak kat rak kasut.  pastu adalah satu dua helai yang letak kat tepi2 rak kasut. difollow oleh bberapa orang lagi letak kat tepi2 je. bila dah banyak2,  masuk hari jumaat stokin pun bersepah2, dalam bilik pon ada. bila hari ahad, time gotong royong kemas dorm masing2 tanya sapa punya stokin kalau takda sapa mengaku penyelesainnya stoking tu akan dibuang. bukannya x ada orang mengaku cuma time org tu tanya, tuannya tidak ada. ada tu diorang tak tanya pun, main buang je. aku rasa setiap kali outing aku akan beli stoking baru haha.

susah betul aku nak cari gambar anak tudung macam ni kat gugel. sebelum kdtangan anak2 tudung moden mcm sekarang, aku rasa most of student pompuan mesti akan pakai anak tudung atau skaf ni gi sekolah.ada sekolah yang cuma benarkan skaf wana putih, wana hitam dilarang. ada sekolah yg x kisah. masa sekolah asrama tu skaf wana hitam dibenarkan. adalah sangat cool aku rasakan macam tu. hehe..ni pun kes letak sepah2 confirm akan hilang, tertukar atau dirembat time sidai baju. time outing aku pun selalu beli skaf ni.


hanger. masa mula2 masuk asrama rasanya satu bundle besar dibawa masuk. masuk sebulan dua dalam asram dah tinggal separuh. lama sikit dh tinggal suku. bila tak cukup hanger nak gantung baju, pakai je sapa2 punya yang ada.haha..kita orang semua macam tu. dah redha kalau hanger hilang pastu pakai orang punya. mula2 dulu hanger kita satu kaler je tak pun satu patern je, lama2 dah macam2 kaler macam2 bentuk macam2 saiz macam2 jenis. hahaha...tempat paling best nak rembat hanger2 ni ialah, tempat sidai kain. agak2 ditinggal macam tak dipedulikan hanger tersebut akan diambil. tak pun kutip hanger2 yg berterabur kat tanah yang berselut2 dengan tanah ngan lecak. cuci, jadi hak milik. locker pun penuh ngan hanger. masalah setel.

jangan korang ingat tak de orang nak rembat kau punya underwear. lagi2 underwear yang mahal2 berenda2 gituee. kawan aku penah mengadu kot, underwear dia hilang, sedih gila sebab dia baru beli.ingat underwear ni seposen dua posen je ke. untuk keselesaan dan nak pakai lama haruslah yang berpatutan sikit. klau kes tertukar2 ni agak janggal jugaklah rasanyakan, tapi tak mustahil juga. biasanya berlaku bila sidai banyak2 kat ampai orang tolak2 atau alih kedudukan hanger kita sampai jatuh. bila nak ambil tak jumpa. tak pun budak2 dorm yg  tinggal kan underwear dalam bilik atau tempat yg tidak sepatutnya pengawas asrama akan rampas atau ganas sikit, campak ke bawah. kalau time tu musim hujan and tanah lecak, masa tu memang best. yg budak2 ni pun malas ambik. ada satu bilik tu, dikumpul semua baju2 yg dirampas atau dibiar sepah, tak macam penuh segala jenis mak nenek dalam bilik tu. nak ambik balik pun tak sanggup sebab dah buruk. tp kalau terdesak stok underwear habis, ade jer yg sanggup ambik kat bilik tu haha..

brooch tudung. masa kat asrama dulu kita orang takley pakai brooch kat tudung yg dipin kat bawah dagu tu. katanya dikira barang perhiasan. merepek punya alasan. tapi time2 lain kenelah jugak pakai kan. masa duduk kat u sekarang ni pun stok brooch baru akan sentiasa dipastikan ada haha.

bila dah rasa duk asrama, aku tau jugakla macam mana nak urus diri kat u ni. hanger aku masih banyak lagi, penyepit baju pun baru 1 je ilang. stoking, skaf ada jugakla yang entah ke mana, tapi masih terkawal lagi. brooch sntiasa ada stok. benda2 lain pandai2la jaga sendiri. kalau nak diikutkan ni semuanya adalah disiplin dan atitud diri sendiri. kalau pandai jaga barang jaga diri kehidupan anda inshaallah baik2 sahaja. semua pengalaman dulu2 banyak mendewasakan kita dan mengajar kita untuk menjadi lebih baik untuk hari ini. kalau ada adik2 atau anak2 yg baru start nak urus diri, form 1 contohnya banyak2lah bagi bimbingan jangan tau marah kalau mereka mengadu itu ini. biasalah fikiran pun masih bdak2 masa tu. yg penting pengalaman mematangkan fikiran. ok bye.

# aku selalu ilang botol air bila dah kat universiti. fed up. aku pakai botol mineral je.


Monday, 1 April 2013

erkkkk


sem lepas duit aku banyak dihabiskan dengan naik teksi pegi kelas. bukan sebab kaya tapi sebab kelas tu memang jauh and kelasnya pada waktu malam. tak kuasa aku nak  jalan malam2 gi kelas.kalau naik bas pula  basnya tak sampai bangunan kelas tu pun, hanya sampai di bus stop lebih kurang separuh jalan lagi nak ke kelas. pastu kene jalan kaki. disebabkan tak kuasa nak jalan kaki malam2 aku amik teksi. sebenarnya bukan tak boleh pegi kelas awal sikit, tapi lebih kepada malas.

sem ni pula duit aku banyak habis kepada makanan. bukan makan mewah2 tapi banyak makan. asik2 nak makan. tension sikit makan, stress sikit makan, tak tahu nak buat ape pun makan lagi. so, duit pun banyak habis. macam hari ni, pagi aku makan nasi lemak, tengah hari makan mi sup, malam aku makan waffle, french fries ngan air lemon tea n sirap bandung. tu tak masuk teringin nak makan cup corn esok lagi. tak tahula syaiton apa yang telah merasuk hawa nafsu makan aku ni. bila dah makan banyak2 macam ni badan pun malas n berat pun naik. ntah bila nak kurusnya pun tak taula. huhu..

ok sampai sini je, esok2 aku tulis lagi.

Saturday, 30 March 2013

cantik



aku dah tak peduli dah aku nak tulis gak apa yang dok bersarang kat kepala aku ni.dah lama bergumpal2 cuma tak terluah je.
ni haa aku nak citer, kawan aku dah lama tak datang kelas.sem lepas masa awal2 sem je nampak muka, pastu dah takda dah. dengar bisik2 kata dah nak tunang ngan kahwin masa tu, sampai ke sudah lesap tak nampak batang idung. bagi aku, kau nak kawen ke terberanak ke lantak ko lah. takde apa2 masalah pun, tapi jangan menyusahkan orang itu je. yang duk buat kita orang sakit hati, awal sem datang pastu takde langsung, dah menyusahkan orang yang satu grup @ kelas ngan die. baik kau takyah datang langsung macam  kawan aku lagi satu tu, tak adalah menyakitkan hati yang lain sangat.
skang ni aku dengan citer, dia satu umah sewa ngan kawan aku.siap angkut mak, adik sekali dalam umah.itu tak apa lagilah, ni siap angkut pak we sekali masuk dalam umah kau tau? bila sembang ngan mak dia, cakap die gi kelas.masalahnya aku tak nampak kau pun kat kelas. mungkin kelas die tak sama ngan aku, so aku taklah nampak die.pikir baik jelah.hmm sembang punya sembang terbukaklah cerita yang die tu sakit kene buatan orang. ada orang nak pisahkan die ngan pak we die tu. dalam hati aku, padan muka. jahatkan aku cakap macam tu.
sebab apa, aku cakap macam tu sebab dia tu memang jenis banyak berkawan ngan jantan pun. orang cantiklah katakan, ramaila jejans yang datang melekat ye tak..kalau dah rasa diri tu hot, haruslah melayan huhu..aku adalah gak rasa sikit2 cemburu kat die, yelah hidup senang, mak bapak tanggung, anak pompuan kesayangan, rupa ada, taste tinggi, lelaki ramai nak keliling pinggang, hidup heaven je tak ada masalah.
tapi bila jadi macam ni, apa guna semua tu kalau hidup pun ada masalah macam2.
secara tidak langsung aku rasa bersyukur gaklah, hidup aku biasa2 je, rupa pun biasa2 je.kalau aku cantik, idup senang tak ingat dunia ntah2 aku pun sama macam dia.kesimpulannya, orang yang idup senang macam bahagia semacam jangan ingat dia tidak akan ditimpa dugaan. semua ada bahagian masing2.
aku bukan meraikan kesusahan kawan aku, cuma bagi aku setiap dugaan yang dihadapi setimpal dengan apa yang diberi.wallahualam.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...