Tuesday, 13 January 2015
perkara yang aku tak sangka terjadi dalam hidup aku
1. jatuh cinta dengan lelaki yg tak memandang aku dan menyimpan perasaan selama bertahun-tahun
ya, sangat novel kalau baca. tapi itulah yang terjadi kepada aku. jatuh cinta dengan lelaki botak, pendek, dan cerewet. akulah perempuan gila yang jatuh dengannya. apa yang lagi best disebabkan sudah tidak tahan menahan perasaan yang telah beberapa tahun kuoendam ini, pada suatu malam aku telah berterus terang dengannya melalui facebook. aku telah mencurahkan segala-galanya. dari a sampai z. bagaimana, bila, dan mengapa aku mencintainya. balasannya, dia unfreind aku tanpa sepatah kata balasan mesej yang aku berikan kat facebook. dan aku percaya sebahagian mesej tidak dibaca dan dibuang begitu sahaja. itu semua sudah cukup untuk meranapkan hati dan perasaan aku. dalam masa seminggu aku lost gila. aku membuat keputusan mengunfreind sebahagian besar kawan-kawan aku yg mutual freind dengan dia. sebabnya, aku takut aku tak kuat kalau terpandang status atau gambar berkaitan dia. setelah beberapa ketika aku ingat aku boleh lupakan dia dan cuba membuka hati aku dekat lelaki lain. tapi aku salah, setiap kali aku cuba berkawan dengan orang lain, bayang-bayang dia tetap ada. mimpi-mimpi aku tetap ada kehadirannya. dan impian-impian aku tetap ada dirinya. akulah sang pemimpi yang terpernah berhenti berharap kepadamu.
2. cinta itu memang pelik, ada masa kita perlu waktu untuk jatuh cinta, tapi ada ketika kita cuma perlu ada kau dan aku untuk larut dalam lautan kasih
tidak lama kemudian aku berkenalan dengan seseorang. cerita cliche, berkenalan melalui facebook. dia add aku selepas aku aktif komen status2 dalam sebuah grup kat fb. lepas tu start berani komen and mesej kat fb. lepas tu kat wechat kitorang start rapat dan mesra. tak mengambil masa yang lama dalam seminggu dua panggilan sayang mula terbit dari kata, sungguh aku katakan itulah saat yang paling indah dalam kehidupan aku dan orang lain yang mula rasa perasaan sayang itu ada walau tidak pernah bersua. peliknya cinta. dalam seketika aku hanyut dalam keindahan perasaan ini. hinggalah dalam perlahan-lahan si dia mula merasakan ini semua tidak patut terjadi. sekali lag aku hilang arah. hati.. banyak dugaan kau rupanya. aku pujuk diri aku, dan perasaan itu lama semakin redha dengan apa yang terjadi. sesuatu yang aku syukuri dia tidak terus menghilang, masih menghubungi aku sekali sekala disaat dirinya kesusahan. aku tidak kisah, sekurang-kurangnya aku tahu dia masih ada, kerana si dia menghidap kanser peringkat pertama.
3. mencintai dua lelaki dan sukar melupakannya
daripada berusaha untuk melupakan lelaki pertama, kini bertukar mencintai dua lelaki dan bagaimana aku harus melupakannya kerana kasihnya begitu sukar untuk aku miliki. oh begini rupanya perasaan ini, mencintai dua lelaki. ya, perkenalan lelaki kedua memang singkat dan kasihnya juga tidak begitu lama, tapi yang tertinggal di hati ini tak mungkin mudah dicabut. perkenalan dengan lelaki kedua betul-betul membawa makna kepada aku. makna tentang kehidupan, pengorbanan, kesenangan dan kesusahan, lelaki pertama, aku yakin cerita aku dan kamu masih belum tamat, masih ada yang belum terungkap. dalam kelam malam, aku masih memanjat impian untuk bersamamu, walau tak pasti suka atau duka. lelaki kedua, kehadiranmu amat bermakna walau seketika. terima kasih kerana memberi aku peluang rasa kasih mengasihi itu.
Thursday, 2 October 2014
Tukar-tukar kerja (2) – sebuah pengalaman sebuah pengorbanan
Okey
sekarang aku nak cerita lak pekerjaan aku yang seterusnya waktu aku kat jb.
Time ni aku dah pindah dari rumah pak cik aku. Aku nekad lantaklah apa nak jadi
aku nak pindah. Tak jauh sangat dr rumah pak cik aku. Kalau sebelum ni aku gi
keje pak cik aku hantar naik teksi dia, kali ni aku gi naik bas.
Okey
aku keje sebagai kerani kat sebuah sekolah rendah swasta gak (Nampak sangat
macam rezeki aku kat sector swasta). Aku yg memang tak tau apa2 sama mcm mana
aku tak tau apa2 keje telemarketing dgn yakinnya ingat keje ni senang. Memang
senang untuk seminggu dua sebab time tu cuti sekolah and xde apa aku kene buat.
Paling2 aku kene scan kertas soalan yang guru besar bagi. Okey start2 aku dah
rasa tak best sebab aku kene buat keje sorang2. Xde member untuk bercakap
bercerita bergosip macam mana aku keje telemarketing dulu. Tempat duduk lak
dalam sebuah ofis yang Cuma ada guru besar laki sorang, guru penolong kanan pompuan
sorang, aku n kat sebelah ada bilik pengarah sekolah. Kesimpulannya Cuma ada 3
orang manusia dalam sebuah ofis x termasuk pengarah yang ada bilik sendiri.
Waktu makan sarapan and lunch pihak sekolah dah sediakan sekali so tinggal
makan je. Memangla best aku xyah keluarkan duit beli makanan tapi sebenarnya
keadaan tu sangatlah membosankan. Makan
nasi ngan lauk budak2. Ayam/ daging carik2 halus, sayur masak kuah. Kadang2
sedap kadang2 hampeh. Tapi kalau dah lapor main bedal je sampai licin hehe..
Aku
dah start stress keje ni bila aku kene handle yurang budak2. Ni sekolah swasta
so mak bapak kene bayar yuran 4 bulan sekali tapi ada gak yang bayar tiap2
bulan. Masa aku mula2 masuk kerja tu aku Cuma diterangkan kene bukak lampu,
aircond, cctv ofis, buat surat, fotostat, bukak pagar kunci pagar, jawab
telefon. Sekali lahabau aku kene handle setiap yuran yang mak bapak bayar.
Yelah habis tu sapa lagi kene buat. Dah kerani aku sorang. Sungguh cissss aku
rasakan masa tu. Masa first day tu, adelah sorang cikgu yg paling lama mengajar
kat situ ajar aku untuk handle yuran ngan wat resit yuran tu. Aku yg memang x
bersedia langsung ngan tugas tu mmg mcm cilake aku kira duit. Mana pernah aku
kira duit banyak2 macam org bank tu buat. Berterbaur-terabur tau x aku kira
duit. Wat malu jek dpan parents ngan guru besar hensem tu (ehh tetibe
hahahaha). Mule2 dulu sampai terkoyak-koyak aku print resit yuran tu gelabah
punya pasal. Guru besar ensem tu jugak yg tolong aku camner nak print bg elok.
Dah malu kali kedua hahaha.
Lama-lama
aku pandai sendiri nak kira duit tu. Pastu bermulalah episode kestresan aku
keje kat situ bila si pengarah mintak update terkini data yuran yg dh dbuat.
Disebabkan aku ni seorang yg cuai bukan bersikap teliti dan cermat dlm membuat
kerja banyaklah kesilapan yg aku buat. Total tertinggallah, salah kolumlah,
salah namalah, salah bulanlah, tak boldlah, salah itulah salah inilah..hwaaaaa
nak nangisss..mula2 pengarah tu boley layan lagi aku yg barulah kononnya
berkerja, lama2 dia dah start keluar taring. Pastu bukan setakat taring tanduk
sekali keluar. Aku dah give up.
Benda
paling besar aku buat silap kat situ ialah, aku bg resit voucer yang tak
sepatutnya aku bagi. Akibatnya bukan aku yang setakat kene marah tapi guru
besar ensem tu jugak yg kene mengadap pengarah nak cover aku punya pasal. Waaa
sedihnya kalau dikenang balik. so pengarah suruh aku mintak balik resit voucer
tu kat parents yg aku dah terbagi, plus sebenarnya aku bagi sijil berenti
sekolah yang xde cop ngan tanda tangan pengarah.waaaaa double2 aku punya malang
kat situ. Rumah parents tu pulak bukannya dekat n dia susah nak tinggal rumah
sebab ada renovate kat rumah plus dia seorang warga emas iaitu datuk dan nenek
yang menjaga cucunya. Aku dah nak pengsan bila aku rasa masalah ni susah nak
setel. So aku nekad pi rumah parents tu ambik sendiri voucer tu. Dahla aku
bukannya tau sangat jalan jb, dengan semangat juang aku naik bas. Pastu sesat x
jumpa-jumpa rumahnya. Last2 aku naik teksi hahaha. Esoknya dengan selamba aku
pulangkan balik voucer tu kat pengarah, aku cakap parents tu yang datang bagi
sebab aku malas nak cter aku yg pegi rumah dia.
Itulah
pengalaman yang aku paling xley lupa sekali masa mula keje kerani kat sekolah
tu. Pastu x habis lagi stress aku. Aku x cerita lagi pasal mak bapak foreigner
(mostly Singapore) yg nak daftarkan anak diorang kat sekolah tu tapi xde duit.
Okey satu benda yg paling aku xley hadap dengan pengarah ni ialah dia seorang
yg sangat berkira! Menyampah aku! Undang2 sekolah tu nak masuk sekolah kene
setelkan yuran 4 bulan trus baru ley sekolah. Kalau x, bye bye aku pun x heran.
Macam tulah. Aku pulak jenis kesian dgn mak bapak yg dtg merayu-rayu nak
sekolahkan anak, anak dah dua tiga bulan x sekolah sbab xdpat sekolah kerajaan.
Dia mintak bayar bulan2 dah ada duit nant baru die bayar 4 bulan sekaligus. Aku
pulak kesian. Aku pun main amek je duit registeration and register nama die lam
sekolah. Sekali pengarah tahu, abes naik angin orang tua tu. Yg kene ngadap guru besar ensem jugakkk huhu.. tu la aku
pandai2 terima budak tu sapa suruh. Dah aku kesian, nak wat mcm mana.
Mak
budak tu pulak asik call2 camner status anak die tu. Aku pun dah pening camner
nak kira yuran dah tercampur aduk tu. Ada hari isnin tu, mak bapak tu dah
hantar pun anak dia gi sekolah, walaupun sepatutnya dia x boleh sekolah lagi
sebab tak setel yuran 4 bulan. And yg kesiannya guru besar ensem terpaksa
bagitau budak tu kene balik. walau pun dalam hati aku kata sekolah je la budak2
tu selagi pengarah tak tau n tak kenal budak tu. Perghh apelah nasib budak2 tu
sekarang, sebab x lama lepas tu aku dah blah dari situ hahahaha!
Okey,
selain benda ni, ade lagi satu benda yg aku x suke buat. Jadi telecollector
kutip utang! Aku dah rasa macam keje telemarketing balik. bezanya kali ni aku
kene bgtau parents yg diorang dah over due date utk bayar yuran sekolah anak.
Bila parents bgtau belum dapat gaji,laki kat bangla belum balik bg duit, tggu
mggu dpan, tggu bulan dpan (pale otak die), aku pun xtau nak cakap apa. Padahal
nant aku yg kene marah, apsal aku x gi mintak ngan parents suh byar yuran. Aku
keje kerani je bukan keje kutip utang la mangkuk tuan pengarah! Kalau aku
memang digajikan untuk call parents suh bayar yuran okey aku masih sanggup,
tapi masalahnya kau x cakap pun itu antara ruang lingkup kerja aku masa mula2
tu. Ok fine. Salah aku yg x Tanya keje apa aku kene buat. Sebab aku fikir keje
aku sama macam kerani2 sekolah biasa tu laaaaa!!
Die
punyer tahap sress aku kat situ mengatasi kestressan aku mencari student masa
keje telemarketing sampai aku demam2 stress gi klinik dapat mc. Waktu tu dalam
bas ondaway nak balik umah sewa aku wsap2 ngan abg ewan, skali wsap2 boleh lak
teremosi smpai dtg migraine n demam. Malam tu aku nangis sepuas-puasnya dalam
fon sebab aku dah stress sangat tpi xde sapa aku dapat luahkan. Kehadiran abg
ewan sangat tepat waktunya. Walau pun aku tak cakap aku stress tp abg ewan tau
aku migraine sbab stress. Dengar je perkataan tertekan stress aku terus
menangis meraung-raung dalam fon. Sbab migraine tak ilang2 walau dah nangis2
bagai aku nekad gi klinik naik teksi sbab aku tak tau sapa ada kat umah sewa
tu, ntah rakan serumah ntah hantu, hahaha. Aku dapat mc dari dr. Tapi aku x mc
pun, aku gi keje jugak esoknya pasal hari tu hari first naik keje pas raya.
Confirm ada banyak benda nak kene setel and aku kesian ngan guru besar ensem
kene wat keje sorang2 huhu..tengok betapa besarnya pengorbanan aku kepada guru
besar ensem hahaha…
Aku
ingat lagi masa tu aku dah x tahan sangat keje situ, hari2 aku fikir nak
berenti keje n nak pindah kl. Hari2lah jugak aku bukak jobstreet ngan mudah.my
cari keje kosong. Asal ada keje macam sesuai kat kl aku apply. Dua kali
jugaklah kot aku gi kl tanpa pengetahuan sapa2 termasuklan mak aku. Masa aku gi
kl tu aku tdur kat bustand tbs tu. Bustand! Bustand! Tahu x?! dengan
mengerikotnya dengan sejuknya aku bantai tidur kat kerusi tbs dengan
berbantalkan beg sandang, bertilamkan kerusi besi berselimutkan kain batik sampai
pagi semata2 nak gi interview keje kat kl.
Akhirnya
doa aku dimakbulkan Tuhan, aku dapat keje kat kl. Keje kerani je, tapi gajinya
sama banyak dgn gaji guru besar ensem tu. Tapi aku amik masa sehari kot nak
bgtau, sebab aku tgh piker sapa pulak yg nak ganti tempat keje aku ni???? And
kalaulah x dapat dalam masa terdekat haruslah aku kesian berganda2 dgn guru
besar ensem. Huhu.. xde kerani kene wat keje sorang2, kene marah sorang2 dgn
pengarah hahaha..nak x nak aku kene bgtau cepat sbab masa dah suntuk. Aku
mintak tempoh seminggu utk setel semua benda sebelum aku masuk keje baru. Masa
aku bgtau aku dapat keje lain, muka guru besar ensem tu mcm x terkejut je ngan
aku. Maybe dia dapat rasa aku xkan lama kat situ. aku tgok die start risau sapa
nak ganti aku. Aku pun bgtau boleh tengok resume2 yg orang hantar termasuklah
kawan aku yg sama2 keje telemarketing dulu, Yas. Aku rasa yg Yas lebih sesuai
dgn keje tu Yas graduan ekonomi n penah keje admin, lebih terer handle duitlah
kiranya.
Guru
besar ensem pun bgtau pengarah. Pengarah pun x terkejut, sebab prestasi keje
aku bukannya baik sangat pun. Banyak menyusahkan dia agaknya adalah hahaha. Sebelum
aku blah dari situ, aku tinggalkanlah segala amanat, pesanan dan azimat yang
berguna kepada bakal kerani baru tak kisahla sapa. Aku tulis dari sekecil kecil
benda seperti bukak tutup suis lampu, sediakan kad punch card, ingatkan cikgu
suh punch card balik sbab nant tak dpat bonus ( okey yg ni memang mcm sial,
sory tuan pengarah) sampailah bnda2
penting mcm update yuran, make sure yuran clear every month, update kedatangan
murid dlm system online yg aku x penah buat pun sbab system down macam lahanat.
Aku kalau boleh xnak kerani baru buat kesilapan mcm aku sebab aku kurang dapat
penerangan yg sejelas-jelasnya tentang tugas yg aku kene buat.
Masa
last day aku siap kirim surat cinta eh bukan surat terima kasih hehe…kepada
guru besar ensem sbb ajar and tolong aku banyak benda masa keje kat situ. kdg2
aku rasa kesian lak dapat kerani slow learner macam aku ni huhu..dalam tu aku
siap pesan supaya tabah menghadapi hari2 tanpa aku..ececehhh mengade! Hahaha!
Mampos kalau bini die baca..hahaha jangan stres2 kat situ, jangan sampai kene
buli, sebab aku rasa die banyak kene mengadap tuan pengarah yg mcm haji bakhil
tuan dictator nak mampos and just follow je apa yg tuan pengarah nak sbab malas
nak bertekak agaknya ataupun memang karakter die macam tu tak taulah. Aku just
berdoa supaya cepat2lah guru besar ensem ni dapat sekolah kerajaan dgn jwatan
dan gaji yg sepatutnya, sian kot jawatan besar tanggungjawab besar gaji kecik.
Mcm manalah ustad ni ley tahan pon aku x tau. Mmg tahap kesabaran tinggi
betullah. Mcm mana aku tak terfeeling ngan dia hahahaa kantoiii!! Seriously aku
bertahan dalm waktu tu pun sbab ada die, walau kdg2 aku pon naik stress tgok
muka die yg stress tu.
Tukar-tukar kerja - Sebuah permulaan
Ye,
masuk kali ni dah 2 kali aku tukar-tukar kerja. Maklumlah masih belum dapat
kerja tetap. Kerja pertama aku pada bulan mac hari tu kat selatan tanah air.
Waktu tu aku dah tak kira dah selatan tanah air ke utara tanah air ke sebab aku
betul-betul dah boring duk umah. Aku bulatkan hati apa nak jadi jadilah, walau
pun aku tak tau kat mana nak duduk macam mana aku nak pegi keje, tu semua aku
tak tahu. Yang aku tau aku kene balik kampung aku kat johor. Keje yang aku
pulak tu kat jb. Jb tu walaupun banyak sedara mara aku kat sana, jb tu
merupakan suatu tempat yang asing bagi aku. Jalan kat jb? Mampos aku tak tau
langsung. Yang aku tau kalau ada apa-apa gi umah mak cik pakcik aku pastu
balik. Tak adanya nak ronda-ronda jb tu. Yang aku ingat, aku penah gi angsana
ngan danga bay sekali masa aku tingkatan empat. Itupun cikgu sekolah bawak
pastu dapat anugerah dorm terbersih hahaha
Masa
org tu call aku suh datang keje, terus pack barang esoknya and balik. Tak piker
apa lagi dah. Yang mak pulak punya kalut aku dapat keje kat jb. Yelah nak
tinggal mana naik apa. Walau aku duk johor tp jb tu jauh bg kitorang. Aku pulak
rilek2 je. Mak aku call pakcik aku kata nak tumpangkan aku sekejap sementara
aku belum ada rumah sewa kat sana. Pak cik aku pun no hal. Sebelum tu aku dah
penah dating and tido kat rumah pak cik aku. Lepas mak aku call pak cik aku,
aku dah terbayang macam mana la kehidupan aku kat situ nant, sebab aku dah
penah rasa sekejap. Kenapa aku cakap macam tu? Nant aku entry lain hehe. Tiba
waktu yang dijanjikan, abang aku pun dengan mak aku pun hantar ke jb. Dalam
waktu perjalanan tengah mencari rumah pak cik aku, abg aku tak tau jalan dia
call mak cik aku yang lain, mak cik Ida. Mak Cik Ida suh aku datang dulu kat
rumah dia. Abang ngan mak aku pun no hal. Sampai sana, mak aku pun bukak cerita
yang aku dapat keje kat situ. Mak Cik Ida suh aku duk umah dia je, pasal rumah
dia lagi selesa dari rumah pak cik aku tu. Mak aku pun lagi suka sebenarnya,
aku pun sama hehe.. Waktu keje lak boleh gilir-gilir dia dengan anak dia iaitu
sepupu aku boleh hantar. Aku pun orite je. Senang cerita aku duk umah Mak Cik
Ida, tapi malam tu kitorang pegi jugak rumah pak cik aku, takut dia kecik ati.
Pekerjaan
pertama aku ialah aku kene jadi ejen atau telemarketing untuk sebuah university
swasta yang baru dibuka. Takdelah baru sangat tapi kira barulah juga tak berapa
dikenali sangat. Kejenya macam senang tapi punyalah mencabar. Dapat pulak
member-member yang lebih kurang sama je dengan aku. Baru abes belajar, xde
kerja, kalau ada pun kerja biasa-biasa jugak. Tapi nasib baik kitorang semua
sekepala. Boleh sembang kencang macam-macam walau pun pada mulanya adala sorang
dua yang tak berapa ngam. Disebabkan kerja macam ni kene buat berkumpulan and
berkejasama dengan orang lain kita orang jadi rapat. Takdelah rapat manapun
tapi sekurang-kurangnya kami gembira bila bersama. Kitorang kene jadi agen u ni
untuk mencari student yg nak belajar kat sini. Alah mana-mana kolej atau
university swasta mesti ada benda ni punya. Aku pulak sebab dah terdesak sangat
nak keje, aku amik jelah peluang ni. At least aku terdedah dengan dunia baru.
Benda yang paling best aku keje kat sini ialah dapat jalan-jalan secara free
haha! Company tanggung semua perbelanjaan makan minum dan penginapan. Sebenarnya
bukanlah free, kitorang kene cari studentlah untuk bayar balik semua kos tu.
Alah kalau xdapat student pun paling2 kene marah ngan kene tarik balik fon yang
diberikan. Tu je kihkihkih…
Benda
paling best aku dapat gi Terengganu ngan kedah. Waktu tu on the spot kot bos
aku ajak. Nasib baik kawan pompuan aku ikut sekali, so aku ok jelah. Waktu aku
pegi tu, waktu pkok bunga yg konon-konon macam pokok sakura tu tengah berkembang
kat kedah. Perghhh merasa suit macam ala-ala kat jepon waktu tu..hehehe..pastu
dapat gi gunung jerai..cantikk siott gunung jeraii..sejuk, tempat tinggi,
pemandangan cantik, banyak bunga-bunga cantik. Padahal dulu-dulu masa aku
kecik2 ade je bunga tu kat tepi kolah rumah aku. Tapi kat gunung jerai tu
diorang tanam elok-elok n bg bentuk cantik2. Malangnya aku tak ingat nama bunga
tu apa. Nak bgtau kat mak aku pun tak reti huhu.. pastu aku siap berangan nak
honeymoon kat situ nant hahaha. Itulah pengalaman yang paling best yg aku rasa
masa buat keje telemarketing ni. Pastu ada gak aku gi bukit tinggi. Tapi aku
rasa tak best sangat kat bukit tinggi tu. Hehe..
Itu
benda yang bestla.. benda yg x bestnya aku kene uruskan segala benda pasal
budak2 yg nak dftar masuk kat ipts ni. Dr a sampai z ko kene terangkan and
buat. Dari isikan borang, amek kunci bilik sampailah masuk dalam rumah, loan
mara, transport, jadual, kelas..arhhh macam2! Dulu aku masuk u, semua buat
sendiri kotttt..yela dah bayar kan, so kiterla yg kene melayan huhu.. okey tu
xpe lagi kot kalau management ipts tu sendiri smooth and licin je
pentadbirannya. Ini huru hara! Dengan masalah kolejnya, paymentnya, gosip2
dalaman lagi..budak2 tertinggal bas cari aku, xdpat masuk umah kunci x boleh
bukak mak bapak cari aku, pak guard tak bagi masuk rumah cari aku, nak pindah
tak cari aku tapi aku yg kene tanggung bahananya..Ahh mampos kaulah aku tak
layan. Lama2 aku blah…hahaha. Ada satu hari tu aku dapat call dr satu sekolah
yg aku penah interview utk jawatan cikgu tp kali ni dia ofer kerani. Aku pun
main sebat je sebab dah x tahan ngan serabut keje telemarketing tu. Aku dpat
call tu pagi, tgah hari tu jugak aku cabut.hahaha..tercengang kawan2 aku. Sian
gak aku ngan sorang member ni yang aku sama2 gi kedah Terengganu, sebab aku
rapat ngan dia dulu. Tapi time tu die gi sabah. Aku pun x smpat jumpa gak ngan
bos aku yg slalu tumpangkan aku balik sbab dia gi semayang kot time tu. So, aku
belikan die gula2 ngan biskut tapi yg dok perabihkan kawan2 pejabat aku. Haha
sengallll..kiranya aku keje marketing tu 3 bulan je. Dalan masa 3 bulan tu aku
Cuma dapat 4 org student. Itupun sorang dah blah walaupun baru dftr 2-3 hari.
Cilake. Dahla payment aku belum dapat. Nasibnya aku Cuma dapat separuh payment.
Jahanam ko budak.
Walau
apa pun, bila aku kenang2 balik aku rindu dengan kawan2 aku yg keje telemarketing
tu. Aku keje jat situlah aku tau apa tu telemarketing. Aku rindu dgn gosip2
nakal kitorang, dgn gurau senda kitorang, dgn cari pasal gaduhnya, dgn
pertahankan pendapat masing2nya, dgn cari jalan macam mana nak dpt student, dgn
mengumpatnya hahaha mcm2lah… akhirnya berakhirlah kerjaya aku sebagai
telemarketing kat ipts tu…
Entry
seterusnya aku akan cerita pengalaman aku jadi kerani sekolah lak.
Friday, 26 September 2014
Pening
Kenapa kepala aku pening sangat ni. Berdenyut-denyut kuat
sebelah kanan. So, aku decide gi pantry minum milo hangat. Alhamdulillah, rasa
ok sikit. Rasa macam urat-urat dalam kepala aku yang berdenyut-denyut tu
mengembang kena siram dengan milo hangat. Aku terfikir aku ni kene tekanan
darah rendah ke tetiba boleh pening berdenyut-denyut macam ni. Aku fikir
satu-satu kemungkinan aku boleh jadi pening ni.
- Tak cukup tidur. Badan penat. Malam tadi gi U, tengok short film. Aku punyelah berkobar-kobar naik bas, sangup tukar jeans ngan kasut sporty balik keje nak tengok benda alah tu. Sampai U, tempat sepatutnya aku turun dari bas, boleh pulak aku tak turun. Aku just duduk sebab malas nak rempuh orang-orang yang padat berdiri dalam bas tu. Akhirnya aku turun kat mana aku mula-mula naik bas tadi. Apesalla bangangnya aku ni. Kalau dah malas nak rempuh orang tadi patutnya aku standby siap-siap berdiri kat tepi pintu bas tadi. Senang aku nak turun. Hadooiii. Pastu aku turun dr tempat naik bas tu, aku jalan kaki ke U. Tabah tak tabahlah aku jalan kaki. Dahla gerimis rintik-rintik. Jalan punya jalan nasib baikla ada jalan short cut, perjalanan tu pendek sikitla. Mula-mula short filem tu best, lama-lama aku rasa dah termasuk ke alam lain. Alam mimpi haha. Balik pukul 11.30. Sampai rumah, mandi, gosok baju utk esok, main wechat jap. Tau-tau aku tidur pukul 1. Bangun kul 5 (awal gile) sebab malas nak berebut mandi. Pukul 5 suku sambung tidur sampai 6.20. Baru tido lambat satu malam eye bag dah macam 8 pain air.
- Period. Ye raku period hilang banyak darah. Dahla hari kedua, heavy day. Dengan sakit pinggangnya, sakit perutnya, dengan jalan kakinya, dengan lapornya. Fuhh macam mana badan tak penat tak sakit.
- Makan tak seimbang. Macam mana nak seimbang tengah jimat giler babi nak tunggu gaji minggu depan. Makan nasi tak menentu. Kalau makan nasi pun nasi lemak. Apelah sangat kesimbangan yang ada dalam nutrient nasi lemak yang dijual di tepi jalan tu huhu. Tengah hari tak makan, malam lak Cuma alas dengan pisang goreng seringgit ataupun mee sedap. Aku makan mee segera pun sebab terpaksa tau. Kalau tak seterdesak macam ni aku tak makan instant mee.
- Banyak fikir. Fikir macam mana nak save bajet macam kat ats tu la. Sekarang ni yg banyak makan duit aku, ialah tambang bas aku. Enam kali perjalanan setiap pegi balik. Bayangkan bayangkan 6 perjalanan tu. Tiga perjalanan pegi dan tiga perjalanan balik. Huhu..Keluar rumah matahari baru nak naik, balik matahari dah tenggelam. Matahari aku lampu kat pejabat jelah.
- Banyak sangat mengadap computer. Yelah abestu aku nak keje dengan apa. Aku bukannya keje kilang. Boleh jugak guna tangan ke nak cantum-cantum komponen ciplak haha. Mata cepat letih lesu, berpinar je tengok skrin computer ni.
k Itulah
aku rasa faktor-fktor kepada terjadinya kepala aku pening. Masuk hari ni, aku
dah dua hari makan gaji buta sebab bos tak bagi aku apa-apa kerja. Kerja hari
tu dah siap dan dah hantar kat die. Cuma die belum sempat nak check and
sekarang pulak dia busy semacam je. Aku ni plak jenis malas nak tanya bos. Niat
dalam hati kalau jumpa nak tanya ada apa-apa kerja tak nak bagi tapi time dia
elok je lalu sebelah aku boleh konon-konon wat busy. Busy apa kebenda. Busy
menaip entry blog.hahaha. ape-ape jelah ko ni ai rish.
Kehadiran insan istimewa dalam hidup kita
Insan istimewa bukan kekasih, suami atau isteri yang saya
maksudkan. Maksud aku kat sini ialah, insan kurang sempurna secara fizikal atau
mental. Sesiapa yang menerimanya dengan redha akan menganggapnya insan istimewa
siapa yang tidak redha akan menganggapnya beban atau bala bencana. Mungkin
insan-insan istimewa tu seperti anak yang cacat, bisu, pekak, buta, sindrom
down, autism, atau penyakit yang sukar diubati. Bukan calang-calang orang yang
menerima ujian sebegini dan bukan semua orang juga dapat menerimanya sebagai
ujian dalam hidup mereka.
Aku bercakap dari segi pengalaman. Tak terlintas langsung
dalam fikiran aku, yang keluarga aku akan memiliki seorang ahli keluarga
istimewa, anak saudara aku. Anak saudara aku ini merupakan anak pertama bagi
perkahwinan abang aku dengan isterinya a dan cucu sulung bagi sebelah kakak
ipar aku. Sapa yang tak teruja dengan kelahiran macam ni kan, anak pertama dan
cucu pertama. Aku jugak teruja, sebab ni abang sulung aku yang akan dapat anak.
Semuanya berjalan seperti biasa-biasa saja, sehinggalah
Allah telah menentukan segala-galanya seperti mana manusia hanya merancang,
Allah yang menentukan. Kakak ipar aku melahirkan melalui pembedahan, katanya
bayi dalam lemas kandungan. Aku tak ingat sangat waktu ni apa yang berlaku,
hanya berdasarkan penceritaan semula kakak ipar aku.
Waktu dapat tau kakak ipar aku bersalin, semua gembira saja
sampailah dapat tau yang baby ada masalah. Aku ngan mak aku pergi ke Kuala
Lumpur untuk melawat kakak ipar ngan baby. Waktu tu kakak ipar aku dah balik
rumah tapi baby masih kat wad. Aku tengok kakak ipar aku okey-okey sahaja,
gembira macam ibu-ibu lain dapat anak. Aku pun tak syak apa-apa yang baby tu
bermasalah. Mak aku bagitau nak tengok baby kat hospital, tapi kakak ipar aku
kata tak boleh tengok suka-suka. Yang boleh tengok ibu bapa je. Kalau nak
tengok jugak kene pandai-pandai kelentong nurse atau waktu sister tak ada. Mak
aku dah start kecewa. Aku tak ingat mak aku dapat tengok jugak tak akhirnya.
Sampailah baby tu dah balik umah and dibawa ke kampung. Aku
tau baby tu tak normal and tak sama macam baby lain. Tapi aku tak tau apa nama
penyakitnya and aku tak berani nak tanya. Keluarga belah kakak ipar anggap
semua macam biasa and teruja dengan baby tu. Semuanya sayang bagai menatang
minyak yang penuh. Sesuatu yang tak ada dalam diri mak aku waktu tu.
Aku namakan baby tu Karl. Disebabkan dibaringkan terlalu
lama, tak boleh bergerak secara normal macam baby lain, kepala Karl kene cukur
bantal and macam ada bendalir yang tersimpan di belakang kepalanya. Lama-lama
bendalir tu hilang tapi kawasan bendalir tu berbekas dan tak ditumbuhi rambut. Kitorang
dah tahu nasib Karl tak sama macam budak-budak lain bila besar nanti. Dan orang
yang paling sukar menerimanya ialah mak aku.
Karl tak boleh menerima arahan, Karl tak boleh duduk diam,
Karl agresif, Karl sukar dijaga melainkan dengan orang yang benar-benar rapat
dengannya (dengan aku jangan haraplah). Senang cerita susahnya nak jaga Karl!
Aku tak tau apa nama penyakit Karl tapi keadaan Karl sama macam budak-budak
sindrom down. Abang aku habiskan banyak duit untuk merawat Karl. Waktu bersalin
je dah habis beribu-ribu (kakak aku bersalin hospital swasta). Ada
kadang-kadang tu aku rasa terlalu geram dan benci dengan Karl. Bukan kerana
ketidaksempurnaan Karl, tetapi kerana dia tidak boleh menerima arahan yang kita
bagi.
Waktu Karl dah pandai berjalan kesana-kemari adalah waktu
yang sangat-sangat mencabar dan menguji kesabaran. Kita cakap jangan buat, dia
buat. Jangan sepahkan, dia pecahkan. Jangan teraburkan, dia jatuhkan. Jangan
Tarik, dia rentap. Arghh penat-penat! Mungkin mak aku belum boleh terima
sepenuhnya dia ada cucu tak normal macam tu, ada sekali mak aku cakap “kandang
jelah budak tu!”. Serius, aku yang geram sentiasa dengan Karl tak pernah fikir
sejauh itu.
Macam-macam rawatan
moden dan tradisional abang aku buat untuk mengurangkan keagresifannya itu. Dan
tak silap aku, abang aku wat rawatan suntikan hormone yang makan berbelas-belas
ribu. Hormon arnab dimasukkan dalam badan Karl. Alhamdulillah, aku tengok ada
banyak perubahan dalam diri Karl. Tutur bicaranya makin jelas. Lebih tenang,
tak seagresif dulu dan dah boleh memahami komunikasi yang kita sampaikan.
Sampailah Karl ada tiga orang adik lelaki. Rezeki abang aku, semua anak dia
lelaki.
Orang yang paling
tabah aku tengok tentulah abang dan kakak aku. Masa dia keluar hospital lepas
bersalin, dia langsung tak menunjukkan tanda-tanda kesedihan walau dia tau anak
dia tak normal, walau dalam hati siapalah yang tahu kan. Masa tu aku fikir
mesti dia tak nak beranak lagi takut dapat anak macam tu lagi. Tapi aku silap
selang tiga tahun dia mengandung lagi dan melahirkan anak yang sihat dan
normal. Setahun kemudian, beranak lagi, dan empat tahun kemudian dan lagi. Lama-lama
mak aku redha, dapat cucu tak normal tapi semua anak abang aku laki. Semua
jeles heheh.
Abang aku. Abang akulah yang paling tabah, bertungkus-lumus
membesarkan anak-anak dia walaupun kadang-kadang aku rasa nak terajang
sekor-sekor sebab nakal sangat termasuklah si Karl tu. Kalau dulu Karl mungkin
tak faham buat satu benda, tapi sekarang dia suatu benda sebab nak nganjing
kita marah. Kurang hasam ko budak!
Satu yang paling aku respect dengan abang and kakak ipar
aku, diorang tak pernah sorok Karl dari orang ramai. Tak pernah
tinggal-tinggal. Macam mana orang lain tunjuk anak dia yang sihat macam tulah
abang aku kenalkan Karl kat orang lain supaya dia boleh bergaul and bersosial
dengan orang lain. Dia tau Karl tak
boleh belajar macam orang lain. Dari baby abang aku dengarkan ayat-ayat suci
al-Quran dengan Karl. Channel 106 Oasis tu dah kira tv3 la buat kitorang.
Everytime azan, mengaji or zikir dia akan bukak and bagi Karl dengar. Tak cukup
lagi, dia pasang cd-cd mengaji kat radio
atau dalam kereta. Tak cukup lagi tu,
dia belikan radio ngan cd letak kat sekolah khas tempat Karl belajar. Hasilnya
Karl boleh hafal surah-surah pendek, zikir-zikir, doa-doa yang ditayang kat tv.
Nak bagi pertuturan dia lebih jelas, abang aku pasang cd lagu-lagu jiwang karat
80-90an yang tangkap leleh tu. Karl akan hafal dan nyanyi sama-sama bila lagu
tu dipasang. Vocabulary dia bertambah dan banyak perkataan yang boleh dia
sebut.
Abang aku hanar Karl
kat tadika budak-budak sindrom yang sama macam level dengan dia. Lepastu
masukkan dia kat sekolah rendah khas supaya ada cikgu khas yang benar-benar
boleh mengajar dengan budak macam tu je boleh ajar dia. Know what? Budak macam
ni akan lebih mudah tertarik atau bergaul dengan budak-budak yang sama macam
diorang. Contohnya makcik aku ada adik yang terencat sikit. Dah tua dah adik
dia tu, tapi dah boleh urus diri sendiri la Cuma kene pemantauan je. Si Karl ni
kalau namapk mak tok dia yang sorang ni belum sampai rumah lagi dah terlompat
lompat terjerit-jerit nak jumpa mak tok dia. Pastu kalau dah jumpa mulalah
mengendeng-ngendeng macam kucing manja sampai mak tok dia nai rimas. Kat
sebelah aku pulak adelah anak kepada sorang sedara ni bisu. Waktu raya,
kitorang adik-beradik datanglah beraya. Dalam banyak-banyak anak-anak sedara aku
yang berderet-deret ni, si budak bisu nak main ngan si Karl. Maybe dia dah
biasa Nampak budak macam tu kat sekolah khas dia. Yelah budak-budak istimewa
jugak. So, aku rasa insan-insan istimewa macam diorang ni semua mempunyai
ikatan yang kuat bila bersama. Hanya mereka yang sama-sama merasai betapa
istimewanya diorang.
Alhamdulillah sekarang Karl dah 12 tahun. Walau tak sama
macam budak lain, walau masih pampers , walau masih minum susu botol, dia dah
boleh harap sikit-sikit. Bagi susu kat adik, jaga adik kejap (5 minit jelah),
main ngan adik, marah adik hahaha..Rezeki abang aku jugak tak pernah putus.
Walau pun abang aku takdelah bergaji besar, kakak aku pulak cikgu, dengan anak
empat orang sorang plak istimewa duduk lak kat Bandar hang ingat tak putus urat
ke hidup macam tu. Keluarga sebelah kakak ipar aku sangat-sangat menyayagi
Karl. Adik-beradik aku yang lain pun sayangkan Karl Cuma mungkin tidak semampu
and sekuat diorang untuk menjaga dan melayan Karl macam diorang. Paling-paling
yang selalu dengan Karl, akulah. Penah diorang tiga beradik kene campak
bergili-gilir, aku jugaklah yang kene turun KL jaga si Karl. Takut jugaklah aku
waktu tu, yelah die buat perangai ke mengamuk ke mampus aku tak reti nak
control. Waktu tu aku mintak jangan berak sudah. Hahaha tak reti kot nak
bersihkan dia. Penah sekali dia gigit jari aku sebab apa entah. Aku
tengok-tengok jari aku dah bengkak biru-biru esoknya. Punyelah gigi Pontianak
ko ni Karl. Penah Kene baling botol susu yang full kat muka? Pun penah..nasib
baik je aku tak baling balik kat dia.
Kesimpulannya kat sini, kalau ada sesapa yang terbaca post
ni and korang pulak ada anak atau
saudara mara istimewa tapi belum boleh menerima seadanya keadaan mereka,
perlahan-lahanlah ubah rasa ubah. Percayalah diorang ni hadir dalam hidup kita
sebab Allah dah pilih kita untuk sama-sama kaut pahala berbuat baik utk
diorang. Diorang ni akal x berapa sempurna, jadi diorang tak ada dosa. Mungkin
diorang tak kenal atau tak ingat sapa yang buat baik dengan orang masa kat
dunia, tapi bila kat akhirat mana tahu nama kitalah yang disebutnya nantikan. Wallahualam.
Wednesday, 24 September 2014
hijabis tapi beraksi mesra
haha baca tajuk pun dah tahu kan perkara apa aku nak sentuh..
seriously aku rasa menyampah gila tengok hijabis sekalian ni membuat aksi-aksi mesra dengan boyfriend diorang.
kalau jilboobs aku tak heran, kalau boobs pon boleh tayang free, apatah lagi pegang2 tangan, pegang2 pinggang ye tak...
tapi aku tuju kat perempuan-perempuan yang pakai punyela sopan, baju labuh longgar x ketat x nampak susuk, tudung pun labuh dada, sempurna, tak nampak apelah senang citer kat batang tubuh dia ni
tapiiii boleh pulak pegang-pegang tangan, rangkul2 pinggang, kepit2 tangan boyfren..wadefakkk la wehhhh
ko pikir ko pakai labuh x nampak boobs ko dah selamat dunia akhirat ke?
aku cerita benda ni pasal aku sendiri dah menyampah tengok posting2 kat fb oleh seorang kawan laki aku ngan girlfren die ni
camne ropa girlfren die? cam yg aku cter kat atas tulah. pakai suci sopan, xnampak celalah kiranya. kalau ustaz2 terpikat pun boleh. tapi dok tayang2 pegang tangan sama2, pegang pinggang, kluar status "kalau tak hari-hari gigit kita, hari-hari pukul kita tak sah agaknya sayang kita ni. walau apa pun kita tetap sayang. hehe..."
gigit apa nokkk??? sedap ke?? seriously macam ni ke hijabis????
walaupun aku xdelah baik sangat pakai suci macam kau, tapi aku tak sanggup nak menodai kesucian pakaian yang aku dah pakai
kalau aku nak wat ringan2 ngan pakwe aku aku takkan pakai mcm kau
sedarlahh weiii hijabiss
wahai jantan yg perasan die alimlah sangat tu..dah tau pompuan ni akal pendek, cuma satu pulak tu...janganlah lemahkan lagi iman kitorang ni..kalau rasa pompuan tu baik toksahlah cemarkan kesucian dia, walaupun pegang2 tangan ke, pegang2 pinggang ke...
isk isk..harap diorang cepat2 kawen..kurangla sikit hati aku mengumpat..
seriously aku rasa menyampah gila tengok hijabis sekalian ni membuat aksi-aksi mesra dengan boyfriend diorang.
kalau jilboobs aku tak heran, kalau boobs pon boleh tayang free, apatah lagi pegang2 tangan, pegang2 pinggang ye tak...
tapi aku tuju kat perempuan-perempuan yang pakai punyela sopan, baju labuh longgar x ketat x nampak susuk, tudung pun labuh dada, sempurna, tak nampak apelah senang citer kat batang tubuh dia ni
tapiiii boleh pulak pegang-pegang tangan, rangkul2 pinggang, kepit2 tangan boyfren..wadefakkk la wehhhh
ko pikir ko pakai labuh x nampak boobs ko dah selamat dunia akhirat ke?
aku cerita benda ni pasal aku sendiri dah menyampah tengok posting2 kat fb oleh seorang kawan laki aku ngan girlfren die ni
camne ropa girlfren die? cam yg aku cter kat atas tulah. pakai suci sopan, xnampak celalah kiranya. kalau ustaz2 terpikat pun boleh. tapi dok tayang2 pegang tangan sama2, pegang pinggang, kluar status "kalau tak hari-hari gigit kita, hari-hari pukul kita tak sah agaknya sayang kita ni. walau apa pun kita tetap sayang. hehe..."
gigit apa nokkk??? sedap ke?? seriously macam ni ke hijabis????
walaupun aku xdelah baik sangat pakai suci macam kau, tapi aku tak sanggup nak menodai kesucian pakaian yang aku dah pakai
kalau aku nak wat ringan2 ngan pakwe aku aku takkan pakai mcm kau
sedarlahh weiii hijabiss
wahai jantan yg perasan die alimlah sangat tu..dah tau pompuan ni akal pendek, cuma satu pulak tu...janganlah lemahkan lagi iman kitorang ni..kalau rasa pompuan tu baik toksahlah cemarkan kesucian dia, walaupun pegang2 tangan ke, pegang2 pinggang ke...
isk isk..harap diorang cepat2 kawen..kurangla sikit hati aku mengumpat..
Menilai seseorang dari luar
Beb, aku nak tanya pernah tak korang menilai seseorang dari luar. Tipulah x penah kan? Kalau tak banyak sikit tu mesti ada. Tak kisahla dari penampilan dia ke, pergaulan dia ke, percakapan dia ke, pendidikan dia ke. Sikit-sikit kita mesti ada buat tafsiran sendiri kat orang tu lebih-lebih lagi untuk orang yang kita baru kenal baru jumpa atau tak berapa nak kenal sangat.
Macam tu jugaklah dengan aku. Aku buat kesimpulan sendiri orang tu macam ni macam tu bila aku tengok dia. Tak kisahlah dari sudut apa aku tengok. Tapi benda ni mula aku ubah setelah seseorang ajar aku. Sebenarnya Allah yang ajar aku, tapi disampaikan melalui seseorang. Seseorang ni kawan aku sendiri yang sama-sama sekolah dari darjah 1 sampai darjah 6. Antara kawan yang paling dikagumi, dihormati dan disayangi oleh kawan-kawan yang lain.
Macam ni kisahnya. Aku ada seorang kawan rapat masa form 2. Sama-sama sekolah sejak darjah 1 jugak tapi tak pernah rapat pon. Rapat masa form 2. Entah macam mana boleh rapat pon aku tak tahu. Dia ni sosial ya amat. Keluar ngan jantan tu dah memang yelah. Tak balik rumah pernah, kehulu kehilir dgn jantan mana entah aku pun tak tahu. Masa tu kitorang just form 2. Clubbing aku tak tahu, sebab rumah kitorang ngan bandar jauh. Kat bandar jelah ada club, kat kampung ada cikaro hehe.. Minum ke apa semua aku tak tau. Tapi aku rasa tak ada.
Sampailah masa form 3, Tengok2 dia tak ada kat sekolah. Aku gi umah dia. Mak dia cakap dia duk umah pak cik dia sekarang. Hmm.. aku sedih gak lah. Walau pun dia sosial, tapi dengan dia jugaklah aku hepi berkawan. Lagipun dia tak penah ajak aku wat benda bukan2. Die nak wat hal dia, die wat sendiri. Dia tahu aku tak macam dia. Kitorang still keep in touch sampai form 4. Aku tak penah jumpa dia lagi pastu. Abes SPM, dapat tahu dia dah ada anak. Aku tak terkejut. Cuma aku tak tahu dia kahwin baru dapat anak atau ada anak baru kahwin. Itu aku tak berani tanya.
Sampailah aku masuk U, tahun 1 rasanya. Kawan aku buat perjumpaan kawan-kawan sekolah masa hari raya haji. Masa tulah aku jumpa kawan aku yg sosial tu. Dia masih sama macam dulu, cantik, bergaya. Tak nampak gaya pun gaya seorang ibu beranak dua. Kitorang baru 21 tahun kot masa tu. Tapi dia masih nampak cam remaja-remaja lain. Penampilan dia takdelah sexy cuma freehair dgn muka make up.
Mula-mula tu aku tak nafikan aku ada tanggapan buruk kat kawan aku ni. Yelah belum abes sekolah dah kawen, Tak tahulah apa taraf apa anak dia tu. Ishhh memang jahat fikiran aku waktu tu. Dalam waktu yang sama, dalam perjumpaan tu ada lagi sorang kawan aku yg aku kata direspect oleh kawan-kawan lain. Dia ni anak ustaz-uztazah. Keturunan keluarga baik2 org kata. Mak dia sendiri ustazah kitorang masa sekolah agama dulu. Aku fikir, dia mesti tak layan kawan aku yg sosial tu. Yelah dia orang alim mana nak join org sosial yg dah ada anak muda2 mcm kawan aku tu.
Tapi time tu jugak Allah bayar cash kat aku. Kawan aku yg alim tu layan elok2 je kawan yg aku kata sosial tu. Muka kawan alim tu lagi berseri-seri bertanyakan hal anak kawan sosial aku tu. Tak depun terpancar perasaan ke tanggapan ke fikiran ke prejudis terhadap kawan sosial aku. Aku jer yg fikir mcm tu huhu.. Termalu sendiri aku waktu tu.
Huhu..walau pun peristiwa tu kecik je tapi impaknya besar bagi aku. Janganlah kita menilai orang dari luar atau kisah silamnya. Mungkin orang itu sudah berubah dan hidupnya lebih baik dari kita. Dan siapa aku nak tuduh bukan-bukan kat anak kawan aku tu. Itu antara dia dengan Tuhan jadi tak perlu aku jadi pengadilnya nak menghukum kawan aku tu. Lagipun berdasarkan pertemuan aku ngan kawan sosial aku, dia dah jauh lebih baik daripada dia yg aku kenal dulu. Dia memilih berkahwin untuk menjaga dirinya daripada terdedah dengan perkara yang sia-sia dan ternyata perkahwinan telah membahagiakan dia. Dia nampak tenang, matang, dan menerima seadanya kehidupan dia. Aku rasa cukup2 berterima kasih kpd suami dia yg sanggup kahwin ngan dia waktu umur 17 tahun.
Ape cerita pulak kawan alim aku tu? Dia dah jadi ustazah skang and die pun dah kawen. mula2 terkejut gak dpt undangan kat fb. tp aku xdelah terkejut sgt, yelah org2 mcm ni x membazir masa ngan bercinta hehe. so, aku pun nak taulah sapa bakal suami dia. ustaz gak ke. guess what??? kawan masa sekolah aku jugak. tapi dia senior la. aku dah start dupdapdupdap. pasaipa? pasai kitorang dulu kenal die sbg seorang pondan! pondan kawen ngan ustazah?! wow berita terhangat. tapi aku xkan nak tanya kat fb, so aku pendam sorang2lah persoalan aku tu. dan akhirnya terjawab oleh kawan ex sosial aku tu sendiri haha. simbiosis kan. rumah diorang dekat2 so confirm tau punyelah benda ni.
memang konpem kawan uztazah aku tu kawen ngan ex pondan. so aku jengah2 fb, nmpak la pic nikah diorang. serius ex pondan tu nmpak style uztaz. jelas terpancar kebahagiaan di wajah kawan aku. alhamdulillah gelaran pondan itu hanya kami yg ingat sbg kenangan waktu sekolah. aku percaya lelaki itu telahpun bertaubat diatas kejahilannya waktu remaja dulu. dan sekarang dia telah menjadi seorang yg baik dan aku yakin die boleh membimbing kawan ustzah aku tu. sembilan bulan lepas tu diorang dah ada anak . :')
aku sangat2 respect kat kawan uztazah aku tu. langsung x memandang kisah silam suami die, dan kawan ex sosial aku. sejak hari tu aku dah jarang menilai orang dari luarannya atau dari pandangan pertama kita. kesannya, bila ada org tanya aku " apa pandangan kau tentang dia?"
jawapan aku kosong. aku x de jawapan untuk die. aku perlukan masa untuk jawapan itu. dan biasanya aku kumpul jawaapan yg baik2. yg x baik, aku biarkan angin membawa pergi.
pengajaran paling besar :
semua orang tak sempurna semua orang buat silap. semua orang ada kisah silam baik dan buruk, dan mereka juga boleh berubah. buruk yg kita kenal semalam atau hari ini tak mustahil baik yg kita jumpa hari esok. :)
Subscribe to:
Posts (Atom)

.jpg)
