Wednesday, 20 November 2013

REALISME DAN NATURALISME SEBAGAI FALSAFAH TEORITIS DALAM PERSEMBAHAN TEATER

REALISME

  1. Teori ini diaplikasikan dalam bidang etika, estetika, kajian sebab akibat, permodalan, sains, matematik, semantik, menanggapi objek-objek dunia amnya.
  2. Mengutamakan kepada menanggapi objek, peralatan bersangkutan dengan objek, dan fakta sekitar objek.
  3. Objek mesti benar, kelihatan, dikenal, menyokong dan mengesahkan fakta objeknya.
REALISME DALAM TEATER
  1. Realisme dalam persembahan teater mengutamakan perhatian kepada golongan rakyat biasa yang dilanda masalah sosial dan psikologi.
  2. Paparan dramanya mendepankan manusia yang menjadi mangsa kuasa yang lebih besar daripada mereka, sebagai manusia yang perlu berhadapan dengan dunia yang pesat membangun.
  3. Seni teater yang mengaplikasikan teori realisme mengolah watak sebagai manusia biasa , tak berdaya, tidak mampu menyelesaikan masalah yang melanda kehidupan harian mereka.
  4. Jenis teater realistik adalah menghasilkan seni yang buktinya dapat kita lihat berlaku di sekeliling kita.
LATAR TEORITIS YANG MENYANGKAL REALISME
  • Simbolisme
  • Ekspresionisme
  • Metafiziksme
  • Surrealisme
  • Romatisisisme
NATURALISME
  1. Aplikasian teori ini mahu menepati realisme 100% bahkan mahu lebih tepat walaupun dalam yang taboo, sangat peribadi, dan tak manis dinampakkan kepada semua pandangan mata.
  2. Naturalisme berpegang kepada hakikat bahawa segala semulajadi yang menguasai struktur dan perbuatan jagat. Alam sejagat ditanggap oleh mereka sebagai yang menghasilkan hakikat itu.
PAPARAM NATURALISME DALAM TEATER
  1. bERUSAHA untuk meniru dan menunjukkan segala kebenaran harian dalam hidup.
  2. Dramanya mendedahkan kebobrokan kehidupan manusia, yang berkaitan dengan pesimistik dalam kehidupan seperti gejala miskin, rasis, seks, keganasan, prasangka, penyakit, korupsi, pelacuran, dan kekotoran- silap laku manusia yang membawa kesengsaraan semata.
  3. Sperti realisme, naturalisme juga menentang aliran romantisisme dan surrealisme.

Thursday, 14 November 2013

orang lain buatkan assignment

 korang penah tak suruh orang lain, atau kawan korang buat assignment korang masa kat universiti dulu. seingat aku, aku x penah suruh orang lain buat. kalau tugasan kumpulan tu adela kot sesekali orang tu punya keje banyak sikit aku punya sikit je.. hehe.. tapi xdela sampai aku x buat langsung. tapi tugasan individu memang tak pernah aku suruh orang lain  buatkan. dah lambat mcam mana sekalipun, x buat langsung mcam mana sekalipun aku tetap akan buat sendiri dan hantar. dah lambat ke caca marba ke, dpat b ke c ke tugasan aku, pi lantak. xpernahnya aku suh orang lain buat. aku hangin tetiba bila adela sorang member yang dah pangkat kakak ni tetiba suh aku tolong wat assignment die. tolong? aku dah rasa memang aku yg kene buat ni adelah. aku faham keadaan die yang bz dengan macam2 projek akhir tahun kene buat. tapi dulu masa aku amek subjek ni aku pun sekelas dengan kakak2 tahun akhir yg bz ngan final year projek diorang, dan diorang wat sendiri. lantakla camne sekalipun assigment yg diorang buat, bila aku tanya diorang jawab buat sendiri dan aku yakin memang buat sendiri bila tgok tugasan diorang mmg sama tahap dengan dioranglah hehe..jahatnya aku..yerla x cam bengang plak aku bila kakak ni mntak tolong sebab die lagi biase kot dengan assignment mcm ni. masalahnya bukan x nak tolong, keje2 mcm ni ingat senang ke nak wat. dulu aku wat keje dlam tekanan pun  semua idea tu ada dlam idea aku sendri, dlm kpala otak aku sendiri dan senang aku tulis dlm assgment aku sndiri. ni die bg idea yg agak susah  utk aku kembangkan dan dlm waktu yg singkat tp aku nak bnda tu best. knapa aku nak bnda tu best? sbab aku nak mintak upah haha.nak adapt idea aku ngan idea ko dalam satu paper? aku ni kalau dh tau keje aku last mnute maka aku taulah hasilnya pun last mnute macam mane jelah kan. so aku tanggung jelah sorang2 hasilnya kalau x berapa nak bernas pun. ehhh aku semakin x fahamlah dengan apa yg aku melalutkan ni...arghhhh

Sunday, 10 November 2013

Tekanan Semasa Akil Baligh





Akil baligh menandakan dengan jelas bahawa seseorang remaja itu telah mencapai tahap kematangan jantina dan keupayaan untuk mengalami perkara-perkara yang berkaitan dengan kejantinaan orang dewasa dan keupayaan melahirkan anak.

Perkataan baligh berasal dari perkataan Latin pubis yang bermaksud bahagian perut bawah atau bulu pada kemaluan. Oleh itu baligh merujuk kepada transformasi fizikal dan zaman kanak-kanak ke zaman dewasa.

Masa bermulanya akil baligh untuk lelaki dan perempuan adalah berbeza. Lelaki akan mengalami baligh pada umur kira-kira 10 hingga 12 tahun manakala perempuan pada umur 11 tahun. Pertumbuhan fizikal dan perkembangan seksual akan berlaku pada masa akil baligh akibat dari hormon-hormon tertentu yang bergerak balas terhadap organ-organ dan tisu-tisu terntentu.

Terdapat lima pertumbuhan utama semasa akil baligh.

  • ketinggian dan berat badan
  • kelenjar seks atau gonad
  • ciri-ciri seks sekunder
  • komposisi badan dan sistem pernafasan
  • sistem peredaran
Pertumbuhan lelaki semasa akil baligh
  • peningkatan ketinggian dan berat badan yang pesat
  • pertumbuhan saiz testikal dan zakar
  • pertumbuhan bulu kemaluan dan bulu di bahagian badan yang lain
  • pengalaman pancutan air mani pertama yang dialami seawal-awalnya pada umur 11 tahun dan selewat-lewatnya pada umur 16 tahun
  • perubahan suara menjadi garau
Pertumbuhan perempuan semasa akil baligh
  • peningkatan ketinggian dan berat badan terutamanya pada umur kira-kira 12 tahun
  • perkembangan buah dada antara umur 8 hingga 11 tahun
  • pertumbuhan bulu kemaluan dan bulu ketiak
  • perubahan bahagian rahim dan faraj
  • kedatangan haid pada purata umur 12 tahun
Oleh kerana perubahan-perubahan berkenaan berlaku pada remaja yang masih belum berfikiran matang, maka tekanan berlaku pada diri mereka. Tekanan semasa akil baligh berlaku berpunca daripada perubahan-perubahan fizikal dan fisiologi tadi. Tekanan-tekanan tersebut dicirikan oleh tanda-tanda berikut:
  • emosional dan mudah marah
  • kurang selera makan
  • rasa gelisah dan bimbang
  • mudah berpeluh
  • masalah kesihatan fizikal seperti sakit kepala
  • sukar tidur dan sering terjaga
  • susut berat badan

Pengenalan kepada kajian psikologi remaja



Siapakah remaja?

Definisi fisiologi
- Douvan dan Gold (1966)
   Zaman remaja ditandai apabila organ2 peranakan dan ciri2 jantina sekunder (bulu badan, buah dada dan sebagainya) mula berubah di zaman akhir kanak2. Zaman remaja berakhir apabila sistem peranakan menjadi lengkap.

Defini kognitif
- merujuk kepada kebolehan individu untuk menggunakan simbol2, abstraksi dan strategi2 penyelesaian masalah dalam pemikiran.Pendekatan ini disokong oleh ramai ahli psikologi, misalnya Piaget (1972) dan Elkind (1967). Walau bagaimanapun, sukar untuk mengukur bilakah transisi kognitif bermula. Sebenarnya proses tersebut berlaku secara perlahan-perlahan. Bilakah masanya seorang kanak2 menjadi remaja? Sukar untuk ditentukan.

Definisi kronologikal dan elektik
- menggabungkan perbagai perspektif. Definisi kronologi yang mengatakan zaman remaja itu dekad kedua kehidupan kelihatan terlalu mudah, kurang fleksibel dan mungkin tercipta anggapan palsu tentang permulaan dan tamatnya zaman remaja. Definisi elektik pula ada masalah pengukuran dan ketidak kinsisten.


Wednesday, 9 October 2013

pinjam



perghh berdesup jantung aku bila ade sorang budak ni yg sama keje ngan aku kat pasaraya dulu tiba2 mesej mintak tolong. aku pun tanya la mintak tolong ape. die kata mintak tolong pinjam duit. fuuuuuh aku pon kais pagi makan pagi kais petang makan malam xdela duit masuk kat poket dik oiii. itupun nasib menumpang kat umah abg aku. so bab2 makan memang xde masalah (tadi kata kais pagi makan pagi hehe). budak tu nak pinjam 100 langgar moto org katanya. aikk mana duit ko? baru je masuk gaji aku rasa. yg xley bla tu die kata, suh aku pnjam ngan mak atau keluarga aku. ehh ko takde mak bapak sendiri ke nak mintak? tu yg aku panas tu.die kata duit dah habis betulkan moto ngan bayar ganti rugi org yg dia langgar. mak ayah xkan xley tolong kot setakat 100.. die kata bapak die xtau. takut agaknya nk bgtau. aku bukannya xde duit langsung tp duit tu pun mak aku bg, kononnya utk blajar kete. tapi x blajar2 lagi pun huhu.. tapi x sampai plak aku nak kata xley tolong. aku terimbas masa lalu dulu waktu aku susah wktu aku sempit aku selalu mintak duit abg, mak ngan kakak aku. (tak termasuk skandal huhu). skang ade org susah mintak tolong aku. agaknya nilah Allah nak uji aku. aku pkir2 100 tu kira banyak bg aku. so, aku decide nak bagi 50 je. blum smpat aku reply die dah mesej die kata 50 pun boley. so aku pun no hal. hmm aku rasa adelah hikmahnya dengan aku menolong org ni.


dan dunia itu berputar.


Sunday, 6 October 2013

janji








dalam banyak-banyak janji dipateri
mana satukah paling sukar untuk ditepati?
janji kepada diri sendiri.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...