Tuesday, 24 September 2013

bahasa oh bahasa

1.sangap/ haus

masa aku mula2 datang kl dulu, masa tengah sembang2 dengan kawan aku, aku adalah sebut perkataan sangap yang bermaksud menguap. tapi kawan aku kata kat sini xley sebut perkataan tu. kene sebut menguap. aku tanya kenap. dia kata kat sini perkataan tu membawa maksud yg lain dan x senonoh atau lebih tepat gersang, stim, ghairah. kalau haus pun, sebut je dahaga. aku kata " what the hellll?" hah! elok2 je aku sebut perkataan tu tanpa membawa maksud yg bukan2 sekali kat sini lain pulak maknanya haha..

2. saing

sapa orang johor mesti selalu sebut perkataan ni. contohnya " ani, jom saing-saing dengan aku esok." maksudnya jom pergi sama-sama esok. kawan aku pernah text kawan aku lagi satu, tapi malangnya kawan aku tu x paham. die ingat kawan aku mintak sign attendance kelas. hehe

3. kopek

kopek= kupas atau maksud lainnya t***k.

4. pelam

kalau kat negeri kelantan betulke bunyinya akan jadi "pel*r". kene sebut buah pauh.

banyak lagi perkataan2 yg biasa kita gunakan tapi bila kita kat tempat lain benda tu dah jadi berbeza dan tidak sesuai digunakan dalam masyarakat tersebut. oleh itu, luas berjalan luas pemandangan. lain padang lain belalang :)



Tuesday, 18 June 2013

kerja gila

hari ni dan esok aku buat kerja gila
doakan aku berjaya
esok, kalau semua dah okey aku bagitau korang
yeargggghhhhhhhhhhhhhhh
chaiyokkkkkkkk


#petang2 mcm ni lak ada fogging. huh

Thursday, 13 June 2013

mimpi saya







1. malam tadi mimpi naik roket ngan roomate. roket dah nak terhimpit planet mana ntah pastu nak terhempas ke bumi. dah siap mengucap banyak2. tapi roomate bangun tengok2 tak jadi terhempas. planet tu pun dah jauh. alhamdulillah.

2. mimpi bawak kapal kena handle dengan benang yang dipegang ngan jari. ish nak explain pun susah.  anggap je la mimpi ni memang merepek. benang tu kat bawah kapal tau. kat bawah benang tu ada robot2 besar mcm dlm tranformers yg disimpan dalam laut. kiranya benang tu menarik robot dr laut. benang tu dipegang oleh aku hehe. oohh kat sinila kau simpan robot tu ye. kata hati aku dalam mimpi. wlaupun agak gusar benang tu akan putus, yelah benang je kott tapi benang tu kuat. 

3. mimpi gi jepun. makan sama2 ngan pekerja kilang jepun. nak tau apa yg diorang makan. diorang makan dlm satu kumpulan atas meja makan. kat situ ada satu bekas makanan untuk isi sisa-sisa makanan diorang. nanti org pungut sampah terus je amik bekas makanan tu.

4. kat jepun tu ada nenek yg cam bomoh tp melayu siap ada tulisan2 jawi kat tempat die tu. aku tengok die je. takut ah dia nak calit2 aku nanti.

5. ade exam ngan kengkawanla, kene kejar ngan org jahatla, ada mak sibuk siapkan makanan utk org yg dtg umahla.ade hantu kene lawan hantu haha apa2 jelah...mimpi tang roket tu memang xley lupa haha..

Sunday, 9 June 2013

pencapaian hari ni




hari ni aku kemas bilik
aku lipat baju dalam almari yang aku rasa ada la dlam 2-3 minggu x berlipat
aku basuh bekas makanan yg dah kering ngan sisa makanan yg ntah sejak bile
aku basuh cawan isi oat bau ubat cina yg dah basi bau cam gampang sampai jiran sebelah suh aku alihkan
aku basuh baju yang dah berlonggok
aku tukar cadar katil yang dah berdebu2
aku kemas meja stdy yang dah rupa meja makan plus sinki plus rak buku
aku sapu sampah yang ntah ape2 kat bawah meja
aku jumpa duit syiling seposen lima keping kat bawah katil duit singgit 3 keping dalam sluar
aku susun kasut depan pintu yg berterabur
budak2 yg satu floor mesti aneh melihat pemandangan itu
hari ni aku online internet kat depan dewan hostel
wifi kat blok aku mcm babi
aku patut buat asgment tapi gi baca blog dulu

#tesis dah siap tapi xde footnote.owh ya aku kene denda rm180 sebab x pulang buku library dan dikategorikan hilang. mcm *&%$. dan aku masih xbuat dua lagi asgment. doakan aku tabah.



Friday, 7 June 2013

ajak


wow perkara menakjubkan yang aku buat hari ni ialah mengajak si dia keluar.
bukannya dating atau dinner pun, just pergi ke satu event show kat midvalley
tapi dia tolak dengan alasan x sempat
aku pun xpaham x sempat ape
x may lebih2 aku cakap xpe next time aku ajak die lagi
wahhhh pencapaian yang hebat buat diri aku
hahahaha
perghhh keberanian semakin meningkat
teruskan teruskan chaiyok chaiyokkkk


#tesistaksiaplagi

Thursday, 30 May 2013

tangguh


sebenarnya aku dalam dilemma, aku tak siap tesis aku.
 padahal esok dah kene hantar.
aku tanya boleh delay tak.
kene buat rayuan katanya.
kalau reason x valid, rayuan tak dilayan.
aku nak kata ape lagi
memang niat aku dah salah kot.
awal2 dah niat nak extend.
hah amik kau.
extend bukannya satu sem tapi satu tahun.
perghhh
ikut hati aku, aku sanggup.
tapi aku tahu aku dah kecewakan keluarga aku.

dalam keadaan mcm ni baru tahu nak seru nama Allah
tapi tikar sejadah aku buat tak tahu
sesungguhnya aku hamba yang sombong
padanlah Allah tunjuk kekuasaannya


bila aku jatuh cinta





tentang dia :
1. perkara pertama yang buat aku paling tertarik pasal dia ialah, dia seorang yang sangat nostalgik. dia sangat menghargai masa lalu dia, persahabatan dia dan segala memori yang terpahat dalam hidup dia. sungguh aku tak sangka lelaki yang sukar aku kenali ini sungguh indah persahabatannya. mengabadikan kenangan-kenangan yang belum luntur dalam memori dalam tulisan-tulisannya membuat aku terharu. aku penah kata persahabatan seorang lelaki dengan sahabat lelaki (bukan boyfren) itu sebenarnya sangat indah. dan aku dapat rasa dalam tulisannya.

2.kedua, dia seorang yang tidak berputus asa. sentiasa tabah dan gigih dalam hidupnya untuk menjadi lebih baik dari hari semalam. dari seorang budak lelaki yang biasa-biasa yang penuh warna-warni dunia kanak-kanak dia menjadi seorang lelaki yang merantau di tanah orang demi mencari ilmu yang lebih tinggi.
sungguh aku kagum dengan dirimu.

3.ape lagi yang membuat hati ini terjatuh kepadanya, dia pandai. ye dia seorang yang pandai  kalau tak pandai takdelah sampai belajar luar negara. bukan statusnya sebagai graduan luar negara yang aku pandang tapi kegigihan dirinya yang aku pandang. (tapi aku pemalas, mcm mana tu?)

4.dia suka kucing. lelaki yang aku pandang kerek pada mulanya tapi bila aku godeh fbnya banyak gambar kucing, okey..ada sesuatu dalam dirinya yang aku tak tahu dan aku ingin tahu.

5.dia jiwang. tengok movie romantik2 tak jiwang ke tu. mungkin tak seperti hero dalam filem. tapi aku tahu dalam hatinya ada taman. dan aku ingin berada dalam taman itu.

6.he loves movies. yess me too...

7.dia suka senyum. kira tak lekang di bibirlah..senyum itu sentiasa kuntumnya indah hingga aku terjatuh banyak kali.

8.dia gila. gila apa? gila kerja. sanggup stay ofis sampai larut malam semata-mata untuk pastikan kerja itu sempurna dan tiada cacat cela. si bijak pandai pernah berpesan kepadaku, kalau hendak berjaya dalam bidang ini anda perlu jadi gila, dan dia si gila itu ada dihadapanku. owh lupa dia pun berperangai gila2 juga.

9. (tambah lagi) suara die soft. aku akan cair kalau die cakap lembut2 . huuuu melttt....

namun begitu, tidaklah semua hal yang muluk-muluk sahaja ada pada dirinya. sebagai manusia biasa dia juga punya kelemahan.

1.dia tak kacak. bukanlah aku kata dia langsung tiada rupa, sebenarnya dia boleh digolongkan dalam lelaki-lelaki yang comel tapi kerana dia kuat study dan berfikir masalah dunia dia sudah tiada rambut (sebahagian besar) dan beruban kecomelannya agak tersorok. namun berjaya diatasi dengan sifatnya yang suka tersenyum. dan aku dapat rasa dia rendah diri dengan kelemahan fizikalnya itu.

2.dia bukan lelaki alim. bagi aku selagi lelaki itu mahu bersama-sama untuk memperbaiki diri aku masih mampu menerimanya. aku pun bukan baik sangat.

3.dia pendesak. bila dah kuat kerja, semua orang mahu disuruhnya buat cepat-cepat sampai semua orang tension.(aku pun sama).

4. dia suka ugut. kalau orang tak dengar cakap dia, dia akan ugut orang tu. (menyampah betul dengan sikap dia  ni)

5.kadang2 mulut tak ada insurans. saborr jelahh..

6.kedekut. hanya pemurah dengan orang-orang terpilih. mungkin juga boleh disebut pilih kasih.

7.dia tua 12 tahun dari aku.

benda yang okey aku pandang pada dia ada 8 yang tak okey ade 7. yang no. 7 tu aku boleh abaikan. kesimpulannya bolehlah aku suka dia kan. kelemahan-kelemahan tu semua boleh dibaiki. aku haraplah...


update terbaru: aku rasa cara dia senyum sama ngan aku. mata kami pun sepet bila senyum..ahhh kebetulan atau perasannn....


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...