Monday, 4 February 2013

Lunch, rezeki dan Tuhan



Alhamdulillah dapat jugak aku makan tengah hari hari ni
Konon diet so, kejap makan nasi kejap tak makan
Bila dah tak makan nasi brp hari startlah menggigil-gigil perut ni
Paling tak tahan nak makan ayam goreng hehe
Makan ayam goreng n tak boleh selalu selalu kalau tak, tak rasa kenikmatannya..
Mula2 aku ingat nak makan kat gerai yg selalu aku makan tu, ayam goreng die besar2
tapi terpandang lak kedai mak cik kelantan ni.terus teringat ayam goreng tepung die
fuhhhhhh meleleh air liur gua cakap lu...
yang lain kat kedai mak cik kelantan ni die punya lauk sayur, ade cam sayur kampung2 sikit
macam kat atas, aku pun tak tau sayur apa aku makan tu hehe
tapi die punya kuah lemak die sedap, sebab tu aku amek
yerr...kalau aku nak makan ke tak lauk tu aku akan bau dulu kuah die hehe
takdela bau sampai menjijikkan just nak tau bau rempah die
bolehlah tau sikit2 bahan apa yang digunakan
aku kalau makan memang kuah campur2 sampai banjir
lauk dua jenis dh cukup and mewah, gila kau nak makan lauk banyak2 kat kl ni
macam makanan kat atas tu mak cik tu cas rm3.50.masih kira ok lagi
kalau aku beli kat kedai abg sebelah tu sah2 die cas rm4.ntah2 4 ringgit lebih sbab ambik kuah and 
sambal campur2.
dulu masa mula2 masuk kat kolej ni, sayur, ayam, nasi semua rm3.kalau kau amik banyak baru die cas lebih.pastu naik plak rm3.50.masih okey lagi.yelah kitorang pun tau kenaikan harga barang skang ni
pastu skang ni naik lagi ke rm4.aku rasa die nak ikut harga 1malaysia tu.huhu
tapi nasib baiklah kedai mkcik klantan tu still rm3.50.tu pun kadang2la
kalau die rasa nak cas rm4 die cas 4 ringgit.ikut nasibla katakan
sebenarnya harga ni masih lagi murah nak dibandingkan harga makanan kat luar sana.
standard 5 ringit ke 6 ringgit
aku dah penah rasa makan kat luar ayam goreng seketul rm2-rm3.dah nak nangis aku rasa haha
tp aku tak penah lagi makan kat kedai2 kat tepi jalan wktu lunch.so aku tak tau harga die macam mana
tp aku mmg bersyukurla masih lagi boleh pilih2 makan dgn harga yg okey kat kolej ni
pengajarannya hargailah makanan yg kita ada.jgn terlampau memilih.ramai lagi manusia yg tak makan nasi kat luar sana.aku paling tak suka betul orang yang suka membazir ni
ambik lauk banyak2 sedap2 pulak tu.tapi tak abis.kau tak aku yg memandang rasa kesian gila kat lauk tu
kalau aku ni pengemis dan kebulur memang aku makan makanan tu
kalau makan kfc ke, mcd ke kalau ade ayam, fries, wedges  air yg tak abes tu ape salahnya bawak sekali balik.mintakla plastik, beg kertas ke utk bungkus makanan tu balik
tau tak dengan sikap yg tak elok nilah malaysia sering ditimpa musibah.
hargai makanan syukuri rezeki Tuhan
amin.


Sunday, 3 February 2013

Tentang Dhia





aku baru je habis tengok drama rantaian tv3 tentang dhia.orang dah berkurun lama abes tengok,  aku baru terhegeh2 nak tengok hehe...aku download semua 30 episod dan bantai sorang2 dalam bilik.konon nak simpan nak tenok kat umah last2 tgok dalam bilik kat kolej hehe..ok, secara keseluruhannya cerita ni best dan banyak pengajaran yang boleh kita ambil. 

Nur Qamardhia (Dhia) - Nora Danish

Mula2 aku nak cakap yang Nora Danish memanglah tersangat cantik dalam cerita ni.Lagi cantik dalam cerita  Bunian yang dia mula2 berlakon pakai tudung dulu. Dia berlakon pun bagus dengan pengahayatan sebagai seorang perempuan yang sering dicemburui dan dianiaya sehingga perjalanan hidupnya begitu berliku2 untuk mengecapi kebahagiaan. aku pun jeles macam manalah die boleh berlakon dan mengalirkan mata yang natural bila part2 yg sedih tu. memang menjadi habis lakonan  die. pengajaran dari watak Dhia ni seorang yang cantik dan memiliki keimanan yg kuat sememangnya akan diuji dengan lebih kuat lagi oleh Allah untuk meletakkan hambanya di tempat yg lebih tinggi lagi.diuji dgn ujian bertimpa2 bukanlah alasan utk kita berpaling dr Tuhan, kerana Allah tlah menyiadakan tempat yg lebih baik di sana berbanding di dunia. Cinta yang disulam bertahun-tahun (dgn Azmi) sesungguhnya tidak menjanjikan dialah jodoh kita walaupun kita merasakan dialah yg terbaik untuk kita. Bersabar dgn org2 yg sentiasa menguji kita, Melly, mak mertua, adik ipar yang jahat. Allah menguji kita di dunia dan jika kita redha dan bersabar itulah bekalan kita diakhirat, akhirnya Allah ambil nyawa kita kerana ada tempat yg lebih baik telah Allah sediakan.

Azmi - Ako Mustapha

Cinta pertama Dhia. Nak kahwin dengan Dhia tapi kene tangkap basah dengan Melly sampai kene kahwin dengan Melly. Time dah nak akad nikah kene serang dengan Melly cakap die mengandung. Pastu kene hukum penjara sebab Melly masukkan dadah dalam beg die. Perghhh ape punya dugaan pun aku tak taula.Cuba kau letakkan diri kau kat tempat die. Kalau aku memang cari parang nak pancung si Melly ni. Tapi Azmi sikitpun tak cuba membalas  perbuatan Melly walaupun hatinya menderita dan hidupnya musnah dgn perbuatan Melly.Dia sentiasa bersabar dan menerima  dugaan ini sebagai takdir hidup die.Azmi tak menyalahkan orang2 kampung yang memulaukannya dan hanya bersabar.Mula2 aku rasa dielah watak yg paling kesian sebab nasibnya tak pernah baik, asik ditimpa musibah.Bukan musibah tapi ujian sebenarnya.Kesabaran dan keimanan Azmi dalam hidupnya terbalas apabila En.Mahfiz memberikannya rumah dan perkerjaan.Yang lebih penting hatinya terbuka untuk berkahwin dengan Melly yg telah diceraikan dulu w/pun Mellylah yang paling menyebabkan hidupnya kucar-kacir dahulu. Cuba kau bayangkan, org yg dah musnahkan hidup kau sampai masuk penjara sikit lagi nak kene gantung, kekasih kau kahwin ngan org lain, dan atuk kau meninggal kau masih sanggup lagi nak kahwin dengan dia? Allah itu maha berkuasa. Watak Azmi menunjukkan dia seorang hamba yg mampu menerima segala yg telah terjadi dalam hidupnya dan tidak pernah berdendam malah cuba membetulkannya dengan org yg pernah berbuat jahat dengannya.

Mellyna Abd Samad (Melly) - Izreen Azminda

Lakonan Izreen memang best, jahat tapi selalu wat aku ketawa.kenang sampai bila2 kot lakonan Izreen sebagai Melly ni.Watak yg jahat, sentiasa ada cara untuk memusnahkan org lain dan tidak pernah menghargai kesempatan dan peluang yang ada dalam hidupnya.Perangkap Azmi smpai kahwin dgn dia, penjarakan Azmi, dan yang paling jahat Juli dan mak die kene bunuh sebab tak bayar duit dadah yang dia ambil. Gila kau.Dua nyawa yang tak bersalah melayang disebabkan kau.Ape kau rasa? Dalam citer ni Melly memang tak rasa ape2lah.Pastu die lari gi Kl dan menyorok.Ada makcik jiran sebelah die tolong bagi nasi hari2 n bantu hidup die sampailah die kene bedah nak beranak kat hospital.kalau mak cik tu tak jumpa die pengsan kat umah memang dah matilah si Melly ni.tapi Melly ni memang tak reti bersyukur, die layan mak angkat die tu macam sampah bila die dah sihat.Pastu sikit lagi nak kene bunuh ngan geng dadah die tapi terlepas n excident koma 5 tahun.Sedar pastu jadi baik kahwin ngan Azmi hidup bahagia dgn anak die Mellisa.Bagi aku watak dialah watak yang paling beruntung sekali.Dia jahat tapi dia sentiasa terlepas dan diselamatkan.Allah panjangkan nyawa dia sebab Allah nak die bertaubat tp die tak hargai bila dia dah dapat kahwin ngan Azmi n mak angkat die banyak bantu die masa mengandung dulu.Allah bg kesempatan terakhir dgn eksiden tp bg die koma. Alhamdulillah die bertaubat.siap dpt kahwin dgn Azmi lagi.Allah itu amat menyayangi hamba2nya walaupun hambanya ingkar kepadanya.Allah itu maha pengampun dengan sentiasa memberikan peluang supaya kita bertaubat. Orang yg berbuat jahat tidak semestinya jahat selamanya dan masih ada waktu untuk kembali ke pangkal jalan.

Raffi - Irfan Roslan

Pun watak yang kesian hehe. Cintanya ditolak Dhia dan tidak dapat melupakannya sampai bila2. Melly pula mengandungkan anaknya walaupun dia meragui asalnya.sentiasa cuba untuk membahagiakan Dhia walaupun bukan dirinya yang disamping Dhia. mungkin inilah cinta yang betul2 ikhlas dan sentiasa inginkan org yg kita cintai bahagia walaupun bukan dgn kita. yang paling buat aku terharu, Raffi sanggup membantu mengupah peguam untuk membebaskan Azmi dan menjaga nenek Azmi walaupun diantara mereka tiada hubungan yang rapat.Hanya berdasarkan sejarah yang tercipta disebabkan Dhia dan Melly.Dia juga sanggup menjaga Mellisa, anak Melly kemudian menyerahkan semula kepada Melly setelah 5 tahun.Betullah , persahabatan dan keikhlasan itu bukan sesuatu yang mudah dicipta dan Allah mengizinkannya dengan berbagai cara termasuklah dengan kepahitan zaman silam. Bagi aku watak Raffi juga seorang yang pemaaf dan ikhlas. Jangan kita sangka orang yg kita musuhi suatu ketika dahulu tidak mungkin menjadi orang yang dekat dalam hidup dan hati kita. Sesungguhnya kita tidak mengetahui apa yang akan terjadi pada masa hadapan. Raffi pernah berbuat salah dengan tidur dengan Melly dan salah itu banyak ditebus dengan kebaikan2 yang dilakukannya.

aku rasa inilah watak yang paling kuat dan paling banyak pengajaran yang boleh diambil.aku xnak ulas watak Zikir (Adi Putra) kerana bagi aku wtak dia biasa2 sahaja.bagi aku poster cerita ni lagi sesuai dengan gambar Dhia, Zikir, Melly, Azmi dan Raffi. kerana watak ni mempunyai kaitan yg kuat. memangla Rose (Tasha Syilla) tu pengacau, tapi takde eye contact dengan Dhia. musuh sebenar dlm crta ni mak Zikir yang duk main bomoh2kan Dhia ngan Zikir.Last2 Zikir pun mati sekali padan muka.Masa episod last tu, Mak Zikir ade cakap kat nenek Zikir yang dulu nenek Zikir main bomoh2kan atuk Zikir apesal boley plak? napa nenek Zikir nak marah2 bila mak Zikir bomohkan Dhia? ha tengok tu...pengajarannya mainlah bomoh macam mana sekalipun perbuatan tu akan kembali kepada kita.Dan nyawa orang yg kita sayang menjadi mangsa.See ini semua karma diatas perbuatan kita.Tak mustahil Zetty, adik Zikir akan ikut pulak perbuatan mak Zikir. Aku rase kalau tak sebab Zetty duk hasut mak Zikir supaya benci Dhia n nak jadikan Rose tu menantu mesti tak jadi macam ni.sebab masa mula2 tu mak Zikir takdelah benci sangat kat Dhia.kira Zettylah punca segala-galanya..hmm itulah sedikit sebanyak input yg aku dpt dlm cerita ni.lagi satu, kalau ade org buat jahat kat kita, lagi2 kene sihir kita tak boley diam je and kene buat sesuatu.kene buat sesuatu tu bukanlah buat jahat balik kat die, tapi berusaha utk berubat dan melawan dengan cara yg betul walaupun ade yang terjejas, namun itu lebih baik kerana pertahankan harga diri dan maruah kita.

oh ptptn


ptptn ni bile nak keluarrrr
hari2 aku duk bukak laman web ptptn bila tentatif pengeluaran die nak kluar
utk budak2 diploma dah keluar,
utk budak2 ijazah semester 2 2012/2013 bila pulak????
aku nak ptptn ni bukan ape.nak bayar yuran yg tak setel lagi tu...huhu
aku ader utang enam ratus ringgit
kalau tak bayar jadi apa? tak boleh register subjek..yearhhhhh
kat mana aku belajar?
kat mana lagi kalau tak bumi malayaaaaaaaaaaa

Monday, 28 January 2013

bile bosan

biler bosan aku godeh2 google, picture yang ada kat lappy and edit hehe..

                               aku bosan yang teramat.nasib baik aku tak wat mcm meow2 ni..

time merajuk ngan bakal boyfren x jadi

ngade2 nak merajuk lama2 ngan boyfren x jadi

masa boyfren tak jadi nampak picture aku ngan classmate laki
kahkahkah...
lawak giler..siap mintak kawan tu delete kat fesbuk ckp pakwe aku marah
last2 bukan jadi pakwe aku pun..
hahahaha!



Friday, 11 January 2013

dapat rezeki

taraaa dah sampai bilik hehe...walau pun agak kecewa dengan hasrat yg x kesampaian untuk meminjam buku, masih ada peristiwa yg buat aku hepi hehe..
waktu perjalanan balik ke kolej (of course le jalan kaki) aku melencong sekejap ke fakulti dan pergi ke bilik sumber dgn niat nak mencari projek ilmiah senior2 dulu..aku berharap giler bilik tu x kunci
memang tak kunci pon! haha siap ade budak pompuan study sorang2 lagi dlm tu...berani giler budak nih
puas aku belek2 siap buat bakul sampah jadi kerusi lagi ( yelah aku kan pendek) sampai pecah aku pijak haha...sorylah huhu
dah belek2 yang berkenaan masuk dalam beg balik...
time balik tu perut rasa lapar lak.mana boley makan malam aku kan tgh diet, duit takde pulak tu..takpelah cer try tgok kedai mee singgit tu bukak lagi x. bukakk! yerr hehe..
kakak tu siap bagi megi free lagi...haha! murah razeki aku..pastu tanya aku pasum ke degree..perasan muda jap hehe...
itulah kisah aku setelah berfoya2 beberapa hari tak stdy dengan tak sedar dirinya skang tgh exam.dah dekat exam baru kalut cari buku pastu xdapat haha
buat sapa2 yg baca ni. jangan ikut perangai aku tahu...

peace no war.salam...

hari kesianku

dengan niat nak meminjam buku yang lecturer suh baca sbab masuk exam.aku pun pergilah library petang tadi.sampai2 je aku pon carila buku tu.buku tu xboley bawak keluar pun dr stack die sebab buku tu reserve collection.so kene pinjam dulu.bila scan kad matrik, sekali aku punya kad kene block huhu...aku tau kenapa.aku tak pulang buku hehe..padan muka napa tak pulang..mcm mana nih..esok sabtu aku takut library x bukak. dan aku takut buku tu orang pinjam sebab buku tu satu je.padan muka pagi2 xnak pegi dah petang baru pegi kan dah susah...aku pon membuat keputusan nak pinjam kad matrik rumate aku.aku niat nak naik bas balik kolej.so aku pon tunggu kat bus stop.ok bila bas dah sampai baru aku perasan aku tak bawak kad bas.sian kali kedua buat aku.aku tengok pak cik driver tu cek kad bas student yang naik.aku geram apesal selama ni aku bawak kad bas punyala jarang die cek tapi bila sekali aku tak bawak and terdesak die cek pulak.sian kali ketiga.so aku jalan kaki balik kolej.sampai2 je bilik aku mintak kad matrik die.no hal die kata.ok jalanlah aku menuju library.aku ambik buku scan kad matrik kawan aku.kene block jugak isk...isk...iskk...sian kali berapa dah ni.aku pon dah termangu tk tau nak watpe.aku try approach sorang student konon2 nak pinjam matric card die.kene block gak! haha what the fish semua student tak pulang buku ke wei..aku pon dgn niat yg baik nak bayarkan jelah denda kawan aku tu sebab die punya sikit je dari aku, lagi pon duit aku cukup2 je haha.rupanya kalau nak bayar denda kene pulang buku tu dulu...kesian lagi untuk kesekian kalinya huhu...aku pon dh xtahu nak watper.try ushar2 student yang ada kat library ni.mana tahu ade yang aku kenal.tapi mcm xde jer..camne ni..xkan aku nak balik kolej and dtg sini semula.aku ada gak try tangkap gambar page yg aku nak baca tu.sayangnya henfon corby aku xley amek gambar sepuas hati aku huhu.aku cuma mampu berharap esok library x tutup huhu.akan kupastikan 8.00 pagi aku sudah terpacak disini huhu.kalau tak terpaksalah aku tebalkan muka pinjam note kawan aku huhu...



Tuesday, 8 January 2013

exam, stress dan kucing

stresss gilerr weyhhh...stdy pengurusan kesenian nk exam petang ni..ntah masuk ke tidak dlm kepala ni..subjek ni susah tahu tak..huhu..pengurusan? ape bendalah aku nak goreng ni...kalau soalan teater2 tu boleh lagilah aku goreng2..ini pengurusan, nak tumis pun tak taulah dapat ke tak.disebabkan penat fikir benda ni kepala jadi berdenyut2 sakit..baring2 tak ilang.so aku turun bawah dengan niat nak mencari kucing haha...
belum sampai bawah, kt depan lif jumpa encik kucing bulu gugur. beliau terlebih dahulu telah menyergah aku.ingat aku datang bawak freskies ke ape?? dapat sebijik sound dr aku hehe. pastu si gebus pun dtg.aku kalau dapat si gebus ni memang geram. memang aku timang2, tepuk2 badan die. dapat mesra2 sikit dgn die.pastu aku luku2 kepala die, tepuk2 pewut die, peha die, cubit2 sikit pipi, pijak2 manja kaki dia sampai die marah nak geget aku hehe...aku memang suka wat kucing geram kat aku hehe..
pastu g bawah nak jumpa si bulus pulak.carik2 kat kerusi takde, cari kat bakul basikal.haaa jumpa! amboiii sedapnyaa dah pukul 12 tgahri sedap belingkor lagi kat dalm bakul basikal tu yer..aku tarik tangan die (kucing ade tgan?)..aku pun angkat2 die, luku2 die, tepuk2 die sampai die marah hehe..bila dah bangun mestilah mandi yer tak. masa die sibuk jilat2 badan die tu aku pun sibuk gak kacau die..sampai die tensen haha..sowyy kucing..dapatlah polok2 die kejap untuk ilangkan stress..
hehe itulah ubat terbaik aku kalau aku stress..dapat main2 kejap ngan kucing2 ni dapat melegakan fikiran aku.haiwan adalah terapi terbaik kepada manusia.thanks to Allah because create this amazing animal..i love you so much kucing....=)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...