Insan istimewa bukan kekasih, suami atau isteri yang saya
maksudkan. Maksud aku kat sini ialah, insan kurang sempurna secara fizikal atau
mental. Sesiapa yang menerimanya dengan redha akan menganggapnya insan istimewa
siapa yang tidak redha akan menganggapnya beban atau bala bencana. Mungkin
insan-insan istimewa tu seperti anak yang cacat, bisu, pekak, buta, sindrom
down, autism, atau penyakit yang sukar diubati. Bukan calang-calang orang yang
menerima ujian sebegini dan bukan semua orang juga dapat menerimanya sebagai
ujian dalam hidup mereka.
Aku bercakap dari segi pengalaman. Tak terlintas langsung
dalam fikiran aku, yang keluarga aku akan memiliki seorang ahli keluarga
istimewa, anak saudara aku. Anak saudara aku ini merupakan anak pertama bagi
perkahwinan abang aku dengan isterinya a dan cucu sulung bagi sebelah kakak
ipar aku. Sapa yang tak teruja dengan kelahiran macam ni kan, anak pertama dan
cucu pertama. Aku jugak teruja, sebab ni abang sulung aku yang akan dapat anak.
Semuanya berjalan seperti biasa-biasa saja, sehinggalah
Allah telah menentukan segala-galanya seperti mana manusia hanya merancang,
Allah yang menentukan. Kakak ipar aku melahirkan melalui pembedahan, katanya
bayi dalam lemas kandungan. Aku tak ingat sangat waktu ni apa yang berlaku,
hanya berdasarkan penceritaan semula kakak ipar aku.
Waktu dapat tau kakak ipar aku bersalin, semua gembira saja
sampailah dapat tau yang baby ada masalah. Aku ngan mak aku pergi ke Kuala
Lumpur untuk melawat kakak ipar ngan baby. Waktu tu kakak ipar aku dah balik
rumah tapi baby masih kat wad. Aku tengok kakak ipar aku okey-okey sahaja,
gembira macam ibu-ibu lain dapat anak. Aku pun tak syak apa-apa yang baby tu
bermasalah. Mak aku bagitau nak tengok baby kat hospital, tapi kakak ipar aku
kata tak boleh tengok suka-suka. Yang boleh tengok ibu bapa je. Kalau nak
tengok jugak kene pandai-pandai kelentong nurse atau waktu sister tak ada. Mak
aku dah start kecewa. Aku tak ingat mak aku dapat tengok jugak tak akhirnya.
Sampailah baby tu dah balik umah and dibawa ke kampung. Aku
tau baby tu tak normal and tak sama macam baby lain. Tapi aku tak tau apa nama
penyakitnya and aku tak berani nak tanya. Keluarga belah kakak ipar anggap
semua macam biasa and teruja dengan baby tu. Semuanya sayang bagai menatang
minyak yang penuh. Sesuatu yang tak ada dalam diri mak aku waktu tu.
Aku namakan baby tu Karl. Disebabkan dibaringkan terlalu
lama, tak boleh bergerak secara normal macam baby lain, kepala Karl kene cukur
bantal and macam ada bendalir yang tersimpan di belakang kepalanya. Lama-lama
bendalir tu hilang tapi kawasan bendalir tu berbekas dan tak ditumbuhi rambut. Kitorang
dah tahu nasib Karl tak sama macam budak-budak lain bila besar nanti. Dan orang
yang paling sukar menerimanya ialah mak aku.
Karl tak boleh menerima arahan, Karl tak boleh duduk diam,
Karl agresif, Karl sukar dijaga melainkan dengan orang yang benar-benar rapat
dengannya (dengan aku jangan haraplah). Senang cerita susahnya nak jaga Karl!
Aku tak tau apa nama penyakit Karl tapi keadaan Karl sama macam budak-budak
sindrom down. Abang aku habiskan banyak duit untuk merawat Karl. Waktu bersalin
je dah habis beribu-ribu (kakak aku bersalin hospital swasta). Ada
kadang-kadang tu aku rasa terlalu geram dan benci dengan Karl. Bukan kerana
ketidaksempurnaan Karl, tetapi kerana dia tidak boleh menerima arahan yang kita
bagi.
Waktu Karl dah pandai berjalan kesana-kemari adalah waktu
yang sangat-sangat mencabar dan menguji kesabaran. Kita cakap jangan buat, dia
buat. Jangan sepahkan, dia pecahkan. Jangan teraburkan, dia jatuhkan. Jangan
Tarik, dia rentap. Arghh penat-penat! Mungkin mak aku belum boleh terima
sepenuhnya dia ada cucu tak normal macam tu, ada sekali mak aku cakap “kandang
jelah budak tu!”. Serius, aku yang geram sentiasa dengan Karl tak pernah fikir
sejauh itu.
Macam-macam rawatan
moden dan tradisional abang aku buat untuk mengurangkan keagresifannya itu. Dan
tak silap aku, abang aku wat rawatan suntikan hormone yang makan berbelas-belas
ribu. Hormon arnab dimasukkan dalam badan Karl. Alhamdulillah, aku tengok ada
banyak perubahan dalam diri Karl. Tutur bicaranya makin jelas. Lebih tenang,
tak seagresif dulu dan dah boleh memahami komunikasi yang kita sampaikan.
Sampailah Karl ada tiga orang adik lelaki. Rezeki abang aku, semua anak dia
lelaki.
Orang yang paling
tabah aku tengok tentulah abang dan kakak aku. Masa dia keluar hospital lepas
bersalin, dia langsung tak menunjukkan tanda-tanda kesedihan walau dia tau anak
dia tak normal, walau dalam hati siapalah yang tahu kan. Masa tu aku fikir
mesti dia tak nak beranak lagi takut dapat anak macam tu lagi. Tapi aku silap
selang tiga tahun dia mengandung lagi dan melahirkan anak yang sihat dan
normal. Setahun kemudian, beranak lagi, dan empat tahun kemudian dan lagi. Lama-lama
mak aku redha, dapat cucu tak normal tapi semua anak abang aku laki. Semua
jeles heheh.
Abang aku. Abang akulah yang paling tabah, bertungkus-lumus
membesarkan anak-anak dia walaupun kadang-kadang aku rasa nak terajang
sekor-sekor sebab nakal sangat termasuklah si Karl tu. Kalau dulu Karl mungkin
tak faham buat satu benda, tapi sekarang dia suatu benda sebab nak nganjing
kita marah. Kurang hasam ko budak!
Satu yang paling aku respect dengan abang and kakak ipar
aku, diorang tak pernah sorok Karl dari orang ramai. Tak pernah
tinggal-tinggal. Macam mana orang lain tunjuk anak dia yang sihat macam tulah
abang aku kenalkan Karl kat orang lain supaya dia boleh bergaul and bersosial
dengan orang lain. Dia tau Karl tak
boleh belajar macam orang lain. Dari baby abang aku dengarkan ayat-ayat suci
al-Quran dengan Karl. Channel 106 Oasis tu dah kira tv3 la buat kitorang.
Everytime azan, mengaji or zikir dia akan bukak and bagi Karl dengar. Tak cukup
lagi, dia pasang cd-cd mengaji kat radio
atau dalam kereta. Tak cukup lagi tu,
dia belikan radio ngan cd letak kat sekolah khas tempat Karl belajar. Hasilnya
Karl boleh hafal surah-surah pendek, zikir-zikir, doa-doa yang ditayang kat tv.
Nak bagi pertuturan dia lebih jelas, abang aku pasang cd lagu-lagu jiwang karat
80-90an yang tangkap leleh tu. Karl akan hafal dan nyanyi sama-sama bila lagu
tu dipasang. Vocabulary dia bertambah dan banyak perkataan yang boleh dia
sebut.
Abang aku hanar Karl
kat tadika budak-budak sindrom yang sama macam level dengan dia. Lepastu
masukkan dia kat sekolah rendah khas supaya ada cikgu khas yang benar-benar
boleh mengajar dengan budak macam tu je boleh ajar dia. Know what? Budak macam
ni akan lebih mudah tertarik atau bergaul dengan budak-budak yang sama macam
diorang. Contohnya makcik aku ada adik yang terencat sikit. Dah tua dah adik
dia tu, tapi dah boleh urus diri sendiri la Cuma kene pemantauan je. Si Karl ni
kalau namapk mak tok dia yang sorang ni belum sampai rumah lagi dah terlompat
lompat terjerit-jerit nak jumpa mak tok dia. Pastu kalau dah jumpa mulalah
mengendeng-ngendeng macam kucing manja sampai mak tok dia nai rimas. Kat
sebelah aku pulak adelah anak kepada sorang sedara ni bisu. Waktu raya,
kitorang adik-beradik datanglah beraya. Dalam banyak-banyak anak-anak sedara aku
yang berderet-deret ni, si budak bisu nak main ngan si Karl. Maybe dia dah
biasa Nampak budak macam tu kat sekolah khas dia. Yelah budak-budak istimewa
jugak. So, aku rasa insan-insan istimewa macam diorang ni semua mempunyai
ikatan yang kuat bila bersama. Hanya mereka yang sama-sama merasai betapa
istimewanya diorang.
Alhamdulillah sekarang Karl dah 12 tahun. Walau tak sama
macam budak lain, walau masih pampers , walau masih minum susu botol, dia dah
boleh harap sikit-sikit. Bagi susu kat adik, jaga adik kejap (5 minit jelah),
main ngan adik, marah adik hahaha..Rezeki abang aku jugak tak pernah putus.
Walau pun abang aku takdelah bergaji besar, kakak aku pulak cikgu, dengan anak
empat orang sorang plak istimewa duduk lak kat Bandar hang ingat tak putus urat
ke hidup macam tu. Keluarga sebelah kakak ipar aku sangat-sangat menyayagi
Karl. Adik-beradik aku yang lain pun sayangkan Karl Cuma mungkin tidak semampu
and sekuat diorang untuk menjaga dan melayan Karl macam diorang. Paling-paling
yang selalu dengan Karl, akulah. Penah diorang tiga beradik kene campak
bergili-gilir, aku jugaklah yang kene turun KL jaga si Karl. Takut jugaklah aku
waktu tu, yelah die buat perangai ke mengamuk ke mampus aku tak reti nak
control. Waktu tu aku mintak jangan berak sudah. Hahaha tak reti kot nak
bersihkan dia. Penah sekali dia gigit jari aku sebab apa entah. Aku
tengok-tengok jari aku dah bengkak biru-biru esoknya. Punyelah gigi Pontianak
ko ni Karl. Penah Kene baling botol susu yang full kat muka? Pun penah..nasib
baik je aku tak baling balik kat dia.
Kesimpulannya kat sini, kalau ada sesapa yang terbaca post
ni and korang pulak ada anak atau
saudara mara istimewa tapi belum boleh menerima seadanya keadaan mereka,
perlahan-lahanlah ubah rasa ubah. Percayalah diorang ni hadir dalam hidup kita
sebab Allah dah pilih kita untuk sama-sama kaut pahala berbuat baik utk
diorang. Diorang ni akal x berapa sempurna, jadi diorang tak ada dosa. Mungkin
diorang tak kenal atau tak ingat sapa yang buat baik dengan orang masa kat
dunia, tapi bila kat akhirat mana tahu nama kitalah yang disebutnya nantikan. Wallahualam.